Malaysiakini: Wakil PKR nafi ‘tubuh dua JKKK’
Seorang wakil rakyat PKR menafikan ingin mewujudkan dua pasukan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), satu ditadbir kerajaan Selangor dan satu lagi dibiayai kerajaan persekutuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari berkata laporan akhbar Sinar Harian hari ini yang memetik kenyataan beliau Isnin lepas itu salah dan mengelirukan “Bagi kami laporan tersebut tidak tepat dan salah lapor terhadap apa yang cuba dihuraikan oleh Amirudin,” kata jurucakapnya Shaharudin Abu Bakar. Dalam satu taklimat awal minggu ini, Malaysiakini difahamkan Amirudin cuba menjelaskan senario pentadbiran di Selangor – seperti pernah terjadi di Kedah, Kelantan dan Perak – yang mempunyai dua sistem JKKK apabila kerajaan persekutuan yang dikuasai BN enggan mengiktiraf JKKK yang ditadbir kerajaan negeri. Shaharudin berkata, keadaan yang bakal terjadi itu berdasarkan kenyataan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berhasrat menyerap ketua-ketua kampung dan JKKK yang tidak dilantik semula ke dalam Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan (JPP) yang diurus tadbir oleh kementerian berkenaan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. “Ucapan Adun Batu Caves pada malam tersebut sebenarnya cuba menjelaskan kemungkinan akan wujud dua JKKK, selepas kerajaan negeri (Selangor) memutuskan pelantikan baru ketua-ketua kampung pada akhir Jun nanti,” katanya. Shaharudin, yang juga pengarah jawatankuasa pengurusan dan pembangunan DUN tersebut, berkata pihaknya sama sekali tidak bersetuju dengan sistem dua JKKK yang diamalkan oleh BN apabila negeri-negeri dikuasai oleh parti bukan BN. “Menjadi harapan kami … untuk cuba sedaya-upaya mengelakkan perkara tersebut berlaku kerana akan mewujudkan kekeliruan dan kecelaruan pentadbiran kerajaan negeri mahu pun persekutuan,” katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan wartawan itu gagal memahami taklimat Adun tersebut yang mengamalkan dasar pemisahan pentadbiran negeri di peringkat akar umbi dengan pengurusan jentera PKR di Batu Caves. “Mungkin pelapor (akhbar itu) telah terkeliru terhadap pembentukan dua jawatankuasa – jawatankuasa pengurusan dan pembangunan DUN dan jawatankusa parti dan pilihanraya yang dibentuk oleh Adun Batu Caves, untuk memastikan urusan parti dan khidmat masyarakat tidak bercampur aduk dengan urusan parti politik,” tambah Shaharudin dalam satu kenyataan hari ini. |
Saya minta pihak PKR berhati-hati dalam memberi kenyataan sebegini. Memandangkan ada ditempat-tempat lain, lebih teruk dimana antara PKR & gabungan PR seperti PAS sendiri tidak selesai. Sekarang ini banyak tempat yang PKR telah diHijack oleh UMNO. Ada ahli2 PKR yang ‘senior’ menjanjikan ahli2 UMNO jawatan JKK,ahli majlis dsbnya kepada ahli UMNO supaya menyokong & masuk PKR. Sedangkan org UMNO itulah yang menyumpah seranah orang PAS masa kempen PRU-12 yang lalu. Sebabnya masa PRU-12 yang lalu ahli PKR tu pun tak buat kerja so dia pun tak tahu.
Mei 17, 2008 at 3
Saya nak tanya apakah keuntungan kepada umat Melayu dan Islam di atas keujudan kedua-dua kumpulan JKKK tersebut? Pada pandangan saya, ia pasti akan terus melemah, memecahbelah dan akhirnya menghancurkan bangsa Melayu itu sendiri. Yang untung adalah individu yang bermain politik untuk kepentingan masing-masing dan kelompok-kelompok tertentu. Dah lah orang Melayu yang hanya dilingkungan 60% daripda 27 juta rakyat Malaysia, pulak tu dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut Ideologi masing-masing. UMNO dan Pas mungkinlah indok kepada bangsa Melayu tetapi apa dah jadi dengan PKR yang mengkiblatkan Malaysian Malaysia.
PKR adalah Parti carca marba yang memang memerlukan sokongan kaum lain untuk memenangi sokongan rakyat, ia tidak akan menang jika hanya mengharapkan undi Melayu. Sebab itulah, apabila berkuasa ia kurang semangat untuk menjaga kepentingan Melayu dan merelakan Kesultanan Melayu di sanggah oleh Benggali tua pun, masih rela berdiam diri.
