Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Uncategorized

Lagu Kempen KEADILAN


KLINIK BADMINTON BERSAMA MISBUN SIDEK

Advertisement

Perutusan Ramadhan

Ramadhan datang lagi menjengah kita. Bulan mulia yang menjanjikan ganjaran besar kepada umat Islam – terbuka luasnya pintu rahmat Allah, dan tertutupnya pintu Neraka sepanjang bulan ini merupakan nikmat dan ganjaran besar daripada Allah.

Bulan ini seluruh umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa yang berpaksikan kepada proses menahan diri. Secara lahiriahnya puasa cukup sekadar menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dalam satu tempoh yang ditetapkan.

Namun bagi memperoleh kesan yang berkualiti dari ibadah puasa proses menahan diri itu haruslah lebih luas kepada pancaindera manusia yang lain seperti mata, telinga dan hati bagi mengekang nafsu yang banyak mengerakkan tingkah manusia kearah keburukkan.

Melalui pendidikan hati inilah masanya bagi kita bersama melakukan proses pembersihan jiwa dan perbuatan yang melahirkan manusia dan umat yang berkualiti. Umat yang berkualiti adalah bagi mereka yang mencapai cita-cita Ramadhan iaitu meningkat dan mencapai ketakwaan kepada Allah, merekalah golongan mampu merentasi halangan dan cubaan dunia juga melakukan perubahan dan Islah dalam kehidupan seharian kita.

Dikesempatan ini saya dan seluruh pegawai Pejabat DUN Batu Caves serta seluruh   jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat Dun Batu Caves ingin mengucapkan selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, dan ingin menjemput semua bersama – sama program anjuran kerajaan negeri dan secara khusus anjuran Pejabat Dun yang tidak lain berhasrat menyemarakkan lagi suasana bulan mulia ini.

Harapan saya ibadah Puasa tahun ini dapat kita lalui bersama dengan tekun seterusnya mampu mengekang nafsu dan mendidik jiwa kita, dengan ini kita mampu menonjolkan kualiti insan yang kerap dicoreng oleh agresifnya nafsu dalam kehidupan seharian.

Ramadhan Mendidik Jiwa Mengerak Islah

Amirudin Shari

Adun Batu caves


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Gagasan Generasi Reformasi – Untuk AMK dan Anak Muda

Gerakan reformasi yang tercetus pada tahun 1998 membawa lembaran baru kepada sejarah politik tanahair apabila ia menggabungkan kumpulan-kumpulan yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Keunikan gerakan reformasi adalah apabila semua pihak yang berlainan pendekatan diberikan ruang sepenuhnya untuk menyumbang ke arah matlamat membawa perubahan kepada negara.

Dari gerakan ini, lahir satu generasi yang berbilang bangsa, pelbagai latar belakang, kepakaran dan pendekatan tetapi berkongsi matlamat yang sama. Generasi Reformasi ini mewakili suara anak Malaysia yang mahukan perubahan dinamik secara berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) adalah kesinambungan kepada perjuangan Generasi Reformasi yang bermula pada tahun 1998. Walaupun isu pokok yang menjadi teras perjuangan ini tetap sama, pelbagai isu baru juga timbul dan perlukan pembelaan sewajarnya.

PRU13 juga akan menyaksikan kuasa orang muda yang dianggarkan berjumlah 4.6 juta dalam menentukan pentadbiran di Putrajaya. Parti-parti yang berjaya menjunjung isu yang dekat dengan orang muda secara berkesan di peringkat nasional akan mempunyai kelebihan.

Oleh itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai barisan utama dalam mendekati orang muda memerlukan dinamisme yang tinggi. Isu yang diperjuangkan perlu melambangkan aspirasi majoriti 4.6 juta pengundi muda yang mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Pendekatan yang digunakan juga perlu dipelbagaikan untuk menarik minat sebahagian besar anak muda yang pada ketika ini tidak berminat dengan politik.

Berdasarkan misi ini, saya dan rakan-rakan yang lahir dari semangat kebersamaan dan kepelbagaian hasil dari gerakan reformasi ingin menawarkan diri untuk menyuntik dinamisme itu ke dalam AMK, sebagai persediaan menghadapi PRU13.

Kami yang menamakan diri kami Generasi Reformasi, melihat kepada beberapa perkara asas yang perlu diperkukuhkan oleh AMK seperti berikut:

1. Membawa pendekatan baru untuk mempelbagaikan isu-isu orang muda yang diangkat ke peringkat nasional seperti perumahan mampu milik, kerjaya dan pendapatan berkualiti, kebebasan internet, kebebasan ilmiah orang muda di universti dan pembiayaan pendidikan yang adil; seterusnya memikat pengundi-pengundi muda;
2. Memperkukuhkan organisasi di peringkat akar umbi dengan memastikan persediaan kewangan yang memuaskan dan urustadbir akar umbi yang baik;

3. Tumpuan khusus kepada latihan kepimpinan dengan memberi ruang yang seluasnya kepada pimpinan bawah 30 tahun sebagai persediaan masa hadapan.

Dengan ini, kami menawarkan diri dengan barisan awal seperti berikut:
Calon Ketua AMK     :     Mohd Rafizi Ramli

Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan

Bendahari Keadilan Terengganu

Calon Timbalan Ketua AMK     :     YB Amirudin Shari (Naib Ketua AMK dan
ADUN Batu Caves)

Calon Naib Ketua AMK     :

YB Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak)

YB Kesavan Subramaniam (Naib Ketua AMK danADUN Hutan Melintang)

Calon EXCO     :

YB Chang Lih Kang (EXCO AMK dan ADUN Teja)
Sdr Halimey Abu Bakar (Mantan Ketua AMK Selangor)
Sdr M A Tinagaran (Ketua Biro Integrasi Keadilan Perak)
Sdr Saifullah Zulkifli (Mantan Naib Presiden PKPIM dan
Pengerusi Siswazah Muda ABIM)
Sdr Jafery Jameon (Ketua AMK Kota Kinabalu)

Kami mengalu-alukan perdebatan yang sihat demi mengukuhkan AMK menjelang PRU13, terutamanya yang berkisar tentang pendekatan menyuntik dinamisme ke dalam AMK untuk memikat lebih ramai pengundi muda.


