Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Politik

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem Al Mubarak

Alhamdulillah semalam  (2 Ogos) telah bermula program Ramadhan di dun Batu Caves dengan solat Isyak dan Tarawilkh di Masjid Jamiatus Solahiah Kg Sg Tua, tahun ini acara di mulakan sedikit lewat kerana saya dan YB Mohamed Azmin Ali mengerjakan umrah hingga 1 Ogos. Namun begitu seminggu sebelum Ramadhan kami telah siap menyerahkan sumbangan kepada semua masjid dan surau di Dun Batu Caves bagi menampung kos program Ramadhan dan melancarkan program Ramadhan Dun Batu Caves yang disempurnakan oleh Pembantu Exco Agama Islam Selangor YB Dr Abdul Rani Osman . Berikut perutusan Ramadhan saya tahun ini :

Ramadhan datang lagi bertemu kita. Sewajarnya kita rafaqkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kuasanya dan rahmatnya dapat kita menemui semula Ramadhan Al Mubarak yang mulia.

Bulan yang menjanjikan ganjaran berlipat ganda terutama bagi mereka yang menjalani ibadah puasa disamping memperhebat amalan-amalan yang baik.

Dalam bulan ini umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa disiang hari, disamping menpergiat amal soleh seperti bersedekah, menghidupkan malam dengan amalan dan menjaga akhlak perilaku.

Melalui rukun Islam ke tiga ini, umat Islam tidak hanya memperoleh kesan rohaniah sahaja malahan turut meningkatkan faham kebersamaan sesama umat.

Malahan jika kita amat-amati semua rukun Islam mempunyai elemen pemantapan kebersamaan yang mana kita harus dalami setiap nasib rakan seumat. Sebab itu juga ketika masa kita menunaikan puasa umat Islam diwajibkan menunaikan zakat fitrah bagi membantu saudara kita.

Justeru faham kebersamaan ini bukan menjurus kepada kefanatikan dan eksklusif sebaliknya merapatkan jurang perbezaan antara umat Islam dan manusia.

Bagi pihak pusat khidmat Dun Batu Caves sememangnya  tidak mahu ketinggalan dalam menambah nilai kegiatan-kegiatan rancak di Masjid Surau sekitar Batu Caves dengan memperuntukan sumbangan khas bagi aktiviti Ramadhan bagi setiap Masjid dan Surau.

Disamping itu pihak pengurusan sambutah Ihya turut menganjurkan berbuka puasa dengan asnaf dan golongan terpinggir bagi memastikan mereka menikmati Ramadhan dengan penuh gembira.

Besarlah harapan kami agar semua peruntukan dan aktiviti yang disusun mampu merancakkan lagi bulan ibadah ini dan mempermudah ramai masyarakat yang ingin mempergiat amalan soleh mereka.

Oleh itu bagi pihak pentadbiran kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat ingin mengucapkan Selamat berpuasa & moga ibadah kita diterima dengan ganjaran pahala berlipat ganda

“Ramadhan bulan mulia, bersama kita peroleh Taqwa”

Advertisement

SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves ‘bersih’

Jamilah Hamzah (Sinar Harian)

31 Mei 2012
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
bercakap pada sidang media berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.

Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor.

Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.

“Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua,” katanya.

Sebelum ini, kenyataan media melaporkan  Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai.



Selamat Menyambul Eidul Adha – Pengorbanan dan Perjuangan Teras Kemenangan Hakiki


Terima Kasih

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada hadirin-hadirat yang dapat meluangkan masa hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri Parlimen Gombak dan Dun Batu Caves, Alhamdulillah sambutan yang meriah dari pengunjung.  Majlis berlangsung meriah dengan dianggarkan kehadiran pengunjung tidak kurang dari 5000 orang dari seawal jam 9.30am hingga 2.00pm. Majlis turut diisi dengan sumbangan Skim Mesra Usia Emas kepada penerima dan duit raya kepada lebih 500 pengunjung kanak-kanak

Majlis tambah bermakna dengan kehadiran Istimewa Presiden KEADILAN Dato Seri Dr Wan Aziziah disamping beberapa teman – teman pimpinan yang  turut dapat meluangkan masa hadir ke majlis tersebut seperti, YB Nurul Izzah Anwar, YB Puan Zuraida Kamaruddn, YB Willian Leon Jee Kin, YB Xavier Jayakumar, YB Rodziah Ismail dan pimpinan-pimpinan KEADILAN Selangor serta rakyat setempat, tidak ketinggalan rakan-rakan dari PAS Gombak yang diketuai oleh Ust Salehuddin Nasir.

Terima kasih kepada petugas – petugas dan semua yang terlibat menjayakan jamuan Aidilfitri Parlimen Gombak dan Dun Batu Caves.

Sedikit rakaman program:


Jemputan Rumah Terbuka Dun Batu Caves, Parlimen Gombak dan Cabang Gombak


Perutusan Syawal Adun Batu Caves 2011/1432 – Syawal Bulan Menyambung Momentum Ramadhan

Alhamdulillah marilah kita rafaqkan kesyukuran kehadrat Allah kerana kita dapat menemui Ramadhan yang penuh berkat tahun ini dan mampu menyudahkan ibadah Puasa yang diwajibkan kepada mereka yang beriman.

Dikesempatan ini saya bersama keluarga besar pimpinan Pakatan Rakyat  dan Parti Keadilan Rakyat , Dun Batu Caves dan Parlimen Gombak ingin mengucapkan salam Eid Fitri kepada semua warga khususnya untuk masyarakat dan rakyat di Batu Caves. Semoga Eid Fitri kita sambut  dengan gembira  setelah  melalui  pendidikan Ramadhan yang melatih kita agar menjadi muslim dan manusia yang taat dan bermanafaat.

Disebalik kegembiraan yang dianjurkan harapnya dapatlah kita bersama mengekalkan momentum positif yang dicerna dalam bulan Ramadhan. Ibadah puasa yang kita lalui dalam bulan Ramadhan  berupaya meningkatkan iman dan taqwa dan seterusnya melahirkan manusia-manusia yang terdidik hati dan lakunya.

Pembentukan masyarakat yang cemerlang dan dirahmati  sewajarnya digerakkan oleh mereka-mereka yang taat kepada penciptanya dan bermanafaat kepada manusia.  Diharapkan kita akan menjadi salah satu dari manusia-manusia tersebut yang mengerakan perubahan kearah kebaikan dalam masyarakat.

Dalam sirah Rasulullah Salallahualaihi Wassalam, kita diberitahu telah berlaku peperangan Ahzab atau juga dikenali sebagai perang Khandaq yang berlangsung dalam bulan Syawal di tahun ke 5 Hijrah. Tentera Kuffar telah membentuk  barisan bersekutu antara Yahudi dan Musyrikin yang mempunyai kekuatan 3 kali ganda dari kekuatan tentera  umat Islam di kota Madinah.Dengan izin Allah tentera Islam mampu bertahan dan mencapai kemenangan walaupun barisan bersekutu Kuffar mengepung hampir sebulan kota Madinah. Allah rakamkan peristiwa tersebut dalam surah Al Ahzab.

