Keyakinan pada akal sihat
Meneliti beberapa komen dari teman berkenaan entri saya sebelum ini bersaing bukan berlawan dan pemilihan keadilan & perpecahan . Dalam itu juga bertemu dengan shabat-sahabat berkenaan laporan dari mstar yang juga disiar oleh malaysia-today berkenaan pencalonan Anwar Ibrahim, menguatkan apa yang terlintas di kepala saya.
Tanggapan dan komentar teman-teman mengambarkan harapan yang begitu mendung , cita-cita yang saya suguhkan dalam tulisan-tulisan itu sebagai suatu yang utopia, diawang-awangan, tidak real dan yang seerti denganya seperti yang selalu dilontar-buang pada kawan-kawan jalan telawi. Namun begitu tiada siapa yang berani menyanggah keperluannya. Saya menyangka inilah kemelut yang sedang digeluti masyarakat Malaysia, sindrom tidak percaya pada apa yang difikirkannya. Terus terang, saya juga merasainya sekali-sekala dan masih cuba melawannya.
Sindrom ini juga telah dilapik dengan perkataan-perkataan yang membara dan dilaungkan kuat-kuat seperti malaysia boleh, hidup melayu, reformasi, takbir, hancur yahudi dan mungkin malaysian first. Secara formal mungkin dimulai semenjak 1982. Selama 22 tahun kita telah melalui corak pemerintahan Dr Mahahthir yang menanamkan gejala ini, melalui polisi anti kumpulan pendesak serta penutupan suara rakyat di ruangan strategik masyarakat (media, mahasiswa dan pekerja).
Dalam masa yang sama ajaran agama diunjukan ke arah yang semakin sempit, penurunan kualiti pendidikan, penanaman sentimen kaum dan tidak lupa kealpaan semasa kemegahan ekonomi.
Elemen-elemn itu telah menggelapkan hati dan otak masyarakat. Justeru pada saya jawapanya bukan hanya tukar pemerintahan, tetapi pencerahan dalam minda masyarakat. Pencerahan yang mengagaskan agar mereka percaya dengan apa yang di fikirkan oleh akal sihat dan tidak begitu bergantung dengan otoriti. Dengan itu masyarakat dan nilai buruk yang menular seperti rasuah, penyelewengan, kekasaran dan ketidaktamadunan dapat dikikis.
Namun politik kekuasaan masih tetap salah satu jalannya, Agenda atau gagasan pencerahan ini bukan hanya pada laungannya saja (sepere aude), tapi harus bermula dengan asasnya iaitu berfikir dengan akal sihat dan yakinlah. Supaya nanti jangan ia menjadi satu lagi laungan dan jeritan.
Amir, masalah dengan pendukung Anwar, atau anggota & penyokong PKR, atau penyokong Reformasi ialah … mereka tidak menganalisa, menyusun kerja menurut analisa itu, risiko politik apabila Anwar pergi selepas ini.
Saya percaya (seperti disebut oleh Fathi), Anwar hanya ada 10 tahun untuk bergiat aktif. Selebihnya sekadar angan-angan.
Sepuluh tahun bagi Angkatan Muda, bagi parti baru seperti PKR dan gerakan Reformasi, bukan tempoh yang panjang, malah jika kita lihat ke belakang, tahun depan ulang tahun ke-10 Reformasi.
Dan, apakah yang telah dicapai? Kecuali kegagalan Anwar, PKR (termasuk orang kiri bersama PRM dan NGO) untuk menjana apa-apa yang lebih substanstiatif daripada itu.
Apakah risikonya kepada Angkatan Muda, kepada Sdr sendiri, apabila Anwar tidak lagi aktif, apabila PKR lemah atau berkubur? Apakah PKR batu nisan kedua selepas PRM?
Nampak gayanya begitulah Sdr Amir — tetapi seorang pun pemimpin AM PKR, termasuk Shamsul, memikirkannya.
Tragedi PKR, tragedi Anwar, tragedi Amir.
Kalimat zaman sebetulnya talkin buat pemimpi-pemimpi dalam PKR
Mac 28, 2007 at 7
Terima kasih, cinta sputnik– Terima kasih atas pandangan yang jujur, saya kira. Saya juga setuju terutama pada sikap sebahagian aktivis, pimpinan dan pendokong reformasi yang kurang canggih fikiran politiknya — tapai gerak kerja politiknya (pribadi terutamanya) agak canggih juga.
Namun gerak fikir saudara yang masih memfokus kepada masa depan parti Keadilan pada Anwar saya kira menyumbang kearah keadaan itu. Memang ramai yang tertumpu pada beliau sekarang, dan sekarang beliau amat releven kepada keadilan dan mungkin situasi politik.
Saya tidak setuju penumpuan berlebihan kepada batang tubuh Anwar, tetapi bagi saya yang penting corak fikirnya, lontarannya tentang masyarakat, pendidikan, ekonomi dan negara.
Pertandingan dan perebutan sekarang pada Anwar, bukan mengangkat apa buah fikirnya yang saya kira masih terbaik dikalangan semua ahli politik Malaysia dan Asia Tenggara.
Sebab itu kena kempen sekarang, gunakan akal, jangan membabi buta mengikut, taklid.
Mac 29, 2007 at 10
Maaf lupa pula, remark saudara agak nakal juga tentang “kalimat zaman adalah talkin kepada pemimpin keadilan”
Dia bukan talkin buat semua, tapi buat mereka yang tidak canggih dan terperangkap dengan caragaya politik lama.
Mac 29, 2007 at 10