Kenapa tuan? Takut bersuara dan hilang sokongan.!!.
Ingatlah kekawan, walaupun saya tidak cenderong kepada mana-mana parti politik tetapi jangan sesekali Kesultanan Melayu di sanggah dengan begitu rupa, kerana Orang Melayu hanya punyai satu je payong walaupun ia adalah bangsa awalan selain kaum peribumi lain. Payong tersebut adalah payong/kuasa politik dan kuasa kerajaan Beraja Berpelembagaan.Jadi jagailah kuasa tersebut.
Sebelum apa yang lebih memudharatkan berlaku dan menghancurkan bangsa Melayu dan Islam, kembalilah Umat Melayu supaya bersatu dan tentang musuh-musuh dalaman yang mempunyai agenda tersendiri untuk menghancurkan Umat Melayu Islam dan merebut Negara ini untuk berada didalam Kekuasaan mereka. Juga perancangan YAHUDI untuk mendapatkan Negara ini supaya berada di telunjuk Amerika.
Adekah anda seronok jika ia benar-benar berlaku? Ingat YAHUDI cukup senang untuk bersekongkol dengan bangsa CHINA dan INDIA, tetapi tidak dengan Melayu Islam. Cuba lihat dan renungkan sebentar, ade tak kaum CINA dan INDIA bercakaran pasal JKKK ataupun wakil-wakil Kg Bharu. TIDAK KAN? Kenapa? kerana mereka masih bersepakat walau apapun keadaan. Tetapi tidak pada bangsa Melayu, malah sanggup menjatuh, mengaibkan dan menghancurkan periuk nasi bangsanya. Apa yang dapat hanyalah Menang Sorak dan Kampong pun Tergadai, dan teruslah merempat di Tanah air sendiri.
Itukah yang ANDA inginkan.? Janganlah ingat bila dah berkedudukan ataupun berpelajaran dan keluar dari Universiti tunjuk hebat dan boleh buat segala kehendak mengikut cita-rasa dan nafsu tanpa mengingatkan bangsanya yang masih tertinggal kebelakang terutamanya dalam mengejar Ilmu pengetahuan, bidang ekonomi dan sebagainya. Renunglah sejenak dan fikirkan masak-masak. Kenapa nak menjatuhkan kekawan lain yang telah berada di atas memimpin negara dan telah berbuat jasa serta menjaga kepentingan Melayu dan telah terbukti kejayaannya selama ini. Tidak mahukah dan yang masih muda mencari jalan agar mengusulkan pendapat dan duduk semeja merenung, memikir dan merencana untuk kekukuhan bangsa Melayu dan dapat dihormati di Nusantara Kepulauan Melayu.
Mulakanlah langkah perdamaian demi anak bangsa, maruah Melayu dan kesinambungan Umat Melayu dan ia hanya dapat dicapai dengan kesepakatan kesemua Umat Melayu tanpa mengira fahaman politik.
Wassalam.
Mei 18, 2008 at 7
“Ingatlah kekawan, walaupun saya tidak cenderong kepada mana-mana parti politik tetapi jangan sesekali Kesultanan Melayu di sanggah dengan begitu rupa,”
Cerita “mrcham”,”tak cenderung Politik”.Kerat sembilan belas lebih sekerat dari Arwah tokmoh Mona Fendi pun saya tak caya,malas saya nak ulas pasal Karpal,sentuh campurtangan istana dalam pentadbiran Negeri Perak.Yang disebukkan pasal hal diPerak awak lupa ke pasal Perlis tak disebutkah campur tangan istana sehingga 7 kali Brother Saidan Kossim turun naik KL sama jumlah orang kerja haji kat Makkah.Entahlah kalau dia sengaja nak ambil berkat haji pulak.Cerita dari negeri pengeluar minyak utama negara lagi hebat,cerita Mat Deris terkonteng-konteng hampir sebulan.Tak sentuh pasal raja kah? Betul kata Mahathir “MELAYU mudah lupa”,tapi Melayu Ameno la!!.Karpal cakap tak seburuk Melayu Ameno di Terengganu,Karpal tak bawa pun kain rentang “KAMI NOK……NATANG”?Karpal tak bawa pun usul pelucutan kuasa Raja Raja Melayu Ke Parlimen.Tolong jawab dengan ikhlas siapa yang membawa usul melucutkan hak-hak Keistimewaan kuasa raja-raja Melayu sehingga di luluskan oleh kabinet dalam zaman mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir.Melayu selain dari Ameno pasti tak lupa.Lebih tepat kalau Mahathir sebut “Ameno Mudah Lupa”atau memang Parti Pelupa.Awak jangan lah tergolong dari mereka yang sering jadi puak pelupa.Celikan Mata,buka lah minda muhasabah lah diri.Jangan tadah telinga dengar propaganda media perdana lepas tu jadi tukang karut meraung tak tentu arah, bangsa lain tengok dia orang gelak?
