Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Kenyataan Media: Adun Batu Caves Tiada Hasrat Tubuh 2 JKK

 

16 Mei 2008

Kenyataan Media

 

Adun Batu Caves Tidak Berhasrat Menubuhkan Dua JKKK

 

Pihak Pengurusan & Pembangunan Dewan Undangan Negeri Batu Caves, ingin menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul akibat laporan akhbar Sinar Harian muka surat 4 (bahagian sinar@sentral) yang menyebutkan YB Amirudin Shari, Adun Batu Caves dalam satu taklimat kepada Jawatankuasa Dun Batu Caves beberapa hari lalu, mahu mewujudkan 2 JKKK di satu kampung.

 

Bagi kami laporan tersebut tidak tepat dan salah lapor terhadap apa yang cuba dihuraikan oleh YB Amirudin Shari.

 

Ucapan Adun Batu Caves pada malam tersebut sebenarnya cuba menjelaskan kemungkinan akan wujud dua JKKK, selepas kerajaan negeri memutuskan perlantikan baru ketua-ketua kampung pada akhir Jun nanti. Perlantikan baru ini adalah untuk memastikan pentadbiran negeri dan dasar negeri dapat disalurkan dengan lebih licin ke akar umbi dan tidak semestinya menolak semua Ketua-Ketua Kampung dan JKKK sedia ada.

 

Keadaan itu adalah berdasarkan laporan-laporan media sebelum ini yang menyebutkan Menteri Pembangunan Luar Bandar, mengusulkan untuk menyerap ketua-ketua kampung dan JKKK yang tidak dilantik semula ke Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan (JPP) yang diurus tadbir oleh kementerian berkenaan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

 

Adalah menjadi harapan kami di pihak Pengurusan dan Pembangunan Dun Batu Caves untuk cuba sedaya upaya mengelakkan perkara tersebut berlaku kerana akan menwujud kekeliruan dan kecelaruan pentadbiran kerajaan negeri mahupun persekutuan.

 

Pihak kami juga berharap kerajaan persekutuan menghormati prinsip federalisme yang memberikan ruang kepada kerajaan negeri untuk mentadbir urusan kerajaan negeri, justeru menarik balik hasrat penubuhan JPP yang jelas menerbitkan unsur perpecahan negatif dalam masyarakat. 

 

Mungkin pelapor telah terkeliru terhadap pembentukan 2 jawatankuasa; Jawatankuasa  Pengurusan & Pembangunan Dun dan Jawatankusa Parti & Pilihanraya yang dibentuk oleh Adun Batu Caves, untuk memastikan urusan parti dan khidmat masyarakat tidak bercampur aduk dengan urusan parti politik.  

 

Bagi kami keutamaannya sekarang ialah khidmat terbaik kepada rakyat disamping usaha pemerkasaan masyarakat melalui program-program pembangunan yang rancak dijalankan oleh jawatankuasa.

 

Kami berharap persepsi negetif yang mungkin terbentuk dari laporan tersebut dapat diperbetul dan dijernihkan. 

 

 

 

Shaharudin Abu Bakar

Pengarah Jawatankuasa Pengurusan & Pembangunan

Dun Batu Caves

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s