Tugas hari pertama di Melaka: Brake Rosak, Bertemu Kenalan Lama

jadual terkini melibatkan Selangor sila klik disini

Semalam memulakan tugas di Melaka, sebenarnya bermula 4 hari lalu telah secara rasmi tugas sebagai ketua kontigen bermula tetapi banyak urusan pemantauandi Shah Alam kerana belum ramai yang turun ke Melaka, semalam perlawanan pertama skuad bola sepak Selangor bertemu Sabah untuk Sukma. Saya sempat sampai jam 5.00ptg, kira-kira 13 minit masa permnaian bermula, Alhamdulillah Selangor berjaya mencatat kemenangan 4-0 keatas Sabah, walau Sabah menampilkan hampir 70 % pemain liga premier. Rencana pulang tertunda, terpaksa tidur kerana kereta ada masalah brake. Ada hikmahnya juga kerana sempat bertemu gimnas-gimnas yang tinggal di Muar, Johor, kerana hari ini mereka memulakan cabaran bagi acara berpasukan lelaki. Pasukan gimnas lelaki Selangor antara pasukan tumpuan mendapatkan emas, selain Pulau Pinang dan Kelantan (errm  kebetulan semua negeri Pakatan). Harap mereka berjaya, dan mendengar berita gembira petang ini.

Hari ini di Sekretariat melihat semua pegawai bertugas, bahang di pejabat sekretariat seperti pilihanraya, semua negeri berlumba mengibar bendera dan bunting untuk menunujukkan kekuatan bendera. Bertemu bapa angkat kontigen Selangor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka. En Yazid pegawai bertugas, kebetulan beliau kenalan lama sewaktu saya belajar di Johor. Sewaktu menuntut di matrikulasi sains fizik UPM di Yayasan Pelajaran Johor, rumahnya satu blok dengan penempatan pelajar. Kami pelajar YPJ ditempatkan dengan blok penempatan pegawai kerajaan di Apartmen Saujana. Di sana saya mula belajar dengar ceramah Pas kebetulan masa itu ledakan reformasi meletus di Kuala Lumpur. Kami di Johor hanya mendapat berita dari ceramah dan kaset yang banyak terjual ditempat ceramah. 

Selalunya setiap petang kami bermain takraw bersama penduduk termasuk pegawai-pegawai kerajaan dan persekutuan yang tinggal disitu, sebagai aktiviti riadah dan tidak sangka bertemu beliau di sini. Sepanjang Sukma, beliau akan membantu saya semasa melawat tempat pertandingan.  


Hari Minggu yang padat

Program MES, Gotong Royong Mingguan Selayang Baru, Melawat Gudwara

Semalam jadual saya agak padat selain program kemasyarakatan sudah pasti  memenuhi jemputan kenduri kahwin yang pasti banyak sempena cuti sekolah. Awal pagi saya sempat menjenguk teman-teman petugas dan sukarelawan di Apartmen Cempaka untuk kempen mendaftar program MES dan sekaligus mendaftarkan pengundi-pengundi baru. Tidak punya masa yang lama bersama mereka saya perlu bergegas ke Selayang baru sekitar jalan 8-13 untuk ke program gotong-royong mingguan yang dianjurkan oleh JKKK.

Dalam masa yang sama sekaligus dapat saya pergi rumah ke rumah berjumpa terus dengan rakyat untuk menerangkan program kerajaan negeri dan mengetahui permasalah mereka yang banyak berkaitan dengan infrastruktur yang perlu dilipat gandakan usaha menambah baik.

Dalam kawasan tersebut juga terdapat Gudwara (sikhs Temple) yang telah dibina sejak 1971. Saya dan pengerusi JKKK Hj Azizul sempat singgah dan bertemu Jawatankuasa Gudwara yang kebetulan baru selesai bermesyuarat. Mereka juga menjemput saya menyampaikan ucapan dan dimaklumkan mereka baru saya dapat bantuan RM 20,000 dari kerajaan negeri, setelah sekian lama mereka tidak emndapat bantuan sebanyak itu dari pentadbiran lepas lalu  dapat mereka mengantikan permaidani tempat mereka menyempurnakan ritual.

5 Kenduri kahwin

Selepas itu mengambil masa 20 minit di pejabat menukar pakaian untuk kei jemputan kenduri Kahwin. Bermula ke rumah Hj Tajudin di Taman Selayang, terus ke rumah Pak Idris, Pengerusi surau dan ketua cawangan Pas Pangsapuri Cempaka, Rumah Abang Zainal Abidin, Ketua Kampung/ JKKK Mahkota. Kemudiannya barulah keluar ke Gombak Setia, untuk majlis perkahwinan anak Hj Mustafa AJK keadilan Cabang Gombak dan ke Shah Alam menghadiri jemputan kahwin Amin Ahmad, kawan lama di UPM seorang yang beridealisme dan mandiri. Sekarang beliau bertugas di Pejabat Menteri Besar Selangor. Di majlis kenduri Amin saya tiba bersama YB Tian Chua, sesiapa mengikuti twitternya pasti tahu semalam. Kebetulan Dato` MB juga datang tidak lama selapas saya dan Tian tiba.