Kemenangan tentera Islam salah satunya terhasil dengan tingginya keimanan dan ketabahan tentera Islam berhadapan dengan serangan fizikal dan mental pasukan lawan, walaupun saat itu umat Islam masih berada dalam kesedihan selepas kekalahan perang Uhud.Hanya manusia-manusia berkualiti yang mampu berhadapan dengan dugaan dan cabaran besar sedemikian rupa, dan mereka juga berhadapan dengan peperangan itu 7 hari selepas tamatnya Ramadhan tahun tersebut.

Justeru marilah kita ambil semangat tersebut sebagai pedoman kita melalui hari depan dalam melawan nafsu dan cabaran serta ketidakadilan yang kerap terpampang dihadapan kita. Allah berjanji kemenangan akan tetap bersama dengan kebenaran dan ianya lebih mudah dengan perancangan yang teliti dan bijaksana serta dengan pertolongan Allah.

 

“Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat. (al-Ahzab: 9-11).

Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar Walillahi Hamd

Salam Eidulfitri
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.


Sekilas Minggu 2-3 Ramadhan

Seperti biasa program saya bertambah rancak walaupun Ramadhan dan berpuasa. Sebagaimana dirancang ada program yang berjaya dilaksanakan dan sebahagian ditunda akibat cuaca dan masalah teknikal. Beikut sedikit catatan dan gambar program berlangsung, Mulai Isnin ini 22 Ogos program anjuran Pusat khidmat lebih tertumpu program Qiamulail bersama Ust Zamri (MariMengaji/Mantop)demi merancakkan malam-malam akhir Ramadhan yang dikatakan turunnya Lailatul Qadar.

Program Ziarah Masjid dan Surau – Sepanjang 2 minggu lepas sempat ziarah ke 8 surau dan 3 Masjid disekitar Batu Caves

Bersama Jemaah selesai Solat

Kenangan bersama Ust Zamri (Mari mengaji) dan YB AzminJemaah mendengar tazkirah Ramadhan

Mari Berbuka Bersama Sudara Kita – Zarah dan iftar bersama Asnaf di Kg Selayang Baru, Kg Baru Batu Caves dan Kg Sg Tua

sampaikan sumbangan selepas iftar

Bersama Asnaf Kg Baru

Ziarah Pasar Ramadhan – Pasar Ramadhan Selayang Baru dan Taman Batu Caves

Membeli dan serah sumbangan kurma

Aktiviti lain – Program Jom Shopping Bersama Warga Emas (15 dan 19 Ogos bersama lebih 50 warga emas pilihan di Giant Batu Caves) , iftar bersama MB dan PeBT seluruh Selangor dan beberapa program lain

Peserta Jom Shopping Bt Caves

Sebahagian Peserta Lelaki

Membantu peserta beli belah


Catatan Ramadhan: Pandangan Hal Jais – DUMC

Ramadhan telah tiba ke 10 hari terakhir, program terus padat. Selain aturcara yang disusun pejabat pusat khidmat pengurusan Dun Batu Caves ada beberapa jemputan dari Ketua Kampung, Masjid, ahli majlis dan Jabatan harus dipenuhi.

Ramadhan datang namun isu politik terus bertubi, salah satunya isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan (menurut kacamata Jais) terhadap satu program di satu Dewan Komuniti sebuah Gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya. Kali ini melibatkan sebuah acara yang menggunakan slogan Jamuan Makan 1 Malaysia dikatakan mempunyai unsur mencurigakan bagi “memurtadkan” orang Islam.

Sebagaimana biasa isu negeri Selangor akan sesegera diputar-putar oleh media kendalian BN dan blogger upahan  untuk mengambarkan imej tidak baik pentadbiran Pakatan Rakyat. Hiprokasi beberapa watak juga muncul yang kononya sebelum ini membantah demonstrasi aman Bersih telah membuat demonstrasi membantah sikap kerajaan negeri yang dikatakan membela gereja.

Malah beberapa pimpinan Umno yang disadur menjadi NGO,  juga NGO yang ingin menyerap ke Umno  mengeluarkan kenyataan mengecam dengan lenggok politik yang mahu kesimpulan rakyat bahawa nasib agama Islam dan orang Melayu tergadai dibawah Pakatan Rakyat.

Siaran media digunakan sebanyak mungkin memancarkan hal ini walau masih tidak tahu hujung pangkalnya kes ini,  paling tidak mengurangkan fokus rakyat pada isu pasca Bersih yang melibatkan beberapa bukti dan pengakuan cacatnya sistem pilihanraya Malaysia.

Teringat pula kisah Aisyah Bukhari yang dikatakan Murtad pada hujung 90-an yang nampaknya tidak dibuat liputan semeriah kes ini, mungkin kerana kes tersebut tidak boleh dipintal-pintal oleh Umno menjadi modal politik, mereka mendiamkan diri.

Bagi kerajaan Pakatan kita amat hati-hati menanggani hal ini kerana tidak mahu ada yang teraniaya dan ketidakadilan terhasil kerana sikap terburu-buru. Ini adalah seruan dalam ajaran dan amalan Islam yang tertulis dalam sirah dan sejarah Nabi berkenaan hubungan antara berbilang agama.

Ada sebahagian yang saya kira  “naif” atau memang ada persepsi sedia ada di kepala mereka akibat dorongan lama Umno — hanya Umno dan BN yang boleh membela Melayu Islam, melihat isu ini isu akidah, dan kita harus tanggani secara tegas.

Saya amat menyokong tindakan tegas jika ada bukti dan jelas usaha memurtad, tetapi disebalik laporan Jais masih tidak lagi disiapkan, agak mencurigakan bagaimana laporan dan beberapa bukti yang sepatutnya tidak didedahkan diserah pada tentera upahan cyber Umno yang lebih gemar membakar sentimen / emosi terlebih dahulu. Sebab itu hal ini seperti terhidu aroma politik yang kuat terutama mereka yang menyebar kepada budak upahan cyber Umno sebagai medium mendedah ‘bukti’.

Malahan ada yang cuba mempertahankan kelemahan dengan cepat-cepat mengaitkan Jais adalah dibawah Sultan dan apa-apa teguran serta kritikan pada Jais bermakna mengkritik Sultan (Pandangan bagi mereka diabad ke 16). Bagi saya isu ini telah dipermainkan jauh dari isu pokok iaitu adakah majlis itu melanggar undang-undang  dan adakah Jais telah bertindak berlandas undang-undang.

Sejak Pakatan Rakyat Isu Kaum dan Agama dengan bingkai yang sempit memang gemar dibakar oleh pimpinan Umno dan saduranya. Teringat lagi demo arak kepala lembu dua tahun lalu. Walaupun sebahagian mereka menjerit mahu membela Islam kadangkala kelihatan kumpulan ini memang tiada minat meningkatkan kefahaman tentang Islam, kemana mereka dalam kes Qazaf Dato Seri Anwar Ibrahim yang nampak dibiarkan oleh Menteri Agama Umno, Judi sukan dan banyak lagi hal yang saya kira penting untuk dijelaskan kepada awam. Dalam hal Jais-DUMC ini saya kira pandangan beberapa ilmuan Islam seperti Dr Asri juga wajar diberi ruang untuk dibincangkan dan kini peran media sebagai alat mencerahkan manusia amatlah  penting dalam bangsa kita.

