Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Penutupan Tempat Pembuangan Sampah Haram Dan SUKMA

 

Alhamdulillah dengan kerjasama rapat pihak pengurusan Dun Batu Caves kendalian Saudara Shaharudin dan Ust Hasbullah bersama agensi-agensi kerajaan seperti MPS, Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Polis dan Jabatan Alam Sekitar, masalah pencemaran dan bau busuk akibat aktiviti pembuangan sampah secara haram di Kampung Sungai Kertas berjaya menemui jalan penyelesaian.

Masalah ini yang telah berlarutan 2 tahun, tidak berjaya diselesaikan sebelum ini, malahan kadangkala seperti dibiarkan sahaja menyebabkan ribuan rakyat menderita termasuk anak-anak di sekolah berdekatan. Seawal menjadi Adun 9 Mac lalu saya sering mengutarakan isu ini dalam perbincangan dengan pihak berwajib  dan sasaran kita untuk tutup, tempat pembuangan sampah terbabit.

2 bulan setelah berusaha, alhamdulillah pihak pejabat tanah 8 Mei lalu bersetuju merampas tanah terbabit. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut akan berkawal 24 jam di semua laluan masuk ke tempat pembuangan sampah haram tersebut selain membuat penghadang bagi mengelakkan masalah terbabit berulang.   

Namun begitu ada cabaran lebih besar iaitu untuk memastikan wujud alternatif dan penyelesaian untuk mengelakkan  pembuangan sampah berlarutan dikawasan lain akibat tiadanya kemudahan yang sesuai untuk tempat pelupusan sampah. Pihak MPS setuju untuk mengemukakan cadangan termasuk mewujudkan stesyen perpindahan sampah yang lebih mesra alam dan cekap.

Ini kemenangan rakyat yang telah sekian lama menderita bau sampah dan pencemaran air yang sangat teruk.

di majlis penyerahan sumbangan dan penghargaan bapa angkat kontigen sukma  ke 12

Disamping itu saya masih sibuk dengan urusan Sukan Malaysia (SUKMA) ke 12, setelah diberikan amanah oleh kerajaan negeri sebagai ketua kontigen SUKMA. Harapan Selangor diatas kertas adalah cerah insyaalah dengan persediaan dan doa yang berterusan Selangor mampu mencatat kejayaan ke 7 berturut turut.     

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s