Kejohanan futsal Padang Piala Dunia MPS

Kira-kira jam 4.15 pm saya dan teman-teman ke penutupan Kejohanan futsal Padang Piala Dunia MPS . Kejohanan ini merupakan anjuran kerajaan negeri dibawah JK Tetap Belia dan sukan, MSNS Holding, SBNS turutan dari jelajah futsal Gen S tahun lalu. Tahun ini sempena piala dunia, Johan dan Naib Johan bagi setiap PBT akan ke peringkat akhir insyaLLah pada 3-4 Julai nanti mengikut format piala dunia.  Dianggarkan hampir 2300 peserta akan menyertai kejohanan ini dikalangan belia-belia di nbegeri Selangor.  Semalam YB Gan Pei Nei turut hadir dan kebetulan 3 dari 4 pasukan yang layak ke separuh akhir dari zon Batu Caves. Pertandingan akhir juga melibat pasukan-pasukan dari Batu Caves. Tahniah pada JKP zon 15 bawah sdr Nanto Gopalan dan Pengerusi PeBT sdr Faizal @ Kojak yang menjadi juara menewaskan pasukan dari zon 14 di bawah penegrusi PeBT Razali. Amat berpuas hati dengan kerja penganjur tahniah Amir, pengerusi PeBT zon dan Puan Mai dan semua yang menganjurkan program dengan jayanya. Dalam ucapan saya menyatakan komitmen kerajaan negeri atas pembangunan sukan tetapi menghalang kegiatan judi bola yang diberikan lesen oleh kerajaan BN kerana sukan bola sepak kita telah rosak kualiti dan  imej akibat kegiatan beli permainan akibat judi bola pada tahun 90-an.

sebelah malam  saya hadir di Majlis Kelab Bell Tamil Batu Caves dan JKP zon menyambut hari ibu bapa dan ulang tahun KBBT ke 37. dalam ucapan saya menegaskan peri penting sikap hormat dan menghargai ibu-bapa sebagaimana dalam kebudayaan kita dan manusia. Dalam kebudayaan masyarakat india Ibu diletakkan dalam kedudukan pertama untuk di hormati barulah bapa, guru dan dewa. Mata, pata, guru dan dewa. Hampir saya dengan pesan Rasulullah bila ditanya sahabat siapakah yang patut kita hormati dan patuh.


Mengetuai Kontigen SUKMA

Bermula semalam kontigen Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor  ke 13, mula berlepas ke Melaka membawa harapan dan sandaran oleh seluruh peminat dan penyokong sukan Selangor. Kali ini Selangor menghantar 640 orang daripada atlit, pegawai, jurulatih dan urusetia MSNS yang akan bertungkus lumus memastikan kejuaran keseluruhan dapat digapai.

Sekali lagi saya diamanahkan oleh kerajaan negeri dan jawatankuasa pengurus  sebagai ketua kontigen insyallah untuk memastikan misi juara di capai. sekalung terima kasih pada semua pihak yang terlibat terutamanya kerajaan negeri, dan GLC yang telah membiayai persediaan dan kontigen SUKMA kali ini. Juga pada Pegawai MSNS, persatuan sukan, jurulatih, pengurus dan atlit yang telah mula bekerja kira-kira 1 setengah tahun lalu.Juga kepada pihak PBT yang sedia menjadi bapa angkat bagi sukan-sukan yang akan dipertandingkan.

Khamis lalu satu program penyerahan bendera tanda simbolik pada kontigen berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor. Dato` Menteri Besar telah menyempurnakannya dan berharap suntikan semangat dapat terus melonjakkan prestasi atlit di Melaka.

Kepada peminat dan penyokong jika berkesempatan sila hadir ke Melaka menyokong pasukan Selangor.


Program Anjuran Pejabat Dun Batu Caves 22 Mei 2010

Program Spies Bersama Masyarakat
Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, bersama Pejabat Dun Batu Caves dan Masjid Amaniah menganjurkan program Spies Bersama Masyarakat berdasarkan maklumat berikut

Tarikh: 22 Mei 2010
Masa: 8.30pg – 12.00 mlm
Tempat: Dataran Masjid Al Amaniah, Gombak

Perasmian oleh YB Amirudin Shari, Adun Batu Caves pada jam 9.30pg dan Perasmian Penutup oleh YB Dr Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor pada jam 8.30 mlm. Sempena majlis penutup diadakan juga Forum Perdana yang membariskan

Moderator : Ust Shukri Yusuf
Panelis  :
1. Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man dan
2 Dato` Ismail Kamus

Disamping itu banyak acara seperti pertandingan futsal padang, gubahan, sukaneka dan pendaftaran program-program kerajaan negeri yang dijalankan sepanjang acara tersebut.

Kejohanan Bola Sepak Piala YB Amirudin Shari

Tarikh: 22 Mei 2010
Tempat: Padang Bolasepak Sg Tua

Pertandingan tahunan kali ini menawarkan format liga sehari yang mengumpulkan pasukan-pasukan sekitar Gombak dan Batu Caves, kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 3100 dan piala iringan kepada pasukan yang mendapat tempat 1-4.

Perasmian oleh: YB Amirudin Shari pada jam 9.00pg


Selamat Tahun Baru Tamil, Malayalee dan Sikhs




Dentuman Apco, Najib Membisu

1 Malaysia telah mencatat satu lagi detik hitam dalam karier Najib dengan penjelasan Anwar di Parlimen. Mulanya penjelasan ini seperti jadi beban untuk Anwar dan Pakatan dan kini beban besar kembali menghenyak Najib dan 1 Malaysianya.

Dua hari lalu, Dato` Seri Anwar menghantar peluru baru di Parlimen. BN hilang kata-kata hanya Khairy kembali menuduh Anwar kenal beberapa watak dalam APCO untuk membukti dirinya mungkin, cukup hebat setianya dengan Najib.