Disebalik hinggar binggar isu Jais-DUMC, program semarak Ramadhan terus berjalan rancak walau telah sampai ke 10 hari terakhir Ramadhan. Semenjak Pakatan diberi amanah oleh rakyat dalam pilihanraya umum lepas program masjid dan surau memang lebih bagus dan meriah, jika dahulu tazkirah seolah ‘haram’ kini peringatan agama dan pengembangan ilmu Islam amat rancak di Masjid dan Surau. Malahan zaman BN dahulu surau diarah tutup kerana ada tazkirah tapi kini bukan hanya tazkirah banyak program yang kreatif dan menyegarkan wujud di Masjid / Surau seluruh Selangor, suatu perbezaan yang hanya boleh dinafikan oleh mereka yang buta hati.

 

 

 

 


Sekilas aktiviti minggu pertama Ramadhan

Dikesempatan Ramadhan ini  saya telah mengambil peluang untuk turun sendiri meninjau masyarakat dengan pelbagai aktviti yang diatur oleh pejabat urusan Dun mahupun pihak lain selain program biasa solat terawikh di Masjid dan Surau sekitar batu Caves.  Terima kasih saya ucapkan kepada pihak-pihak yang membantu dan menyumbang khusus  Sdr Jafrien Ketua AMK serta jentera AMK Gombak dan Puan Faridah dan petugas Wanta Gombak yang  turut sama dalam program semarak Ramadhan tahun ini.

Mari Berbuka Bersama Saudara Kita (Kg Nakhoda)– Program baru yang cuba diaturkan oleh Pejabat Dun dengan harapan mereka yang kurang bernasib baik dapat diceriakan ketika menyambut Ramadhan, kali ni destiansi dirumah en Habib Wira bertempat Jln Nakhoda A

Saya dan isteri bersama keluarga Habib

serahkan sumbangan AMK Gombak

sumbangan duit raya

tahlil sebelum waktu iftar tiba

Sumbangan Anak Yatim Masjid Jamiatus Solahiah, Sg Tua – Seramai 73 penerima dikalangan anak yatim kariah Masjid Jamiatus Solahiah menerima sumbangan Ramadhan dan Syawal, Lebih 22 ribu disumbangkan oleh orang ramai kepada tabung masjid telah diagihkan kepada penerima.

Bersama Penerima Bantuan

Salah seorang penerima

Merasmikan Serahan Bubuk Lambuk Masjid Al Amaniah – Program Bubur Lambuk Al Amaniah merupakan program tradisi masjid Daerah tersebut sejak lebih 7 tahun lalu. Kira-kira 1000 bungkus bubur lambuk disediakan setiap hari Ramadhan sehingga 25 Ramadhan untuk penduduk dan jemaah yang boleh mula diambil selepas solat Asar

serahan bubur lambuk

Ziarah Pasar Ramadhan Kg Nakhoda / Kg Laksamana



Universiti diragum oleh penguasa yang gagal faham inspirasi pendidikan

Hari ini saya mengeluarkan kenyataan berkenaan sikap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin berhubung sikap beliau yang seolah-olah paranoid dengan diskusi buku Barry Wain minggu lalu di Universiti Malaya. Sikap ini menunjukkan kreadibiliti yang rendah beliau terhadap fungsi universiti dan pengembangan diskusi intelek di Malaysia, Malaysiakini.com turut melapor kenyataan saya : berikut kenyataan penuh saya.

……

Amaran Pada UM, Tindakan Khaled Nordin Kebumikan kebebasan Akademik

Angkatan Muda Keadilan (AMK), prihatin dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin yang mengarahkan Universiti Malaya (UM) menghantar laporan terperinci berikutan program Syarahan Barry Wain, berhubung perbincangan bukunya yang bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” baru-baru ini.

Kami melihat tindakan tersebut seolah-olah merupakan satu tekanan atau amaran  terhadap universiti tertua negara itu dan juga kepada universiti lain yang sekaligus mengkebumikan kebebasan akademik di universiti-universiti Malaysia.

Kebebasan akademik sangat diperlukan bagi menjamin kualiti pendidikan di universiti, bukan hanya untuk memastikan kedudukan universiti naik ditangga universiti terbaik dunia tetapi yang lebih utama ialah melahirkan manusia-manusia yang luwes dan matang yang sekaligus mampu menjadi penyangga kepada kedudukan Negara di masa depan.

Namun tindakan Khaled kelihatan menyemai budaya takut kepada pentadbir,pensyarah universiti dan seterusnya kepada mahasiswa/ mahasiswi dari menyatakan kebenaran dan mengulas sesuatu dari sudut ilmiah dan akademik.

Kebimbangan Khaled, kononnya program tersebut hanya digunakan untuk memburukkan negarawan, Umno dan orang Melayu amatlah dangkal dan bodoh dan seperti mahu menutup kebenaran yang tersembunyi dari buku Barry Wain.

Amat memalukan seorang yang menjadi menteri bagi lembah ilmu menjadi seorang yang begitu anti-ilmu kerana ketakutan politik dan kehausan untuk mengekalkan kekuasaan Umno-BN.

Adalah sangat melucukan perbahasan tentang kandungan buku Barry Wain telah diulas di merata tempat, tetapi ianya seolah dilarang untuk dibahas di dalam universiti.

Bagi kami tindakan ini adalah suatu pengkhianatan kepada masa depan Negara kerana cubaan menutup dan menghalang mahasiswa-mahasiswi tempatan terdedah dengan perdebatan sihat dan menyegarkan.

Amirudin Shari

Naib Ketua

Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Program Anjuran Pejabat Dun Batu Caves 22 Mei 2010

Program Spies Bersama Masyarakat
Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, bersama Pejabat Dun Batu Caves dan Masjid Amaniah menganjurkan program Spies Bersama Masyarakat berdasarkan maklumat berikut

Tarikh: 22 Mei 2010
Masa: 8.30pg – 12.00 mlm
Tempat: Dataran Masjid Al Amaniah, Gombak

Perasmian oleh YB Amirudin Shari, Adun Batu Caves pada jam 9.30pg dan Perasmian Penutup oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor pada jam 8.30 mlm. Sempena majlis penutup diadakan juga Forum Perdana yang membariskan

Moderator : Ust Shukri Yusuf
Panelis  :
1. Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man dan
2 Dato` Ismail Kamus

Disamping itu banyak acara seperti pertandingan futsal padang, gubahan, sukaneka dan pendaftaran program-program kerajaan negeri yang dijalankan sepanjang acara tersebut.

Kejohanan Bola Sepak Piala YB Amirudin Shari

Tarikh: 22 Mei 2010
Tempat: Padang Bolasepak Sg Tua

Pertandingan tahunan kali ini menawarkan format liga sehari yang mengumpulkan pasukan-pasukan sekitar Gombak dan Batu Caves, kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 3100 dan piala iringan kepada pasukan yang mendapat tempat 1-4.

