Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Anwar & Masa Depannya

Anwar Ibrahim dan masa depannya (politik) kembali jadi perbincangan.

Hal ini terus muncul dalam diskusi politik kerajaan & pembangkang. Tapi kali ini lebih meledak, mungkin kebetulan seiring dengan tempias gelut pemilihan dalam Parti keadilan Rakyat yang mana beliau dicalonkan sebagai Presiden. Ada pihak melihat Anwar goyah, kerana sokongan padanya tidak solid, tidak 100% .  Tapi kalau dari sisi lain inilah tanda budaya baru politik di Malaysia — yang telah lemas dengan budaya kediktatoran. Hanya diktator sahaja mengharap sokongan 100% sebagaimana Saddam suatu ketika dulu, atau Castro di Cuba.    

Pernah perkara halatuju Anwar jadi topik penting, sejurus beliau keluar dari Sungai Buloh, Umno, Pas, Keadilan, negarawan tanpa parti, Ngo Antarabangsa, atau pencen, pilihan-pilihan ini berteraburan, membuatkan penyokong, simpatisanya dan sudah pasti ahli politik gelisah. Bagi kawan-kawan lama dalam Umno, saat itu menghisap rokok pun tidak tenteram dan ada juga yang telah membeli “insuran” dengan menghubungi Anwar samada secara langsung atau berkirim.   

Paling terkini dan agak langsung perbincang tentang halatuju Anwar muncul dalam tulisan Fathi yang diterbit mstar. Sebelum itu Ahmad Lutfi Othman, editor Harakah, telah beberapa kali ‘mengertak’ Anwar agar lebih serius mengepalai pembangkang, dalam satu tulisan beliau juga melihat Dr Mahathir telah pelan-pelan mengambil tugas Anwar, menerjang Abdullah Badawi, Anwar perlu lebih tegas dan berani. Lutfi seakan mahu Anwar melepaskan sisa-sisa belas pada Pak Lah  dan terus mematikan spekulasi ada “deal” antara Anwar dan Abdullah-Umno, pandangan Lutfi bukan berseorangan, beberapa kelompok dalam Pas memang ada sedikit curiga itu, terutama pengalaman 1982 sentiasa menghantui, walaupun telah berulang Anwar mengatakan dalam program tertutup dan terbuka, tidak ada niat untuknya menyertai Umno.  

Saari Sungip (bukan ayah saya walau beliau pun jawa) — gurau, maaf Pak Abu, dalam satu temuramah di Harakah bermain kata-kata dengan menganggap Anwar sudah tiada masa depan, sebaliknya masa Anwar ialah sekarang. Namun kata-kata Pak Abu itu pasti boleh dihidu sebagai protes kecil kepada Anwar, sebagaimana gurauan Lutfi tadi.   

Perbincangan tentang masa depan Anwar ini, sebenarnya tanda beliau masih penting dalam politik Malaysia. Meski “Mike Tyson” menganggap Anwar sudah tidak releven untuk dipertimbangkan dalam politik Malaysia. Cumanya takut-takut tanpa disedari perbincangan ini mengelamunkan dan tidak sihat jika terus berpanjangan. Kerana mungkin akan menyeret kita semua bergayut di bawah beliau, tidak lagi pada persoalan dan idea perubahan yang digerakkannya.

Kita perlu segera bertanyakan, perjuangan kukuh kerana Anwar, atau Anwar kukuh kerana perjuangan. Reformasi hidup kerana Anwar, atau Anwar hidup kerana Reformasi.

Fikir dan teruskan usaha, nanti kalau sampai masanya, (bukan sekarang) boleh kita bersama Anwar, mencari siapakah Nehru bagi Ghandi Malaysia.     

     

Advertisement

One response

  1. Tentang isu ini, kepada sesiapa yang ingin melanjutkan diskusi dalam talian atau di blog, boleh sahaja ke blog saya http://patahbalek.blogspot.com/ (bawah tajuk “Anwar”).

    FAO

    April 4, 2007 at 5

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s