Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Kenapa Mereka Keluar ?

 

Musim durian kali ini, diringgi berita beberapa bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat  (PKR) keluar parti. Bersorak sorai utusan mengeluarkan berita, mereka di sana, mereka di sini keluar parti dengan alasan; parti hilang perjuangan dan pimpinan terutama Anwar Ibrahim tidak menghargai perjuangan ‘orang bawah’ dengan tidak menyelesaikan perselisihan pimpinan atasan. Suka saya membelek-belek alasan mereka.

Alasan pertama mereka, Parti Keadilan, hilang landasan, nilai dan semangat perjuangan, ini alasan yang paling  biasa dan ‘klise’ untuk mereka yang keluar parti. Kalau landasan perjuangan PKR tidak sama dan selari dengan Umno dan parti-parti konvensional Malaysia itu betul. Namun mengatakan landasan perjuangan reformasi PKR yang bermunculan sejak 1998 telah hilang, ia merupakan satu hemtam kromo yang hanya sedap didengar. Parti keadilan jelas dalam setiap dasar dan isu  masih lagi tekal dan segar memperjuangkan reformasi dan perubahan di semua peringkat. Membenteras Rasuah, menegakkan keadilan, pembelaan rakyat terbanyak,  itu semua masih kukuh disuarakan di mana-mana tempat.

Malahan PKR mula menyuarakan agenda ekonomi yang lebih manusiawi dan setara buat semua, sejak setahun ini, oleh PKR dan pimpinannya, bagi mengantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah menyeret Malaysia ke arena negara penuh prejudis dan kalah dipertarungan global.  

Pertanyaan seharusnya di lontarkan semula ke muka mereka yang bercakap soal nilai dan landasan perjuangan ini, apa misi dan landasan perjuangan mereka maksudkan? dan apa erti perjuangan mereka, sebenarnya.  

PKR sejak dari Parti keadilan nasional lagi telah tegas menolak politik assabiyah, menolak taklid buta pimpinan yang mahukan 100 % kesetiaan,  sehingga semua kata-katanya ketua, idola dan pimpinan ibarat wahyu.   

Ternyata sebahagian besar yang keluar “enggeh” (bhs jawa- angguk atau setuju), kepada Ezam bahawa Anwar tidak menyelesaikan masalah kepimpinan parti iaitu, pertelingkahannya dengan Azmin. Inilah perkara dasar, yang sering dilaungkan-laungkan. Pada saya ini bukan hal dasar, ini hal pribadi yang cuba diangkat-angkat menjadi masalah negara.  

Oleh itu apa alasan lagi, lebih baik berterus terang, kami tidak dapat terima politik inklusif keadilan, kami lebih suka politik ketat perkauman, dan politik yang orang bawah nya setia 100 % pada pimpinan, sehingga semua boleh diatur, diatur, diatur dan nyenyak tidur.

Atau sebenarnya sebahagian mereka kecewa kerana gagal dalam pemilihan, saya berdoa jangan ada kiranya sebahagian mereka terdiri dari golongan itu?Oleh itu suka juga bertanya kembali kepada mereka,  apa makna reformasi dalam fikiran mereka? 

Jelas alasan mereka tampak koyak rabak, haru biru dan centang peranang.

Namun dalam sorak sorai keluar itu Parti Keadilan terus rancak dengan programnya, Baru-baru ini dalam latihan pilihanraya anjuran AMK di Kelantan, sambutan amat baik dan mereka bergitu bersemangat untuk bekerja dan bertugas memenangkan PKR dan gabungan pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Paling menarik Selangor yang dikatakan sebagai negeri paling kuat digempur, oleh Ezam dan loyalisnya, menghantar peserta paling ramai, lebih kurang 30 orang, untuk kursus dan latihan tersebut. Semasa sessi dengan Anwar Ibrahim, ternyata soalan dan komentar lebih menjurus ke arah gerak kerja pilihanraya dan misi pilihanraya. Tidak lagi menyusul soal remeh temeh persaingan dalam parti.  

Hari ini sekali lagi sorak-sorai di Utusan Malaysia, Najib menjangka detik-detik kehancuran PKR akibat berita – berita ramai keluar parti, tersebut. Kepada Najib, jawab dulu lingkaran kontroversi yang mengelilinggi kamu dan ingatkah kamu jeritan rakyat di Ijok…Altantunya-Altantunya – Mongolia – Mongolia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s