Perasmian oleh: YB Amirudin Shari pada jam 9.00pg


Soalan Dewan Adun Batu Caves Berkaitan Projek Pembersihan Sungai Klang

Sesi dewan yang berlangsung 12-14 April 2010 lepas saya telah membangkitkan beberapa soalan dan soalan berkaitan projek pembersihan sungai Klang yang dimasukkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor telah dijawab secara lisan oleh YAB Dato` Menteri Besar. Berikut jawapan yang diberikan yang menjelaskan asas ketelusan kerajaan dalam pemilihan dan rangka kerajaan dalam melonjakkan kedudukan ekonomi negeri.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN AMIRUDIN BIN SHARI
(BATU CAVES)


TAJUK
: PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

11. Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar:
a) Apakah asas utama pertimbangan Kerajaan Negeri dalam melantik 4 syarikat utama yang menjayakan projek tersebut?

Jawapan : Proses pelantikan untuk Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Kiang adalah satu proses yang telus. Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) pada 1 September 2009 telah membuat tawaran kepada umum melalui akhbar untuk syarikat-syarikat yang berminat mengemukakan cadangan-cadangan mereka. Cadangan-cadangan yang diterima telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Peringkat 1 pada bulan November 2009. Jawatankuasa Penilai dianggotai oleh wakil-wakil jabatan kerajaan iaitu Pejabat Dato’ Menteri Besar, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Pejabat Tanah dan Galian serta Unit Perancang Ekonomi Negeri. Seterusnya, hasil daripada penilaian peringkat pertama, Jawatankuasa Penilai Peringkat 2 yang dianggotai oleh anggota-anggota Taskforce Projek Sungai Klang yang dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar telah membuat penilaian lanjut dan meluluskan untuk tindakan seterusnya. Semasa penilaian peringkat kedua ini, syarikat-syarikat yang di senarai pendek telah dijemput untuk membuat pembentangan kepada anggota-anggota Tasktorce. Setelah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai yang dianggotai jabatan-jabatan dan agensiagensi kerajaan yang berkaitan, empat (4) syarikat-syarikat telah dipilih berdasarkan cadangan dan keupayaan mereka. Syarikat-syarikat tersebut telah dijemput untuk menganggotai ‘Taskforce Public / Private Partnership’ Projek Sungai Klang. Empat (4) syarikat tersebut ialah:

i.  DPZAsiaSdnBhd
ii. GJA Engineering & Construction Sdn Bhd
iii. TSS MAKO Engineering Sdn Bhd
iv. Wessex Water I I Berhad Consortium

Penubuhan Taskforce ini merupakan satu cara baru yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menjimatkan masa dan kos berbanding pendekatan lama di mana kontrakkontrak diberikan hanya selepas Kerajaan Negeri telah mempunyai satu Pelan Induk. Dengan Taskforce ini , syarikat-syarikat swasta akan dilibatkan sejak dan awal lagi untuk mencorakkan pelaksanaan projek dan memastikan usaha-usaha yang dilaksanakan mempunyai nhlai ekonomi yang baik.

Asas kepada pemilihan semua syarikat ni ialah berdasarkan cadangan dan keupayaan mereka. Penglibatan mereka adalah berdasarkan ‘Public / Private Partnership’. Kritenia yang diambil kira semasa penilaian di buat adalah:

1 Keupayaan syarikat berdasarkan kebolehan dan pengalaman yang relevan dengan Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Kiang
2. Latar belakang syarikat di mana bidang kepakarannya ada berkaitan dengan pembangunan dan pembersihan sungai
3. Keupayaan kewangan syarikat
4. ‘Business plan’ dan bajet yang disediakan, di mana projek-projek yang dicadangkan adalah ‘self sustainable’ dan tidak memerlukan dana kerajaan yang besar.
5. Cadangan yang sehala dengan Hala tuju Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor dan segi sosial, infrastruktur dan pembangunan

b) Berapakah jumlah syarikat-syarikat yang membida bagi mendapatkan kontrak projek berkenaan?

Jawapan: Kerajaan Negeri melalul Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) pada 1 September 2009 telah membuat tawaran kepada umum melalui akhbar untuk syarikat-syarikat yang berminat mengemukakan cadangan-cadangan mereka. Sebanyak 37 syarikat swasta dalam dan luar negara memberi respons kepada penawaran ini dengan membeli dokumen ‘Request for Business Proposals’ yang berharga RM500.00.
Sebanyak 12 daripada semua syarikat tadi telah mengemukakan cadangan mereka semasa tarikh tutup. Cadangan-cadangan yang diterima telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Peringkat 1 pada bulan November 2009. Jawatankuasa Penilai dianggotai oleh wakil-wakil jabatan kerajaan iaitu Pejabat Dato’ Menteri Besar, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Pejabat Tanah dan Galian serta Unit Perancang Ekonomi Negeri.

C) Berapa lama kah masa yang diperlukan untuk menyiapkan 120km sungai tersebut?

Jawapan: Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang merupakan salah satu dan enam (6) projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang telah diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Sen Menteri Besar Selangor. Jajaran Sungai Klang adalah lebih kurang 120 km iaitu 80 km di dalam Negeri Selangor dan 40 km di dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jajaran Sungai Klang melalui kawasan pentadbiran lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor seperli MPK, MBSA, MBPJ, MPSJ dan MPAJ dan di dalam pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Buat masa ini, program pemuliharaan dan pembangunan Sungai Kiang diberi tumpuan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) sepanjang 21 km yang bermula dan Jabatan Connaught hingga ke muara Sungai Klang di kawasan Pelabuhan Klang. Juru Perunding DPZ Asia Design Sdn. Bhd. dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor telah menyediakan cadangan awal dan konsep pembangunan bagi jajaran Sungai Klang di dalam kawasan MPK. Cadangan tersebut juga telah dipamerkan untuk orang awam semasa Karnival Sungai Klang 2010 yang telah diadakan pada l3hb. — l4hb. Mac 2010 di Taman Pengkalan Batu, Klang.


Membantah Sikap Utusan Pada Sultan Selangor

saya serta sahabat teman ahli dewan negeri Selangor telah menyatakan sikap kurang senang terhadap tulisan Awang Selamat yang telah diterbitkan oleh Utusan Malaysia pada tanggal 21 Mac lalu yang boleh ditafsirkan mempertikai keupayaan DYMM Sultan Selangor dalam membuat keputusan untuk tidak hadir dalam Mesyuarat Agung Perkasa. Turut serta YB Dr rani, YB Nik Nazmi, YB Saari Sungib, YB Lau Weng San dan YB Yunos Khairi. Berikut kenyataan yang telah saya bacakan.

—-

Kenyataan Akhbar 23 Mac 2010

Pada 21 Mac 2010, kita dikejutkan dengan tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia yang mempertikai keputusan DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj untuk membatalkan kehadiran Baginda ke Mesyuarat Agung Pertama Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Istana Selangor telah membuat kenyataan bahawa pembatalan tersebut adalah bagi mengelakkan kontroversi dan manipulasi pihak tertentu. Kami, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat ingin membuat kenyataan bantahan kepada sikap biadab yang telah ditunjukkan oleh Awang Selamat dalam tulisannya. Kami ingin bertanya kepada Awang Selamat, siapakah yang dia tujukan kenyataan :

“Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedangpun menghakis kedudukan Melayu”,

malah beliau juga memainkan sentimen perkauman dengan kenyataan “Kelantangannya (iaitu PERKASA) memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu di bawah kerangka Perlembagaan Negara, mendapat tentangan daripada banyak pihak khususnya bukan Melayu”.