Sanggahan Khairy, tidak mengubah kenyataan bahawa APCO sebuah badan perunding antarabangsa yang sangat rapat dengan yahudi telah bekerja dan dilantik oleh kerajaan Malaysia dengan kadar bayaran yang mencecah jutaan ringgit Malaysia.

Malahan Apco nampaknya terus berbelit belit, hari ini tembelang mereka pecah dengan lapoaran the malaysian insider yang mendedah mereka pernah bertugas melalui nama syarikat lain untuk kerajaan Israel pada awal 90-an,  dan itulah juga modus operandi awal mereka di Malaysia.

Jika betul anwar kenal dengan lembaga pengarah APCO, tetapi PR dan Anwar tidak mengambil mereka jadi perunding seperti tingkah laku BN yang kerap menuding musuh politiknya sebagai agen luar tetapi membayar jutaan ringgit pada Jack Abrahamof pelobi Yahudi bagi memberi masa kurang sejam Dr Mahathir menemui Bush yang kerap dijadikan bahan kutukan Mahathir.

Analogi Anawar kenal sangat dangkal dan merendahkan akal manusia, seperti saya kenal Khairy adakah saya pasti ikut perangai beliau. Ini kualiti ketua Pemuda Umno

Berikut : Artikel penuh Anwar Ibrahim dalam penjelasannya di Parlimen:

MUKADIMAH

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. ”

Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.

APCO DAN MODUS OPERANDI

Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992. Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.

Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide10 yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

REKOD APCO

Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya. Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

“Apco was the first firm I contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein14. Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.

RISIKO KEPADA NEGARA

Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.


PERSIDANGAN ANAK MUDA KEBANGSAAN 2010


Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010
Persidangan Anak Muda Kebangsaan akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Belia dan
Sukan menerusi Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) berhasrat untuk
membincangkan isu-isu penting kepada belia, masyarakat dan negara.

Persidangan yang akan menghimpunkan ratusan anak muda ini akan membahaskan ide
daripada tenaga pakar dan pimpinan serta merupakan satu platform anak muda bertemu
untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman.

Persidangan ini terbuka kepada mereka di kalangan pimpinan mahasiswa, pimpinan
persatuan/kelab belia, Penggerak Belia Tempatan (PeBT), pimpinan parti politik dan
juga mereka yang berumur 35 tahun ke bawah.

YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor akan merasmikan
persidangan ini yang akan membarisi pengucaptama seperti YB Mohamed Azmin Ali
(Kepimpinan), YB Khalid Samad (Sosial), YB Tony Pua (Ekonomi), Prof Nik Safiah Karim
(Budaya), Dr Abu Hassan Hasbullah (Komunikasi) dan ramai lagi panelis dari kalangan
pimpinan politik, NGO dan aktivis mahasiswa yang akan memberi pengisian kepada
persidangan ini.

Maklumat program adalah seperti berikut :

Program : Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010
Tema : Anak Muda dan Semangat Zaman
Tarikh : 20 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam
Tempat : Auditorium, Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya

Pendaftaran adalah percuma bagi mereka yang mendaftar sebelum 12 Mac 2010 (selepas
tarikh ini bayaran pendaftaran RM10.00 akan dikenakan).

Daftar kehadiran anda dengan menghantar maklumat – nama, no. kad pengenalan,
jawatan/organisasi, emel dan no. telefon – ke emel sbns@gen-s.com.my atau hubungi
Raja Mahadi Raja Mahmudin di talian 012-3097660 atau Faidzel Razi di talian
017-6238103 untuk maklumat lanjut.


Tukar Tiub – Kisah Mahkamah Fitnah 2 (5 Februari 2010)

LUAR:

Pemberita, juru gambar, wartawan
dan Pak sibuk sedang sibuk di pintu masuk.

JAM 9.40 PAGI

Dr.Wan Azizah bersama Anwar Ibrahim sampai
dan masuk ke bilik mahkamah.

Karpal Singh telah sampai.

Pihak Pendakwa telah sampai.

Perbicraan akan bermula.

Hakim masuk. Anwar masuk ke bangku yang dituduh.

Saiful masuk ke kandang saksi. Pendakwa membawa bahan-bahan bukti
dalam sampul bersar.

Perbicaraan bemula.

Susu Cair Dalam Sampul Besar


Bahan bukti ‘air sedap’ Saiful ditunjukkan di mahkamah.

Air sedap ini cukup sedap.

Air sedap ini diambil dari punting kanan.

( mak tak sangka you ada tetek. You I buat operation
tak beri tahu mak?

Kemudian diambil juga air sedap dari lubang penyedap Saiful.

( mak tak sangka eepol ini banyak lubang sedap )
MASJID JALAN DUTA

Dua buah trak Fru.

Dua buah trak polis.

Sebuah kereta meriam kimia telah sampai.

Semua berhenti dihadapan pintu Masjid Wilayah Jalan Duta.

Diberitakan ramai umat Islam akan bersembahyang Jumaat di masjid
ini pada hari Jumaat ini.
SELUAR JADI HADIAH

Saiful mengaku dapat seluar panjang hitam sebagai
hadiah.

Satu mahkamah ketawa.

Yaa bebadbedu. Seluar dalam bustuuuk Saiful pun
masuk mahkamah. Kerana telah lama tersimpan sudah
ada cendawa.

Peguam Sangkara melihat KY Jelly dan ini
disambut pula oleh Datuk Param.
KAWALAN KETAT

Kondo tempat kejadian dikatakan dikawal ketat.
Ini kerana mungkin mahkamah akan datang
sekali lagi ke kondo ini.

Ada macam macam bahan bukti. Ada baju ini.
Ada baju itu.

Tapi baju bundle tak ada. (cilaka betul )

Talipon Jua Jui Meng berdering
dalam mahkamah. Anwar tersenyum kah kah kah.
Saiful Bersurah
Saiful bersurah di mahkamah tentang
bagimana dia kantoi di Uniten.

