Terkini
Selamat Menyambut Ramadhan Kareem Al Mubarak
Alhamdulillah semalam (2 Ogos) telah bermula program Ramadhan di dun Batu Caves dengan solat Isyak dan Tarawilkh di Masjid Jamiatus Solahiah Kg Sg Tua, tahun ini acara di mulakan sedikit lewat kerana saya dan YB Mohamed Azmin Ali mengerjakan umrah hingga 1 Ogos. Namun begitu seminggu sebelum Ramadhan kami telah siap menyerahkan sumbangan kepada semua masjid dan surau di Dun Batu Caves bagi menampung kos program Ramadhan dan melancarkan program Ramadhan Dun Batu Caves yang disempurnakan oleh Pembantu Exco Agama Islam Selangor YB Dr Abdul Rani Osman . Berikut perutusan Ramadhan saya tahun ini :
Ramadhan datang lagi bertemu kita. Sewajarnya kita rafaqkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kuasanya dan rahmatnya dapat kita menemui semula Ramadhan Al Mubarak yang mulia.
Bulan yang menjanjikan ganjaran berlipat ganda terutama bagi mereka yang menjalani ibadah puasa disamping memperhebat amalan-amalan yang baik.
Dalam bulan ini umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa disiang hari, disamping menpergiat amal soleh seperti bersedekah, menghidupkan malam dengan amalan dan menjaga akhlak perilaku.
Melalui rukun Islam ke tiga ini, umat Islam tidak hanya memperoleh kesan rohaniah sahaja malahan turut meningkatkan faham kebersamaan sesama umat.
Malahan jika kita amat-amati semua rukun Islam mempunyai elemen pemantapan kebersamaan yang mana kita harus dalami setiap nasib rakan seumat. Sebab itu juga ketika masa kita menunaikan puasa umat Islam diwajibkan menunaikan zakat fitrah bagi membantu saudara kita.
Justeru faham kebersamaan ini bukan menjurus kepada kefanatikan dan eksklusif sebaliknya merapatkan jurang perbezaan antara umat Islam dan manusia.
Bagi pihak pusat khidmat Dun Batu Caves sememangnya tidak mahu ketinggalan dalam menambah nilai kegiatan-kegiatan rancak di Masjid Surau sekitar Batu Caves dengan memperuntukan sumbangan khas bagi aktiviti Ramadhan bagi setiap Masjid dan Surau.
Disamping itu pihak pengurusan sambutah Ihya turut menganjurkan berbuka puasa dengan asnaf dan golongan terpinggir bagi memastikan mereka menikmati Ramadhan dengan penuh gembira.
Besarlah harapan kami agar semua peruntukan dan aktiviti yang disusun mampu merancakkan lagi bulan ibadah ini dan mempermudah ramai masyarakat yang ingin mempergiat amalan soleh mereka.
Oleh itu bagi pihak pentadbiran kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat ingin mengucapkan Selamat berpuasa & moga ibadah kita diterima dengan ganjaran pahala berlipat ganda
“Ramadhan bulan mulia, bersama kita peroleh Taqwa”
SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves ‘bersih’
Jamilah Hamzah (Sinar Harian)

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
bercakap pada sidang media berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.
Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor.
Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.
“Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua,” katanya.
Sebelum ini, kenyataan media melaporkan Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.
Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai.
Terima Kasih
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada hadirin-hadirat yang dapat meluangkan masa hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri Parlimen Gombak dan Dun Batu Caves, Alhamdulillah sambutan yang meriah dari pengunjung. Majlis berlangsung meriah dengan dianggarkan kehadiran pengunjung tidak kurang dari 5000 orang dari seawal jam 9.30am hingga 2.00pm. Majlis turut diisi dengan sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada penerima dan duit raya kepada lebih 500 pengunjung kanak-kanak
Majlis tambah bermakna dengan kehadiran Istimewa Presiden KEADILAN Dato Seri Dr Wan Aziziah disamping beberapa teman – teman pimpinan yang turut dapat meluangkan masa hadir ke majlis tersebut seperti, YB Nurul Izzah Anwar, YB Puan Zuraida Kamaruddn, YB Willian Leon Jee Kin, YB Xavier Jayakumar, YB Rodziah Ismail dan pimpinan-pimpinan KEADILAN Selangor serta rakyat setempat, tidak ketinggalan rakan-rakan dari PAS Gombak yang diketuai oleh Ust Salehuddin Nasir.
Terima kasih kepada petugas – petugas dan semua yang terlibat menjayakan jamuan Aidilfitri Parlimen Gombak dan Dun Batu Caves.