Nampaknya Awang Selamat cuba membayangkan bahawa tindakan beliau dan juga Tun Dr. Mahathir untuk hadir dalam Mesyuarat Agung Pertama PERKASA meskipun mereka sibuk adalah lebih baik daripada keputusan DYMM Tuanku Sultan Selangor yang membatalkan kehadiran Baginda.

Kami ingin memuji keputusan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan menggesa semua pihak menghormati keputusan ini. Sesungguhnya dalam hal ini keputusan DYMM Tuanku Sultan Selangor telah membuat satu keputusan bijak kerana Institusi Raja bukan sahaja mengetuai hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu, tetapi juga menjadi Ketua Negeri dan simbol perpaduan.

Sejarah Melayu mencatatkan konsep adil yang menunjangi Institusi Raja melalui kisah perjanjian antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Kami berpendapat, usaha melibatkan Institusi Raja dalam kancah pergelutan politik dengan tafsiran sempit Perlembagaan adalah satu tindakan yang biadab dan mencemar kemuliaan Institusi Raja-Raja.

Kami juga ingin menegaskan bahawa Perlembagaan mestilah dibaca bersama dengan semangatnya secara holistik dan tidak selektif. Ini kerana Perlembagaan tidak hanya menyatakan persoalan Melayu tetapi juga kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

Pakatan Rakyat dalam Konvensyennya yang pertama dan diulang pada banyak waktu lain telah berikrar untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa Bumiputera dan martabat Bahasa Melayu sebagaimana tercatat dalam Perkara 153 dan Perkara 152 berasaskan semangat keadilan dan kebebasan yang menjadi nilai tunjang Pemahsyuran Kemerdekaan negara pada 1957 dan diulang semula semasa Pembentukan Malaysia.

Berasaskan semua kenyataan ini, kami ingin bertanya kepada Awang Selamat dan PERKASA di manakah mereka ketika Bahasa Melayu diperlekeh, tanah rezab Melayu kian terhakis dan segelintir politikus Melayu merompak kekayaan negara untuk kepentingan peribadi? Kami juga mahu Awang Selamat dan PERKASA menyatakan kepada semua siapakah yang berkuasa ketika Bahasa Melayu diperlekeh, tanah rezab Melayu kian terhakis dan segelintir politikus Melayu merompak kekayaan negara untuk kepentingan peribadi?

Kami menggesa Awang Selamat agar berhenti ‘melacurkan jurnalisme’ untuk kepentingan pihak tertentu yang sengaja mahu ketidakstabilan antara kaum dan agama terus dipanjangkan dengan bara perkauman. Kami juga ingin mendesak Awang Selamat dan Mingguan Malaysia di bawah milikan Kumpulan Utusan memohon maaf secara terbuka kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan rakyat Malaysia seluruhnya di atas sikap biadab dan tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh beliau.

Kami akan membentangkan usul di dalan Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang bermula 12 April ini bagi mengecam tindakan Awang Selamat dan Kumpulan Utusan. Ini bukan kali pertama Awang Selamat dan akhbar milikan Kumpulan Utusan memainkan isu perkauman dan agama secara melampau. Kami tahu siapa pemilik saham di belakang mereka. Kami ingin menggesa seluruh rakyat Malaysia mengajar mereka dengan memboikot semua terbitan mereka!


2 Tahun

Beberapa hari lepas genap 24 bulan Selangor di bawah jagaan Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah sambutan masyarakat amat menggalakkan, hampir 5 ribu hadir di Stadium Malawati, Shah Alam  dalam Syarahan Perdana pimpinan kerajaan negeri sempena 2 tahun kerajaan baharu Selangor, pada 8 Mac lalu. Walaupun majlis itu hanya dirangka dalam tempoh 4 hari khabarnya.

Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengacarakan majlis tersebut bersama YB Hannah Yeoh Ahli Dewan Negeri Subang Jaya.

Sebelah petangnya telah diadakan pertemuan Menteri Besar, Khalid Ibrahim bersama semua ketua-ketua kampung dan beliau telah mengumumkan berita gembira buat rakyat Selangor dengan dana 50 juta yang dikutip dari hutang tersembunyi  Talam Cooperation kepada kerajaan negeri untuk pinjaman mikro kredit (Qardhul Hassan) untuk membantu masyarakat yang masih tertinggal di Selangor. Selain itu untung 10% dari jualan pasir dari anak syarikat kerajaan negeri akan disalurkan kepada ketua-ketua kampung bagi menghargai usaha mereka 2 tahun bersama pakatan Rakyat.

Pengumuman tersebut memanjangkan lagi mata rantai usaha merakyatkan ekonomi negeri Selangor yang telah dimumkan sebaik 100 hari amanah diberikan pada rakyat.

Bagi peringkat Batu Caves saya rasa masalah asasi seperti banjir dan isu tanah masih belum disempurnakan sepenuhnya. Insyallah saya akan lebih kuat untuk memastikan permasalah tanah yang banyak melingkari penduduk di Kawasan Batu Caves dapat diselesaikan terutama Indian Settlement, Jalan 10 D, Kg Temenggung yang sebahagianya berlaku akibat galak dan gelojoh manusia yang mengatasnamakan pembangunan.

Perjalanan 2 tahun bukan terlalu untuk kita banggakan tetapi sememangnya agak banyak yang telah dicapai dari segi pembangunan sosial, politik dan ekonomi.

Saya percaya pihak lawan (Umno-BN) akan mengelodak dan memutar-mutar untuk membingkai kita gagal disamping mencuba pelbagai cara menjatuhkan PR walaupun dengan kaedah fitnah dan kotor.

Dr Khir dan Tan See Hang telah bersuara, melalui media dengan  bagi saya tidak melihat dan membanding secara jujur pencapaian kerajaan Faderal BN dengan usaha kita di negeri. Memang fokus kita berbeza dan sebab itu BN dan PR ada. Fokus kita rakyat dan pembelaan dan kebajikan rakyat kita utamakan melalui lebih 10 inisiatif yang telah dilaksanakan  dalam Merakyatkan Ekonomi dan pengumumman lain.

Semalam, 9 Mac, awal-awal pagi MB hadir di mesyuarat Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, saya dan YB Jenice serta YB Yunos turut hadir sebagai pembantu exco Belia & Sukan bersama pegawai-pegawai belia sukan negeri, terus merangka program kehadapan dan menilai prestasi tahun lalu.

MB tampak masih belum puas hati walaupun program perlaksanaan tahun lalu 3 kali ganda jumlah dan kualiti program dari tahun sebelumnya, 2008. Kali ini MB nampak lebih fokus dan saya percaya dengan fokus lebih yang diberikan oleh Tan Sri Khalid program pebangunan sukan dan belia Selangor lebih rancak dan berkualiti .

……….

PRESTASI KERAJAAN NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT SEPANJANG DUA TAHUN

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

SELANGOR

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

PULAU PINANG

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.