Kemudian berkenalan dengan Rahimi
lalu ingin cari makan.

Anwar apabila mendengar surah Saiful
mula berbisik-bisik dengan penyokong
di belakang kandang dan memberitahu
ini cerita rekaan.

TAK BERAK

Di mahkamah Saiful mengakui tidak
berak selama dua hari setelah disondol.
Pelik lubang sedap Saiful tertutup pulak.

MAHKMAH DI TANGGUH
Mahkamah akan sekali lagi pergi ke
kondo klasik untuk melihat
pejabat urusaan kondo


Dasar Bersama Pakatan: Muafakat Baru Untuk Malaysia

Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

Berikut adalah kandungan muafakat rakyat.

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijaksanaan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tergelincir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campurtangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin, kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil, terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yan ghanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golonga miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

1. Demokrasi Telus dan Tulen

a. Negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-manaantara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
  2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.
  3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
  4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
  5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalin serta melanggar hak asasi.
  6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

b. Pemisahan kuasa

Kebanyakan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
  2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.
  3. Menjamin pertangjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
  4. Mewajibkan pelantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
  5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).
  6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
  7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.
  8. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.
  9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

c. Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
  2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
  3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara dil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
  4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
  5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.
  6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan di bidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk “Merakyatkan Ekonomi Negara” bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapiran rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan di antara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

a. Ekonomi kemahiran tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketrampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
  2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.
  3. Menggalakkan warga negara yang profesional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanahair dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.

b. Ekonomi demokratik dan telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
  2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsesi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil pada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasana air.
  3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkatkan hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
  2. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan pelaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
  3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekaligus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.
  4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentukan serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

d. Dasar afirmatif berdasarkan keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
  2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
  3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin.
  4. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
  5. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
  2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.
  3. Memperkenalkan Akta peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.
  4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.
  5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
  6. Menyusun dasar pekerja sing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
  7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

f. Jaringan perlindungan sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
  2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
  3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki
rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu keluarga, Satu Rumah.
  2. Mengatasi masalah ’setinggan/peneroka bandar’ sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
  3. Menyelaraskan sistem perundingan antara ’setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah.
  4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah.
  5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
  6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
  7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

h. Prasarana dan kemudahan awam

Penyediaan dan penyelenggaraan prasana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Pelaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
  2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
  3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
  4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
  5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
  6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam sekitar

Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:

  1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
  2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
  3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
  4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
  5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

j. Pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kita semula yang menyeluruh.
  2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel surai dan sel fuel hidrogen.
  3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.
  4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

3. Keadilan sosial dan pembangunan insan

a. Perpaduan dan keadilan sosial

Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan

prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
  2. Mengembleng tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
  3. Mengubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
  4. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
  5. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
  6. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaiaman budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
  7. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

b. Agama

Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia ini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti s istem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:

  1. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.
  2. Menganjurkan dialog dan dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
  3. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
  4. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
  5. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

c. Pendidikan

Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
  3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
  5. Memastikan pelantikan naib canselor, rektor dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
  6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.
  7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
  8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
  9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
  10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
  11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
  12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
  13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadang pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar.

d. Wanita dan institusi keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat dijamin kesejahteraan maa hadapan negara, Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segala bidang.
  2. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
  3. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
  4. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
  5. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
  6. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
  7. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
  8. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
  9. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

e. Golongan muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
  2. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
  3. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

f. Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam.
  2. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
  3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
  4. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
  5. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
  6. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
  7. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

g. Kesihatan

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasa secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik bagi rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menimbang penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.
  2. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.
  3. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.
  4. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaankesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

h. Kebudayaan

Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu, Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

  1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui medium.
  2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
  3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.

4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara

a. Sistem Persekutuan

Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin royali sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
  2. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
  3. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

b. Sabah & Sarawak

Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
  2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi isu pendatang asing.
  3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
  4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

c. Dasar luar negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
  2. Aktif menjadi pelapor dan peneraju dialog antara peradaban.
  3. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau, terutamanya anggota-anggota Asean.
  4. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.

Kenyataan Media : Keputusan Saman Anwar lwn NSTP : Hentikan Fitnah Agen

Kenyataan Media 30 November 2009

Keputusan Saman Anwar lwn NSTP : Hentikan Fitnah AgenYahudi

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambu baik keputusan hakim mahkamah pada 25 November lalu, mengarahkan NSTP membayar 100 ribu gantirugi dan 20 ribu kos kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim atas artikel mereka yang menuduh Anwar ada hubungan dengan agen dan pelobi Yahudi di Amerika. Keputusan ini membuktikan dakwaan dan tohmahan yang kerap kali digunakan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah fitnah dan tidak mempunyai asas yang kukuh. Setiap kali pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum bahan kempen gelap dan propaganda dipercayai milik Umno-BN sering menggunakan elelmen kononnya Anwar dan Parti Keadilan Rakyat mempunyai hubungan rapat dengan agen Yahudi dan Amerika ditaburkan dikhalayak umum. Adalah juga  dimaklumkan bahan propaganda ini digunakan oleh Biro Tata Negara (BTN) untuk meracuni pemikiran peserta kursus mereka.

Oleh itu kami menggesa setiap pihak menghormati keputusan mahkamah dengan menghentikan fitnah dan tohmahan palsu tersebut termasuk tuduhan Anwar menyimpan 3 billion yang mana dapat dibersihkan melalui kenyataan saksi bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR sekarang SPRM) dalam prosiding kes terbabit yang menyebutkan siasatan BPR menunjukkan tuduhan tersebut tidak betul. Justeru kami  menggesa pihak yang lantang menuduh Anwar khususnya Khairi Jamaludin, Ketua Pemuda Umno meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya sebelum ini.