——————————————————–
“Adekah anda seronok jika ia benar-benar berlaku? Ingat YAHUDI cukup senang untuk bersekongkol dengan bangsa CHINA dan INDIA, tetapi tidak dengan Melayu Islam. Cuba lihat dan renungkan sebentar, ade tak kaum CINA dan INDIA bercakaran pasal JKKK ataupun wakil-wakil Kg Bharu. TIDAK KAN? Kenapa? kerana mereka masih bersepakat walau apapun keadaan. Tetapi tidak pada bangsa Melayu,”
———————————————————
Ini Lagi kartun punya dongeng,cerita cedukan dari pemimpin kamu yang kamu bawa seperti di atas.
Mana kamu tau “YAHUDI CUKUP SENANG UNTUK BERSEKONGKOL DENGAN BANGSA CHINA DAN INDIA..DARI BANGSA MELAYU”.Kamu dah berunding dengan Moshe Dayan ke? PM Israel sehingga Yitzak Shamir.Kan Ameno bijak berunding bawak lah berbincang baik-baik,katakan kalau anda orang Yahudi boleh bersekongkol dengan bangsa China dan India apa salah terima bangsa Melayu Islam Hadhari yang banyak boleh dari tak boleh, takan itu pun dia nak tolak.
Tak usah merapu lahh kawan “tak cenderung politik”? Orang Melayu Ameno penbohongnya seirama cerita nya hampir sama dari pengarah dan skrip yang sama.Lebih-lebih lagi yang duduk sebagai JKKK Mat Saadon,Sharoni,Aziz Jantan Rashid Benggali lawak dia orang semua sama.Sifat kepura-puraannya sangat menjolok mata.Contoh terbaik Ameno sepatutnya bila kalah letak jawatan ,tengok menteri-menteri dari MCA,Gerakan,Mic bila mereka kalah mereka tidak memberi pelbagai alasan ,terus letak jawatan kerana rasa bertanggung jawab di atas kekalahan parti mereka.Ini tak berlaku dalam UMNO contoh Paling panas sekarang pelbagai pihak dalam UMNO mendesak PM paling degil letak jawatan diatas kehilangan majoriti BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu secara jelas apa jadi kepada Tun Dr.Mahathir. Yang di desak tak letak jawatan,yang mendesak akhirnya keluar parti bahkan diajaknya semua orang Ameno keluar parti bersama-samanya.Ini apa cerita? Begitu juga dengan JKKK,lantikan mereka adalah lantikan politik dari kerajaan negeri yang menguasai negeri tersebut dan kerajaan negeri yang melantik mereka telah tumbang dan partinya dah jadi parti pembangkang.Atas kapasiti apa mereka layak dikekalkan jawatan ketua kampung,ini lah yang menjadi masalah sekarang. Inilah yang menyebabkan orang Melayu memberontak
Kalau nak cerita kejayaan Melayu apatah lagi 50 tahun di bawah payung Ameno 50 buah kedai mamak minum teh tarik tak boleh habis punya.Pergilah mana-mana bandar,pekan-pekan kecil ke,di Seluruh Malaysia kecuali Kelantan semuanya dikuasai peniaga Melayu kot?.Melayu Boleh:
Selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan dibawah Kerajaan Ameno BN Melayu mengatasi kaum-kaum lain:
a,Buang Anak
b,Mat Rempit
c,Mat Pit
d,Bohsia
e,Rogol anak sendiri
f,Judi> Tak caya tunggu kat kedai No pagi sampai petang dan kira berapa ramai Melayu berbanding dengan India dan China.
Dan banyak lagi fakta yang boleh diketengahkan untuk kamu supaya kamu jadi warga yang celik, jangan jadi jurucakap puak berkepentingan semata-mata tanpa memikirkan implikasi bahawa kamu telah dibodohkan dan dperbodohkan.
Mei 23, 2008 at 2
Pingback: Amiropeller’s Weblog