KEDAH

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

KELANTAN

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT


Ikrar Setia Wakil Rakyat Muda – Teruskan komitmen membawa perubahan bersama Pakatan

Semalam sebelum sessi diskusi anjuran Sepakat — membincangkan dasar bersama pakatan yang telah dimetrai pada 19  Disember 2009, saya diberikan amanah oleh sahabat-sahabat dan teman-teman untuk membacakan kenyataan kami, menyata tekat dan ikrar setia terhadap perjuangan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat. Sebelum itu pada sebelah pagi Dato` Kamarul Baharin Ahli Parlimen Teluk Kemang bersama 12 ahli Parlimen turut membuat kenyataan Ikrar mereka untuk meneruskan perjuangan bersama Keadilan.

Akhir-akhir ini serangan yang diluncurkan kepada Keadilan begitu luar biasa. Alasan beberapa yang keluar nampak berprinsip tetapi bila dirobek ianya ternyata begitu pribadi dan emosional. Perjuangan pembelaan pada rakyat adalah suatu jalan yang memerlukan kesabaran dan dugaan pasti menimpa. Ini adalah adat perjalanan yang harus ditempuhi. Saya lampirkan kenyataan kami. 

Pada 8 Mac 2008, kami dipilih warga Malaysia di kawasan kami yang mengundi untuk sebuah harapan dan perubahan menggantikan kejumudan.Rakyat mahukan politik baru yang menolak desakan perkauman, rasuah dan salah guna kuasa.
Objektif yang kami terus usahakan apabila mewakili Parti Keadilan Rakyat ialah untuk membentuk “masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu”.

Namun, ada mereka yang berfikir bahawa dengan kemenangan, perjuangan ini sudah tidak perlu diteruskan.
Mereka berhenti berkhidmat kepada rakyat sebagaimana yang sepatutnya dan mahu menjadikannya sebagai “masa mengaut hasil rampasan perang”.
Apabila ini tidak dapat dilakukan, mereka menuntut ‘pampasan’ dari parti, membuat tuntutan di luar kewajaran demi kepentingan diri mereka sendiri.

Apabila dinafikan, mereka bertindak seakan mengugut dan kini meninggalkan parti. Mereka mengisytiharkan diri mereka bebas sedangkan semua melihat mereka sedang bergantung dengan corak rasuah dan pendekatan kuno masa lalu.
Ada yang mahu insiden ini dilihat sebagai perpecahan dalam Pakatan Rakyat, namun ia sebenarnya satu lagi usaha berterusan mereka yang mahu terus berkuasa.

Barisan Nasional menyedari bahawa cara politik usang yang mereka bawa kian tiba ke penghujung.Untuk melengahkan hakikat ini, mereka menggunakan strategi serampang dua mata.Pada satu sudut, mereka cuba menggambarkan bahawa mereka sedang menjuarai perubahan yang kami canangkan.Pada sudut lain, mereka merosakkan kepercayaan rakyat dan memanipulasi jentera kerajaan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, serangan perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dan tindakan memperlekehkan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin utama PAS di Kelantan dan Malaysia adalah sebahagian contoh jijik yang ada.

Dengan memilih untuk mendokong tindakan jahat ini, mantan pimpinan Keadilan yang bertindak keluar parti ini telah memilih untuk terus memandang ke belakang.Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih untuk perubahan dua tahun lalu.
Tindakan mereka membuktikan bahawa mereka tidak peduli malah sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat.

Mungkin ada yang percaya bahawa ada lagi yang akan mengikuti mereka, tapi kami pimpinan muda dalam Pakatan Rakyat, yang dipilih oleh rakyat, berikrar bahawa kami akan kekal berjuang biarpun berdepan dengan cabaran, pujukan dan penindasan yang ada.
Kami tidak akan berpatah balik. Kami mahukan perubahan untuk Malaysia, kami mahu berkhidmat kepada rakyat.
Kami akan memenuhi kepercayaan yang diberikan rakyat.

Kami tahu bahawa agenda KEADILAN yang inklusif dan tidak bersifat perkauman adalah ruang terbaik untuk kami meneruskan agenda membawa negara ke hadapan.Selama ini semua anggota parti mempunyai ruang memberi pandangan terhadap agenda yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat, yang telah disepakati dengan semangat musyawarah.

Pakatan Rakyat telah mencipta sejarah dengan Kerangka Dasar Bersama yang memaparkan persetujuan tulen rakyat Malaysia untuk abad ke-21. Kami akan turun bersama rakyat untuk berbincang dan bertukar fikiran dengan seluruh masyarakat bagi merealisasikan prinsip ini.
Berikan kami dokongan juga nasihat dan pandangan.Kami mahu belajar daripada anda, dan bersama anda.
Dengan cara ini, kami berharap dapat menggembeling rakyat yang prihatin untuk menghidupkan semula Perlembagaan dan semangatnya, menyatukan rakyat dan merealisasikan impian yang disebut oleh Bapa Kemerdekaan kita dalam Pemahsyuran Kemerdekaan “…menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa”.

Ini adalah impian mereka dan kini kami. Ini adalah impian bersama kita rakyat Malaysia.
Kami akan mempertahankan dan menghidupkannya dengan seluruh jiwa dan maruah yang ada.
Kami telah berikrar menyumbang usaha Pakatan Rakyat menyelamatkan negara ini, dan kami akan menunaikannya.

Disepakati oleh


YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan)
YB Amran Ghani (Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan)
YB S. Manikumar (Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN Bukit Selambau, Kedah)
YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves, Selangor)
YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang, Selangor)
YB Yunus Jamhari (ADUN Kuala Kurau, Perak)
YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak)
YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai, Perak)
YB Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang)
YB Kesavan (ADUN Hutan Melintang, Perak)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia, Selangor)


Kemenangan Kuala Terengganu

Akhirnya menang, perasaan di hati agak berdebar-debar kerana angin kempen agak perlahan, mungkin kaedah kerja jentera Pas Terengganu sedikit berbeda, tetapi yang jelas Umno lebih merangkak. Saya berkampung bersama jentera selangor, YB Abdullah Sani, Suhaimi, Bahtiar dan sokongan Ikmal, Islam, Mazli dan teman-teman jurumasak tidak dilupakan soldadu wanita Keadilan Selangor dan Wilayah yang bergerak dan berkempen dengan tampan. Tahniah dan terima kasih semua.

Cuma ada beberapa kenyataan dan gerak kerja yang perlu lebih di susun dan diatur lebih kemas. Pakatan kuat ikatannya dari segi prinsip bersama cuma kadang kala kenyataan dikeluarkan tanpa berhati-hati. Tetapi inilah bentuk baru kerjasama yang tidak tertutup dan terikat terlalu padat. Hanya perlu kemaskan persefahaman.


Kongres Nasional Yang Lain ?

28-30 November, kongres nasional kali ke 5 ia pasti berbeda, namun tidak lagi pasti apakah ianya mencerminkan perbezaan yang mengejutkan. Perubahan fizikal tidak begitu menaikan selera saya.  Selama lebih 4 kali kongres nasional Parti keadilan Rakyat berlangsung. Nada dan suara kongres seringkali menjadi medan utama menghempuk BN dan pemerintahan.

Kali ini pertama kali selepas 8 Mac, apakah ianya masih bernada sama atau sudah berubah. Saya condong agar ianya berubah iaitu mengalih amarah dan hempukkan kepada pembinaan dan sokongan kepada entiti yang dipunyai tika ini. Tapi saya juga condong tidak berubah agar prinsip seperti keadilan dan telus dan kebebasan menjadi akar tunjang kepada parti ini. Kalau tidak ini dikekalkan suara perubahan lepas hanyalah alat untuk ke atas mengapai kuasa. Macam Umno guna melayu.