Kami juga ingin mencabar Tun Dr Mahahthir agar membersihkan dakwaan terhadap dirinya yang menggunakan jutaan ringgit Malaysia menggunakan Jack Abrahamov seorang pelobi Yahudi Amerika sewaktu ingin bertemu Presiden Bush dengan menafikan dan menyaman pihak media luar yang mengetengahkan hal terbabit.

Amirudin Shari

Naib Ketua Amk

MPP PKR


Laporan The Malaysian Insider – Selangor boikot program Biro Tatanegara

oleh Neville Spykerman

SHAH ALAM, Nov 25 — Selangor melarang kakitangan negeri dan anak syarikatnya serta penuntut institusi pengajian tinggi miliknya daripada menyertai kursus dan program kendalian Biro Tatanegara (BTN) berkuat kuasa serta-merta. Ia diumumkan oleh Dr Halimah Ali selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor itu menggambarkan program-program BTN sebagai “indoktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional.” “Kursus-kursus kendalian BTN menggalakkan sikap perkauman dan anak saya sendiri yang pernah hadir telah diberikan risalah-risalah yang menggalakkan perasaan benci terhadap pembangkang,” kata Halimah pada sidang media di sini.

“Program-program ini bukan sesuatu yang positif bagi fikiran anak muda, malah satu pembaziran… wang yang sepatutnya digunakan untuk memupuk perpaduan,” kata beliau lagi. Selangor memiliki beberapa institusi pendidikan tinggi antaranya Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Inpens Selangor.

Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda Pakatan Rakyat menggesa kerajaan negeri agar henti daripada menghantar pelajar menghadiri program “propaganda” kendalian BTN yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang melahirkan pengalamannya sendiri memberitahu, peserta dimaklumkan bahawa ahli-ahli PKR merupakan ejen Yahudi, DAP ialah parti Singapura manakala PAS pula kumpulan yang menyimpang.

Dalam pada itu, wakil rakyat Batu Caves Amirudin Shari menambah sebahagian besar program BTN tiada kaitan dengan usaha bina negara atau pendidikan tetapi program berkauman Umno-BN di mana peserta dipupuk dengan propaganda Ketuanan Melayu. Difahamkan kerajaan persekutuan BN sedang merancang untuk menyusun semula kursus-kursus BTN ekoran meningkatnya kritikan sejak kebelakangan ini.


BTN dan Ketuanan Melayu Penggelap Anak Bangsa

Malam selasa minggu lalu, tiba-tiba saya menerima 2-3 mesej yang amarah. Ayat maki dan cabar mewarnai mesej-mesej tersebut yang cuba masuk dalam komentar blog ini.

Mereka menyingga kerana saranan dan desakan kami sebahagian Ahli Dewan Negeri Selangor, mahukan  program  mahasiswa  selangor bebas  dari program aturan Biro Tata Negara (BTN) yang menggelapkan minda.

Seraya mendakwa bahawa saya dan lain — khususnya yang melayu, menjual maruah kerana mahukan undi bukan melayu, juga sampai hati menghapuskan ketuanan Melayu. Entah apa kaitan hapus program BTN ketuanan melayu jadi hilang.

Ini mungkin datang dari mereka yang diupah (khabarnya label sebahagian pengiat internet kepada mereka ialah cybertropers-Umno) tapi saya bimbang ia sememangnya datang dari hati sanubari-akal mereka.

Hal ini menjadikan, saya be tambah yakin BTN dan slogan ketuanan Melayu lolongan Umno yang nampak disembunyikan sekarang oleh 1 Malaysia merosakkan dan menimbus akal-budi manusia dengan sentimen.

Ketuanan melayu dan hak istimewa melayu adalah istilah kosong dan palsu untuk mengelabui dan menanam rasa bersama orang melayu dengan Umno.

Istilah ini yang berleretan dengan DEB telah jadi hijap tindakan  rakusnya sebahagian pimpinan Umno mengaut saham dan kontrek kerajaan atas nama Melayu. Tapi akhirnya kesenangan dan kemewahan ini hanya menjadi hak elit dan segelintir dengan wujudnya sistem yang korup dan tidak telus.

Ini terbukti kerana kesenjangan (jarak beza) pendapatan antara orang melayu miskin-kaya semakin ketara pada hari ini. Pertambahan golongan miskin bertambah parah dengan muncul kelompok miskin bandar yang terjerat di kota menunjukkan DEB menemui kegagalan.

Amat melucukan jawapan kegagalan DEB adalah meneruskan DEB atau semangat DEB. Logik kanak-kanak 6 tahun boleh lebih baik dari keputusan ini.

Pemikiran gelap inilah yang sedang melingkari modul BTN yang tanpa segan silu menipu untuk “ketuanan Melayu Umno” terus berkuasa,langsung menuduh pula sebab ketelusan dan dan kejujuran pemerintahan Pakatan sebagai anti melayu Islam.

Tanpa mereka sedari ianya menghancurkan semangat kemerdekaan negara dan bangsa. Mungkin 1 Malaysia jadi musuhnya.

 


Laporan Malaysiakini: Adun Muda Selangor Minta Kerajaan Negeri Henti mahasiswa Ke Program BTN

Semalam saya berkesempatan bersama beberapa Adun Muda Selangor membuat kenyataan media agar kerajaan negeri secara serius menimbang untuk memberhentikan penghantaran mahasiswa ke program Biro Tata Negara (BTN) yang lebih mirip menjadi mesin propaganda Umno-BN dari membina jati diri generasi muda. Surat kepada YAB Dato’ Menteri Besar dan Exco berkaitan akan disampaikan bagi menyampaikan hasrat hati kami. berikut laporan Malaysiakini.com

 

Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

“Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata,” kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.