Sedikit rakaman program:
Perutusan Syawal Adun Batu Caves 2011/1432 – Syawal Bulan Menyambung Momentum Ramadhan
Alhamdulillah marilah kita rafaqkan kesyukuran kehadrat Allah kerana kita dapat menemui Ramadhan yang penuh berkat tahun ini dan mampu menyudahkan ibadah Puasa yang diwajibkan kepada mereka yang beriman.
Dikesempatan ini saya bersama keluarga besar pimpinan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat , Dun Batu Caves dan Parlimen Gombak ingin mengucapkan salam Eid Fitri kepada semua warga khususnya untuk masyarakat dan rakyat di Batu Caves. Semoga Eid Fitri kita sambut dengan gembira setelah melalui pendidikan Ramadhan yang melatih kita agar menjadi muslim dan manusia yang taat dan bermanafaat.
Disebalik kegembiraan yang dianjurkan harapnya dapatlah kita bersama mengekalkan momentum positif yang dicerna dalam bulan Ramadhan. Ibadah puasa yang kita lalui dalam bulan Ramadhan berupaya meningkatkan iman dan taqwa dan seterusnya melahirkan manusia-manusia yang terdidik hati dan lakunya.
Pembentukan masyarakat yang cemerlang dan dirahmati sewajarnya digerakkan oleh mereka-mereka yang taat kepada penciptanya dan bermanafaat kepada manusia. Diharapkan kita akan menjadi salah satu dari manusia-manusia tersebut yang mengerakan perubahan kearah kebaikan dalam masyarakat.
Dalam sirah Rasulullah Salallahualaihi Wassalam, kita diberitahu telah berlaku peperangan Ahzab atau juga dikenali sebagai perang Khandaq yang berlangsung dalam bulan Syawal di tahun ke 5 Hijrah. Tentera Kuffar telah membentuk barisan bersekutu antara Yahudi dan Musyrikin yang mempunyai kekuatan 3 kali ganda dari kekuatan tentera umat Islam di kota Madinah.Dengan izin Allah tentera Islam mampu bertahan dan mencapai kemenangan walaupun barisan bersekutu Kuffar mengepung hampir sebulan kota Madinah. Allah rakamkan peristiwa tersebut dalam surah Al Ahzab.
Kemenangan tentera Islam salah satunya terhasil dengan tingginya keimanan dan ketabahan tentera Islam berhadapan dengan serangan fizikal dan mental pasukan lawan, walaupun saat itu umat Islam masih berada dalam kesedihan selepas kekalahan perang Uhud.Hanya manusia-manusia berkualiti yang mampu berhadapan dengan dugaan dan cabaran besar sedemikian rupa, dan mereka juga berhadapan dengan peperangan itu 7 hari selepas tamatnya Ramadhan tahun tersebut.
Justeru marilah kita ambil semangat tersebut sebagai pedoman kita melalui hari depan dalam melawan nafsu dan cabaran serta ketidakadilan yang kerap terpampang dihadapan kita. Allah berjanji kemenangan akan tetap bersama dengan kebenaran dan ianya lebih mudah dengan perancangan yang teliti dan bijaksana serta dengan pertolongan Allah.
“Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat. (al-Ahzab: 9-11).
Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar Walillahi Hamd
Salam Eidulfitri
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.
Sekilas Minggu 2-3 Ramadhan
Seperti biasa program saya bertambah rancak walaupun Ramadhan dan berpuasa. Sebagaimana dirancang ada program yang berjaya dilaksanakan dan sebahagian ditunda akibat cuaca dan masalah teknikal. Beikut sedikit catatan dan gambar program berlangsung, Mulai Isnin ini 22 Ogos program anjuran Pusat khidmat lebih tertumpu program Qiamulail bersama Ust Zamri (MariMengaji/Mantop)demi merancakkan malam-malam akhir Ramadhan yang dikatakan turunnya Lailatul Qadar.
Program Ziarah Masjid dan Surau – Sepanjang 2 minggu lepas sempat ziarah ke 8 surau dan 3 Masjid disekitar Batu Caves
Mari Berbuka Bersama Sudara Kita – Zarah dan iftar bersama Asnaf di Kg Selayang Baru, Kg Baru Batu Caves dan Kg Sg Tua
Ziarah Pasar Ramadhan – Pasar Ramadhan Selayang Baru dan Taman Batu Caves
Aktiviti lain – Program Jom Shopping Bersama Warga Emas (15 dan 19 Ogos bersama lebih 50 warga emas pilihan di Giant Batu Caves) , iftar bersama MB dan PeBT seluruh Selangor dan beberapa program lain