Ijan, ISA 7,Uitm dan Demonstrasi

Ijan nama panggilannya, anak Gombak yang melanjut studi di Universiti Teknologi Mara (UiTM, dulu juga di panggil Institut Teknologi Mara (ITM)) kalau sesama anak-anak mahasiswa menyebut budak Mara sahaja. Maka tahun 2001 beliau dan 6 yang lain telah didakwa berdemonstrasi di Masjid Negara membantah ISA. Langsung mereka di gelar ISA 7, Polis menahannya mendakwanya, dia dan yang lain bebas 2005, tapi pendakwa tidak puas hati dan membawa kes ke mahkamah tinggi. Kisah itu masih belum selesai

Universitinya, Uitm menyingga, menganggapanya dan beberaapa rakan lain seperti Herman, melanggar peraturan universiti dan memalukan universiti, lalu beliau digantung. Tahun 2005 beliau dibebaskan oleh mahkamah , hantar semula permohonan lalu ditolak kerana dianggap telah lepas tempoh 2 tahun dari tarikh paling lama memanjangkan pengajian. Maka ini tanda UiTM dibawah Ibrahim Abu Shah, cukup menyirap dengan pelajarnya menentang kerajaan, apatah lagi melakukan demonstrasi atau juga disebut Utusan Melayu sebagai perarakkan.

Dan hari ini Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor Uitm, mengamuk dan meradang. Bukan kerana perarakkan ratusan pelajar yang menuju kebangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, tetapi kerana beberapa butir jawapan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar, Selangor agar 10% dibuka UiTM untuk bukan melayu/bumiputera.

Beliau mengerut dahi hairan, Tan Sri Khalid, boleh mengemukakan cadangan tersebut dan menyebut punya 120,000 pelajar, 350,000 alumi dan beribu-ribu -ribu-ribu yang lain untuk membantah. Beliau berceloteh UiTM adalah berkualiti dan hebat dan tidak perlu kemasukan bangsa asing (bukan melayu, seeloknya bahasa lebih baik).

10% atau 100% hanyalah angka yang perlu di perbincangkan setiap inci, tapi saya lebih gemar mengulas bagaimana tiba-tiba UiTM dan Ibrahim Abu Shah menukar pandangannya tentang demonstasi. dulu benci sekarang sokong.

Katakanlah, niat cintai UiTM ban bangsa Melayu itu agung dan suci, maka adakah membantah ISA itu dosa besar dan mungkar. Sedangkan ISA itu menghancur dan menjatuhkan martabat semua manusia baik ia melayu atau tidak.

Tidakah lebih memenara bangsa itu jika dia mampu menaunggi bangsa lain dengan konsepnya, keadilan.

Kenapa beliau tidak menyingga dan mengaum ganas seperti dalam sidang medianya bila bahasa kebangsaan, bahasa melayu tidak dianggap sebagai bahasa orang pandai matematik dan sains oleh Dr Mahahthir, mana kata-kata perjangan melayunya. Malahan dalam sejarah menuliskan UiTM dan UUM berebut-rebut mahu menubuhkan institut pemikiran Mahahthir, Ini lah tanda kebaculan atau mungkin minda yang terkurung.

Dan yang jadi mangsa Ijan, Herman dan rakan-rakan. Mereka dihukum kerana kemanusiaan yang dibelany oleh orang yang tidak punya kejujuran intelek dan keberanian.


Permatang Pauh Langkah Seterusnya

Alhamdulillah, akhirnya sempat menulis seketika untuk blog ini. Kerja menerpa dengan cukup mendadak. Konspirasi politik 2 telah menjadikan fikiran, penumpuan dan kerja menjadi berlipat-lipat dan berganda-ganda. Kadang-kadang agak kewalahan.

Tanpa perlu mengulang beberapa insiden dalam drama politik beberapa hari lepas yang sentiasa turun naik saham kepada mereka-mereka yang terlibat, akhirnya Anwar memilih Permatang Pauh, untuk usaha kembali berlabuh secara benar dalam politik Malaysia.

Lawan-kawan merasa kemenangan Anwar seperti tidak terelakkan lagi. Bila begitu saya agak bimbang kerana seakan keselesaan jadi sandaran teman-teman seperjuangan. Beberapa kali rasa sedikit selesa ini memakan diri dan menyebabkan kita terpaksa berjuang dengan lebih sukar. Semasa di pilihanraya kecil Ijok ada sekelumit perasaan ini, dan akhirnya semua tahu, selepas Tan Sri tewas dalam pilihanraya kotor itu seakan ada kecewa. Anwar kembali merubat dan mendatangkan kembali kenyakinan sehingga gelombang 8 Mac melanda.

Kemudian selepas 8 Mac, seakan wujud selesa melihat BN simpang siur (sehingga kini pun) memulih kreadibiliti mereka. Tiba-tiba konspirasi ke 2 pula muncul dan semua gempar dan bengong seketika. Kali ini Anwar sendiri yang bertarung setelah berjaya sedikit mengembalikan gerak kerja dan fokus parti dan sahabat-sahabat lain pada hal dan isu sebenar, bagus juga Shabery beri ruang di Televisyen. Apakah ini benar-benar langkah seterusnya atau lubang yang memelecokkan kembali arus perubahan.

Ianya pada tangan ahli parti dan keputusan rakyat. Jangan tunggu lagi Permatang Pauh bukan pelabuhan tetapi batu yang memangkin menuju puncak. Pastikan teman-teman.

#sedikit makluman: untuk berita terkini program dan urusan Dun Batu Caves boleh layari : http://www.adunbatucaves.blogspot.com. Ruangan ini akan lebih saya tumpukan untuk pendapat dan menajam semula tulisan yang kian tumpul…adusss


Protes gagal, Najib ?

Ini lah sedikit wajah perhimpunan yang dikatakan gagal, oleh Najib Razak. Tidak ketinggalan, perhimpunan ini telah di bingkai oleh media arus perdana sebagai tercemar dengan aksi tidak sopan, penyanyi carburator dunk, yang sedikit menimbul kekecohan.

Mengapakah sedikit kesilapan teknikal yang telah diakui oleh secara bertanggungjawap oleh Hishamudin Rais sambil menitiskan air mata petang tersebut, menjadi topik besar sehingga beberapa hari di giat gempur oleh media BN ?, disusuli kemudiannya dengan kapsyen-kapsyen terpilih dari pimpinan Pas terutamanya. Inilah modus operandi mengalih perhatian dan ingatan rakyat terhadap isu pokok perhimpunan tersebut, dan langsung di hubungkan dengan kenyataan Najib : Perhimpunan tersebut gagal. 8 Mac membuktikan rakyat tidak lupa dengan kemungkaran ekonomi, politik dan sosial BN. Saya pasti kali ini tetap tidak lupa.

Hal tersebut menjadi senjata buat BN menutup isu sebenar; rakyat marah dengan kenaikan harga minyak. Jelas dan nyata, insiden beberapa minit petang tersebut tidak menyebab mereka lupa dan mahupun melelapkan kemarahan  pada BN yang bertindak menaikkan harga minyak dengan menggila.

