Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Amir terbit filem Reformasi 1998(mstar)

PETALING JAYA: Tidak serik-serik dengan larangan dua filemnya yang bertemakan komunisme, pengarah muda Amir Muhammad kali ini merancang menerbitkan filem lebih panas bertemakan “Reformasi 1998”, krisis politik nasional susulan pemecatan timbalan perdana menteri waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berjudul Do You Remember the 20th Day of September? (Adakah anda ingat hari ke-20 bulan September?), filem semi-dokumentari itu akan memuatkan wawancara dengan mereka yang terlibat dalam demonstrasi besar dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka, beberapa jam sebelum tokoh itu ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berpuluh-puluh ribu penyokong Anwar berhimpun mendesak peletakan jawatan perdana menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Amir berkata walaupun tidak berada di dalam negara pada sepanjang bulan yang bergelora itu, tetapi beliau tiba-tiba berasa “Kuala Lumpur sangat menarik” apabila berlakunya pergolakan politik tersebut.

Katanya, beliau mengikuti perkembangan krisis politik tersebut melalui media massa dan laporan Internet sewaktu menjalankan tugas di Singapura.

Amir berkata beliau sekarang sedang mengumpul bahan, termasuk wawancara langsung dengan mereka yang terlibat dalam peristiwa bersejarah itu, sehingga pertengahan Mei.

“Penggambaran akan mula dibuat penghujung Mei,” katanya.

Pengarah 34 tahun itu menjelaskan, beliau membikin filem ini atas motivasi kreatif dan tidak kena-mengena dengan Anwar atau partinya Parti Keadilan Rakyat.

“Saya tidak pernah berjumpa Anwar. Saya tidak mahu filem ini dinaungi oleh mana-mana parti politik,” katanya apabila ditanya kemungkinan ada pihak mempertikaikan pemilihan masa dan tema itu yang bersifat politik pembangkang.

“Seperti biasa, saya tidak berminat menemubual orang politik,” tambahnya lagi, mengulangi sikapnya dalam dua filem dokumentari terdahulu yang diharamkan, Lelaki Komunis Terakhir dan Apa Khabar Orang Kampung.

Lembaga Penapisan Filem semalam menolak rayuan Amir untuk menerbitkan filem keduanya tentang kisah hidup gerila Parti Komunis Malaya (PKM) selepas mengharamkan bulan lepas. Filem pertamanya diharamkan Mei tahun lepas.

Selain penyokong Anwar dan orang ramai yang berada di tempat kejadian pada 20 September 1998, Amir berkata beliau merancang menemubual anggota-anggota polis, termasuk bahagian Cawangan Khas.

“Bagaimanapun watak utamanya watak rekaan. Jadi, filem ini akan bergerak dari watak rekaan ini dan interaksinya dengan sumber-sumber lain,” katanya.

Lebih kurang 100 orang dijadual ditemubual sebelum menyediakan skrip filem ini.

Ditanya sama ada beliau akan memuatkan wawancara dengan penulis diari reformasi Sabri Zain, Amir berkata beliau telah menulis emel kepadanya tetapi setakat ini aktivis itu belum menjawabnya.

Sabri, yang merakamkan hampir setiap demonstrasi dalam bukunya Face Off: A Malaysian Reformasi Diary 1998-99, kini berada di luar negara.

“Jadi sesuailah dengan semangatnya itu filem ini tidak dilancarkan di sebuah hotel gah, tetapi di ruang siber,” tulis Amir di blog barunya Do You Remember the 20th Day of September? (20september.blogspot.com).

Ditanya sama ada filem-filem cakera padat video tentang reformasi seperti Laungan Reformasi menjadi ilhamnya, Amir berkata “lebih kurang seperti itu tetapi filem saya tidak akan memuatkan propaganda parti politik.”

Amir menambah, beliau merancang menerbitkan filemnya itu pada September tahun ini sebelum tayangan perdana di festival filem Pusan, Korea Selatan pada Oktober.

3 responses

  1. Kerabat diraja disiasat kes pukul kekasih
    24-03-2007 05:01:34 PM
    KUALA LUMPUR: Seorang anggota dekat keluarga diraja sedang disiasat berhubung dakwaan menyerang seorang gadis baru-baru ini.

    Siasatan awal menunjukkan wanita muda itu, dalam lingkungan 20-an, dipukul selepas dia didakwa bermain kayu tiga dengan kerabat tersebut.

    Wanita itu, yang cuba membuat aduan polis di sebuah negeri, terpaksa membuat laporan kes tersebut ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman selepas tidak ada balai sanggup menerima aduannya.

    Putera itu turut membuat aduan polis berhubung kes tersebut.

    Difahamkan seorang pegawai polis bahagian anti-dadah, yang telah berkahwin, didakwa mempunyai hubungan cinta dengan gadis itu ditukarkan dalam tempoh 24 jam ke Sarawak untuk kerja-kerja pejabat.

    Polis sedang menyiasat dan dalam proses mengambil keterangan beberapa saksi.

    >>> Lebih banyak berita di Arkib berita mStar Online

    http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_83253171-c0a85062-1364ee50-18049b21

    Mac 24, 2007 at 4

  2. ingatkan amir sari yg nak buat filem td..hehe

    amir,
    aku lewat skit hantar assignment2 yg korang bagi kat bengkel tempoh hari..sibuk la,minggu ni dah start final exams..

    buku pencerahan immanuel kant tu pendek je rupanya..camana nak direview, pak khalid dah cover semua dah dalam kata pengantar..huhu

    Mac 25, 2007 at 11

  3. tiada pencipataan manifesto , laman web / blog , forum untuk memperkenalkan dan berkempen untuk hasmi hashim ke ?

    ahhaha.. anyway good luck dan sekali saya ingin tegaskan aktivis tidak semestinya keluar sana berdemo dan sekiranya ada pemimpin seperti hasmi yang menggunakan penulisan dan media sebagai senjata juga boleh dianggap aktivitis dalam konteks yang lebih luas. ” Words is mightier than sword “.

    Mac 26, 2007 at 12

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s