Wakil-wakil yang turut hadir pada sidang media itu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang). “Justeru kita berpandangan kerajaan negeri perlu bertindak untuk mengarahkan jemaah (senat) universiti untuk menghalang pelajar daripada menghadiri program BTN,” kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR, lagi.

Pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens. Amirudin juga memberikan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga tidak mewajibkan pelajar menghadiri program anjuran biro berkenaan.

“Tapi sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya perkara ini turut dipropagandakan kepada para pelajar, mereka perlu hadir program BTN. “Jika tidak, mereka tidak akan lulus. (Dakwaan) ini sesuatu penipuan,” tambahnya ketika membacaknya kenyataan bersama mereka.

“Peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman (negara) luar dan tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja.”

Seorang lagi wakil rakyat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, sebagai seorang pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau sendiri – yang pernah mengikuti program BTN – mendapati ia tidak sepatutnya wujud apabila kerajaan sedang bercakap tentang 1Malaysia.

“Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah (parti) Keadilan ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat,” katanya. “Itu saja yang disertakan dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian yang sepatutnya tidak wujud sebagai satu program bawah JPM.” Tambahnya, peserta juga “dimomokkan” tentang tentang “ancaman orang Cina” dalam program yang disertainya itu.

“Ada beberapa mahasiswa (berbangsa) Cina yang hadir (dalam program tersebut). “Saya boleh bayangkan betapa mereka rasakan diri mereka begitu takut dalam situasi tersebut kerana modulnya sendiri bersifat perkauman,” katanya.


Cerita Adun pakatan Hilang, Kerja Orang Sakit Otak


Dari TV Antara

Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR .

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.

Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.

“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.

“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.

ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.

“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.

“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.

Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.

“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas UMNO- Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya


RAMPASAN ‘GEDUNG KARTUN’: KERAJAAN BN MEMBUNUH SUARA HATI RAKYAT

Angkatan Muda Keadilan (AMK) prihatin dengan tindakan terkini pihak Keselamatan Dalam Negeri (KDN) yang merampas 408 naskah majalah Gedung Kartun hasil usaha kartunis politik terkenal negara Zunar dan rakan-rakanya, hari ini.

Bagi kami perkembangan terbaru ini menunjukkan situasi kebebasan media dan kreativiti di Malaysia berada di dalam keadaan yang cukup parah dan membimbangkan. Kami percaya usaha ini adalah bertujuan politik dengan arahan politik pihak yang kurang senang dengan kritikan jujur Zunar dan beberapa rakan dalam pada politik nasional.

Mengenali susuk Zunar, kami tidak merasakan beliau hanya mengkritik sebelah pihak sahaja, tetapi teguran, idea dan komentar beliau melalui karikaturnya adalah dengan hasrat membina bangsa dan masyarakat yang lebih adil, jujur dan telus. Kami cukup yakin kritikannya adalah bersifat inklusif dan merentasi wajah dan tubuh politik.

Langkah terbaru KDN ini juga tanpa disedari menutup ruang kreativiti rakyat dan cuba menakut-nakutkan rakyat agar jangan bersuara dengan jujur atas sanubari mereka. Ruang kreatif adalah salah satu sendi tamadun yang perlu dipertahankan. Menyekat ruangan ini hanyalah menjadikan masyarakat hilang jiwa dan semangat pada diri negara dan tamadun.

Justeru kami dengan tegas mengeji rampasan ini dan akan berbincang untuk menyediakan platform di negeri-negeri pakatan terutamanya kepada Zunar dan rakan-rakannya menyampaikan sudut pandang mereka kepada rakyat Malaysia.

YB Amirudin shari

Naib Ketua AMK


Kegagalan Tangunggjawab Bukan Isu Pribadi

Tahun ini hari pertama Ramadhan  saya di Permatang Pasir. Awal pagi kira-kira jam 2 pagi saya bersama sahabat sampai di Pulau Pinang. Badan agak kurang enak dan terus tidur sebelum jam 5.30pagi bangun untuk sahur. Petang tadi bersama ratusan lain berbuka puasa di Masjid Al Falah, Permatang Pasir disamping program Yayasan Aman.   

Suasana kempen agak perlahan, namun dirasakan Pakatan Rakyat masih boleh mengulanggi keputusan cemerlang sebelum ini. Reputasi calon BN merudum teruk, BN menuduh ianya adalah mainan politik pribadi. Awal-awal lagi sebenarnya BN dan Umno cuba untuk mengelak. Rohaizat calon BN telah membangkit bahawa dirinya akan diserang secara pribadi. Dan beberapa hari kempen tamparan sampai dengan kes pengantunggan lesen beliau selaku peguam akibat salah laku etika.

BN menjerit inilah taktik pembangkang guna kaedah pembunuhan karakter dan tidak bicara soal dasar perjuangan. Agak lucu mendengar rungutan mereka kerana masih belum hilang ingatan bagaimana  serangan yang benar-benar pribadi yang direka-reka oleh BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh setahun lalu.

Namun isu pecah amanah yang dipertanggungjawabkan selaku peguam bukan isu pribadi. Ini bukan soal beliau gemar kentut di depan awam tetapi rekodnya yang buruk kerana menggunakan wang diamanahkan kepada beliau dan firmanya.

Jawatan wakil rakyat adalah suatu profesion dan perlu memikul amanah yang jauh lebih besar. Dari hal sekecil longkang tersumbat hinggalah hal polisi yang perlu dibahas. Bukan kecil tanggungjawab wakil rakyat dan adakah rakyat Permatang Pasir akan beri tugas berat ini pada mereka yang telah memecah amanah sehingga lesen guamannya digantung.

