Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Bersaing Bukan Berlawan

Dalam kesibukan Parti keadilan, melalui detik-detik pertandingan timbul lagi persoalan samaada boleh bertanding atau tidak perlu bertanding. Perbincangan seumpama itu masih dikira jauh dari sewajarnya, dan bagi saya kalau benar-benar keadilan dan reformasi mahu pergi lebih jauh meninggalkan politik lama–politik sempit agama, kaum, kasta, adu domba dan khianat, perbincangannya sekarang ialah bukan soal halal-haram bertanding malahan bukan kenapa perlu ada perlawanan, tetapi apakah agenda untuk parti dan negara dari mereka yang bertanding dan bersaing.

Barulah politik kita politik idea dan makna, bukan lagi soal remeh temeh, persetujuan kelompok, kesetiaan, taklid, fulus, pribadi dan sewaktu denganya yang diamalkan oleh Umno.  

Sebab itu bila saya dilontar soalan dari seorang teman ” mahu lawan abang ke?” jawap saya “bukan lawan tapi bersaing”. Kerana selain politik sempit makna perlawanan dalam politik ramai yang sering beriman pada faham  “semuanya” – non or all. Ertinya  kalah bererti mati, dijajah dan hilang tulang belulang. Menang pula membawa makna besar, tindas, pijak dan semuanya.    

Aktivis dan ahli parti Keadilan perlu jelas mana hendak dilawan bagi saya yang perlu dibenteras ialah  citra politik “semuanya” selain politik sempit kaum, idealogi, agama dan lain-lain.

Suka juga saya bergurau ” saing” dalam loghat kelantan bermaksud kawan. Oleh itu teman-teman jangan takut, kawan bukan lawan.  

Advertisement

4 responses

  1. Masalahnya dalam orang dalam PKR belum berlawan sudah hendak mematikan kawan saingan sendiri yang dianggap musuh. Begitulah mentaliti yang ada pada sesetengah pemimpin di PKR.

    Mac 24, 2007 at 11

  2. Ini bukan sahaja mentaliti dalam parti keadilan rakyat, inilah budaya politik persetujuan taklid buta, yang sering diamalkan oleh Umno. Dalam pemerhatian dari jauh saya semua parti ada elemen ini, lihatlah bagaimana kesusah payahan muka baru bersaing dalam politik Pas, DAP, Gerakan, MIC, Supp. Ini penyakit zaman — sudut pandang ekstremis — jahat (dari a-z hidup seseorang jahat) manakala baik (macam malaikat tiada dosa). Aliran ini dibawa ke politik. Beri masa, dan terus bergerak.

    Mac 26, 2007 at 9

  3. Setuju. Budaya politik ini berlaku di mana – mana sahaja dan mengikut pandangan saya semakin kukuh sesuatu parti itu semakin kuatlah budaya ini kerana masing- masing akan cuba sedaya upaya berbuat apa sekali pun untuk menundukkan rakan seperjuangan demi mendapat kuasa dan seterusnya kuasa yand dimiliki untuk memiliki harta dan kekayaan tetapi dalam organisasi pembangkang pula kuasa yang dimiliki bertujuan demi populariti diri dan kerakusan kuasa.

    Namun begitu ada juga organisasi yang sedikit sebanyak berubah mengikut zaman. Konteks politik tidak tertumpu sahaja kepada isu politik malahan konteksnya amat luas sekali dan meliputi pelbagai bidang. Menjurus ke arah keadaan ini kita lihat bagaimana DAP membawa masuk seorang insan yang sangat bijak dalam isu pendidikan dan ekonomi tetapi kurang kebijaksanaannya dalam politik iaitu Tony Phua dan keadilan pula membawa masuk tokoh ekonomi Khalid Ibrahim. Bagus ! Itulah politik. Politik yang sempit hanya tertutup kepada ahli politik dan politik sahaja. Tetapi persoalannya berapa ramaikah orang dalam PKR yang dapat menerima kebijaksanaan dan permikiran seseorang ibaratkan aristotle dan plato seperti Khalid Jaafar dalam parti ? Rasanya belum ada organisasi mencapai kematangan politik sebegitu tinggi untuk menerima seseorang ibratkan plato atau aristotle ke dalam parti malahan orang sebegini sudah dilihat kurang releven oleh sesetengah orang dalam masyarakat hari ini sedangkan ilmu itu perlu dituntut sehingga ke akhir hayat kita dan ilmu adalah segala- galanya terhadap segala permasalahan yang berlaku di dunia ini. Tiada ubat dan cahaya sebaik ilmu.

    http://shenyeeaun.disagrees.net/?p=147#more-147

    Mac 26, 2007 at 12

  4. Pingback: Keyakinan pada akal sihat « kalimat zaman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s