Pada saya, perilaku artis tersebut memang salah, dan lebih teruk kesalahan (boleh dikatakan vulgur) bagi pihak media yang cuba menutup kemarahan rakyat dengan insiden tersebut. Menutup kemarahan tersebut hanyalah memberi gambaran palsu keadaan sebenar negara dan menyebabkan kita terus dipaparkan oleh khayalan PM dan TPM. Khayalan……macam – macam khayalan, liwat pun mungkin salah satunya


Dari Malaysiakini: Polis Siasat Kedua-Dua Pengakuan Berkanun Bala

Polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyiasat akuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam pada 1 Julai lalu dan begitu juga terhadap akuan bersumpah yang bertarikh hari ini.

“Polis akan siasat kedua-duanya. Yang semalam kita siasat dan yang ditarik (balik) hari ini juga kita siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Balasubramaniam, yang juga saksi dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, semalam mengedarkan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai yang mengandungi beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Bagaimanapun dalam akuan bersumpahnya bertarikh hari ini, Balasubramaniam menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpahnya sebelum ini.

Ismail berkata polis akan tetap menyiasat akuan bersumpah pertama Balasubramaniam kerana beliau (Balasubramaniam) mungkin mempunyai niat yang terselindung.

“Mungkin ada niat untuk mengaburi mata orang ramai, jadi kita kena siasat keseluruhannya,” katanya.

Najib dalam sidang akhbar semalam, sekali lagi menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan menyifatkan tuduhan mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh itu sebagai “pembohongan dahsyat”.

Najib menegaskan cubaan terbaru itu untuk mengaitkan beliau dengan jenayah itu adalah “rekaan semata-mata, berniat jahat dan berunsur fitnah untuk mencemarkan imejnya.”


Ezam lepas ini kita panggil ZAM

gambar di stadium malawati

ribuan di stadium Malawati

4 hari selepas Ahad yang membinggungkan, Anwar, mulakan langkah tampil ke umum menjelaskan hal tuduhan liwat yang telah dibuat oleh bekas pegawai kepada pembantunya. lebih 15 ribu semalam di stadium Malawati membuktikan rakyat mahukan penjelasan sendiri Anwar dan curiga dengan penjelasan rasmi kerajaan BN.

Saya melihat tuduhan baru terhadap Anwar, bukan sahaja menunjukkan krisis kenegaraan kita masih terus berlangsung, tetapi elemen-elemen pembodohan yang tertonjol-tonjol dari Umno.

Beberapa menteri dan orang yang berangan-angan nak jadi menteri mahu pun timbalan menteri hadir di muka media membuat komen dan penjelasan. Syed hamid nampak menonjol, amat sesuai dengan portfolionya sebagai Menteri Dalam Negeri. Kali ini dia cuba menyakinkan Anwar dan semua pihak tidak ada yang perlu dibimbangkan dengan sistem polis dan undang-undang negara. Malahan beberapa yang lain termasuk menteri penerangan (saya lebih senang panggil beliau menteri propaganda) menyatakan Anwar tidak perlu bimbang dan takut kalau tidak salah.

Ini permainan kata biasa untuk menyakinkan orang ramai, yang nyata mereka nampaknya buta sejarah dengan apa yang telah terjadi pada Anwar dan pengakuan beberapa tahanan ISA seperti Malek Hussin. Amat malang mereka rela dilihat bodoh untuk mempertahankan sistem keselamatan negara yang cuba digunakan untuk mempertahankan kuasa politik sekelompok manusia yang rakus dan kejam. Orang seperti Syed Hamid dan Shabery, telah dijadikan alat untuk memastikan rakyat terus percaya kepada kebobrokkan. Dimana mereka ketika kes mata lebam Anwar dan aduan beberapa yang lain melaporkan penderaan yang boleh mengakibatkan kematian semasa 1998. Orang seperti Shabery dan Syed Hamid ternyta membisu dan diam kerana bimbang kedudukan mereka terjejas dan musnah. Kisah ini mendedahkan siapa yang sebenarnya penakut dan tidak mampu berpegang pada prinsip.

Saya pasti bila negara luar bersuara termasuk US, maka dengan segera sentimen anti-Amerika, digembeling untuk menutup pekung yang melanda.

Saya tidak hairan dengan kenyataan pimpinan Umno kerana sistem parti itu memang menjadikan pimpinannya gembira untuk menunjukkan kebodohannya. Termasuk Khairi Jamaludin yang berkelulusan luar negara, dan pernah dikatakan membawa arus baru dalam Umno, telah menyambung tradisi menunjuk – nunjuk kecetekan akal bila mengubah suai (tanpa kebenaran mungkin) skrip Dr Mahathir untuk menutup kes ini.

Namun yang benar-benar saya percaya Umno paling mujarab menjadi kawah kebodohan ialah bila Ezam Md Nor, yang baru menyertai Umno dari Gerak, difahamkan menyebut, agar pertuduhan liwat ini sebagai masalah jenayah dan tidak wajar dipolitikkan. Baru beberapa hari masuk gelanggang Umno semula, Ezam telah menampakkan ciri-ciri kebodohan yang agak kritikal. Kalau begitu kes-kes rasuah semua yang dilaporkan oleh beliau selama ini pun jangan lah dipolitikkan. Apakah beliau lupa dengan pengalamannya dan Anwar yang di fitnah sebelum ini. Apakah ini petanda virus kebodohan telah begitu cepat merebak dalam diri Ezam. Ataupun adakah Ezam ada terlibat dengan drama ulang cetak kali ini ? kalau terlibat ternyatalah dia memang ahli politik hutan, yang rela buat apa sahaja asalkan lawannya sekarang musnah, semua yang dilakukan halal kerana politik. Sejarah menuliskan begitu, ini agaknya prinsip Islam yang dijadikan alasan untuk masuka Umno, agaknya lah.

Nampaknya Ezam beberapa bulan lagi elok juga kalau kita panggil ZAM.


Krisis Kenegaraan

Maka beberapa hari ini timbulah dakwaan baru ke atas Anwar Ibrahim. Pelbagai kecurigaan menimbul dan tertonjol. Pak Lah mengambil sikap lepas tangan, Najib menafikan, Khairi buat komen terbodoh dalam semua komen, Rais Yatim dan Syed Hamid mengambil jalur seolah-olah menjadi jurucakap kerajaan Turki.

Ini jelas petanda pemerintahan BN semakin terdesak seperti yang telah disembelih, mengelempar, menaji siapa sahaja didepan mata, hingga sanggup menjadikan aspek-aspek penting berpotensi digunakan sewenang-wenangnya.

Kita masih lagi luka dengan krisis kenegaraan 1998, dan jika episod ini berulang, masa depan negara berada dipinggir bahaya.

Hati tertanya-tanya juga mana sebahagian kawan yang mutar balik ke Umno dengan alasan prinsip Islam dan prinsip perjuangan reformasi. Reformasi apa, reformasi palsu…. ini jelas mereka yang berpolitik dengan hukum hutan. Politics of the jungle

Malam ini di stadium Malawati, buat pertama kalinya Anwar akan menjelas kepada umum apa yang tersembunyi,