Dan apakah BN menganggap pecah amanah itu sama maqamnya dengan kentut di depan awam, atau gemar mengorek hidung di awal pagi. Ataupun memang tidak salah pecah amanah dalam kamus hidup BN. fikirlah Permatang Pasir


Keputusan Terbaru PPSMI : Muhyiddin Khianat & Mengadai Masa Depan Rakyat

Angkatan Muda Keadilan (AMK) melahirkan rasa kesal dan menganggap pengumuman terbaru kerajaan dalam penmansuhan dasar Pengaajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagaimana yang diumumkan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Alimuddin Mohd Dom membuktikan bahawa Menteri berkenaan telah mengkhianati harapan dan masa depan rakyat.

Menurut kenyataan Alimudin semalam, keputusan terbaru kerajaan pada awal Ogos menunjukkan bagaimana liciknya penipuan yang dibuat oleh kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan pada tahun 2012 dasar PPSMI akan dihapuskan.

Ternyata program yang dirancang ternyata mahu memanjangkan polisi terbabit amat jauh dari harapan rakyat yang mahu dasar tersebut segera dihapuskan kerana menyebabkan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa melayu terjejas teruk.

Bagi kami keputusan kabinet bagi portfolio Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda disekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan.

Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindunggi kroni dari kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membinggungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat melayu di kawasan luar bandar.

Amirudin Shari

Naib Ketua AMK

Adun Batu Caves


Reformasi Besar Yang Tidak Di Gemparkan

Awal minggu ini, perkumpulan majoriti ahli dewan negeri Selangor telah membulatkan tekad dan komitmen jelas usaha reformasi kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun ia tidak begitu mendapat silauan kamera media dan dipapar sebagai tajuk penting sebagaimana tajuk gemparan media namun, perkumpulan ini wajar di catat dalam sejarah sebagai usaha kehadapan mengukuhkan sistem demokrasi.

Perkumpulan kami hampir 4 jam adalah sebagai rangka mencambah garis tugas dalam usaha membentangkan Rang Undang-Undang berkaitan dewan negeri yang bakal dipanggil Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Dewan Negeri (selesa).

Pakatan Rakyat khususnya di Selangor, telah bersedia mengukuhkan fungsi dewan agar lebih mandiri (independent) dan mengelak sedaya mungkin dari upaya kawalan total eksekutif. Speaker dewan YB Teng Chang Khim telah membentangkan cadangan tersebut dan beberapa panel yang terdiri dari pakar perundangan dan perlembagaan mengulas cadangkan tersebut.

Setelah 50 tahun dewan negeri dan parlimen wujud di Malaysia. Usaha ini adalah kali pertama dan ini pasti menjadi fungsi semak dan periksa serta usaha reformasi yang benar-benar dilaungkan Pakatan Rakyat menjadi kenyataan. Usaha ini jauh kehadapan dari gimik politik Umno dan menempelak pengkhianatan Umno BN yang telah menjadikan dewan persidangan menjadi getah pengesah bagi setiap cadangan eksekutif. Cadangan kerajaan Pakatan ini lebih asasi dari retorik hipokrit 1 Malaysia dan ini mungkin yang dilabel pengkhianat Melayu oleh Umno.

Yang nyata ia hanya mengkhianati usaha dan kaedah Umno yang telah merosak institusi penting negara dan memberi harapan dan citra baru kepada kehidupan bernegara warga.


Kenyataan Media : Umno-BN Pengkhianat Rakyat Malaysia

Kenyataan Media
11 Ogos 2009

Umno-BN Pengkhianat Rakyat Malaysia

Angkatan Muda Keadilan (AMK) beranggapan selama lebih 30 tahun, Barisan Nasional (BN) yang dikepalai Umno telah merosak dan menghancurkan sistem kenegaraan Malaysia yang telah menyebabkan masyarakat dicorak menjadi kebingunggan.

Institusi penting Negara seperti Mahkamah, Parlimen dan Pentadbiran Negara telah digodam dengan kerakusan dan nafsu politik tidak bertamadun BN. Mahkamah yang merupakan paksi keadilan Negara disalah guna dalam beberapa kes untuk kepentingan politik dan kelangsungan kuasa BN.

Kes video Linggam, yang telah didedahkan oleh Pakatan Rakyat sejak dua tahun lepas telah menunjukkan bagaiman hodoh dan rosaknya sistem kehakiman Negara. Natijahnya keadilan yang sewajarnya menjadi hak kepada sekalian rakyat begitu mudah dipermainkan apatah lagi jika ia melibatkan mereka yang mampu mempengaruhi dan membayar sebahagian hakim yang khianat dengan tanggungjawab mereka.

Manakala Parlimen yang sewajarnya digunakan untuk wakil-wakil rakyat berdebat untuk kepentingan rakyat hanya menjadi pengangguk kepada keputusan eksekutif.

Gejala rasuah yang membarah dalam pentadbiran BN telah menjadikan berbillion wang Negara di rompak dengan menyelindungkanya atas nama komisyen, duit kopi dan politik wang.

Tambah kritikal dengan konsep perkongsian BN yang penuh dengan prasangka dan prejudis perkauman antara satu sama parti komponen dan telah dilaungkan setiap kali ada masalah besar yang gagal diselesaikan oleh BN.

Prejudis perkauman yang disemai telah menyebabkan rakyat dipandu untuk memilih secara emosional dan gagal membeza antara kebaikan dan kejahatan.

Paling terkini apabila jelas rakyat mahukan undang-undang zalim ISA dihapuskan, sekonyong-konyong isu perkauman ditiup dan mula menuduh pimpinan pakatan rakyat sebagai pengkhianat melayu dan agen asing.

Setelah badai dan gelora 8 Mac menampar BN nampaknya mereka bukan mahu berubah sebaliknya terus membakar politik perkauman sempit yang bukan hanya menghancurkan ras-ras tertentu sahaja tetapi memusnahkan citra dan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat.

Amirudin Shari
Naib Ketua AMK
ADUN Batu Caves