Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Utusan Malaysia Sebagai Aparat Pembodohan

Utusan Malaysia telah sesat dan kini menyesatkan pula.

Ia mempunyai latar yang gemilang. Perjuangan kemerdekaan salah satu periginya di situ; menyedarkan rakyat peri pentingnya kemerdekaan bagi setiap insan — dari terus hidup menjadi hamba orang luar yang mengaut kekayaan tanahair dan memperbudak rakyat. Namun hari ini ia tidak lebih dari sekadar jadi perkakas untuk mengekalkan kuasa dan pemerintahan Umno-BN melalui proses pembodohan rakyat, justeru mengajar masyarakat senantiasa melihat kebenaran itu milik yang berkuasa.

Benarlah rintihan Said Zahari dan teman-teman Kesatuan Pekerja akhbar terbabit pada tanggal 21 Julai di tahun 61, membantah tindakan Umno untuk menguasai akhbar tersebut. Mogok tersebut menentang Dasar 4 yang digubah sempena penguasaan Umno pada akhbar tersebut:-

1. Memberi sokongan penuh kepada parti yang memerintah, kerana itu lebih menguntungkan dari segi perniagaan.

2. Menyiarkan berita-berita yang benar tetapi membatasi kepala-kepala berita kepada parti-parti lain.

3. Menyiarkan lebih banyak kepala berita yang besar mengenai menteri-menteri PERIKATAN dan dasar-dasarnya.

4. Menyokong perbuatan PERIKATAN dan mengkritik secara membina akan perbuatan buruk PERIKATAN.
(Buku Rujukan: ” Meniti Lautan Gelora – Sebuah Memoir Politik oleh Said Zahari.”)

Makanya hari ini ia tidak berhenti, pada dasar itu sahaja. Utusan telah lebih menghinakan dirinya bila menjadi hanya alat propaganda Umno-BN, yang tidak mampu menerbitkan akhbarnya sendiri. Laporan yang senantiasa mereng, tidak bebas malahan menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan kedudukan ketua pengarangnya.

Kalau Said berasa tidak betah dengan cadangan hanya menyebarkan berita PERIKATAN yang sekarang namanya BN, dia akan jadi mual lihat bagaimana berita, analisa, hinggalah rencana pengarang yang tidak releven.

Keluaran akhbar ini pada Rabu (18 Julai 2007), sebagai kesimpulan dentuman keras dan bertalu-talu, berita orang itu – ini keluar Parti keadilan Rakyat, maka artikel pengarangnya menganggap bahawa parti yang ditubuh 1999 ini semakin tidak releven kerana; matlamat perjuangan hanya untuk individu dan tanda-tandanya adalah gerakan orang keluar beramai-ramai, ketidak setujuan pada arahan pemimpin dan mempersoal tindakan pimpinan, juga diselitkan berita PKR Sabah tolak Anwar sebagai bukti yang masih panas dan terkini.

Membingkai Parti Keadilan sebagai parti memperjuang individu adalah satu penerusan proganda BN, khususnya Umno yang tidak dapat menerima hakikat wujudnya sebuah perkumpulan semua bangsa yang boleh berbeza tapi mempunyai matlamat yang satu, Malaysia yang lebih adil dan bebas seperti Parti keadilan. Rakyat yang tersentak betapa perlunya kebebasan dan keadilan hanyalah akan menendang hegemoni Umno-BN, yang selama ini membentuk minda masyarakat agar memenuhkan dahulu keperluan lahiriah dan sentimental.

K ebebasan dan keadilan adalah perkara yang bukan asasi dan aulawiyatnya mungkin jatuh nombor 3 dalam minda Um,no-BN, selepas memperoleh makan-minum-jalan-tiang lampu dan bangsa kita mengapai gemilang, barulah boleh kita bicara soal demokrasi, kebebasan, dan hak. Sebaliknya Parti Keadilan lain pula halnya, tetap memilih keperluan memenuhi lahiriah ini bersama kondisi bebas, demokratik dan hak asasi manusia terbela.

Kalimat parti serpihan adalah jelas kurang tepat kerana ahli-ahli Parti Keadilan, tidak datang semuanya dari Umno, Syed Husin Ali tidak pernah sepanjang hayatnya menganggotai Umno, begitu juga Tian Chua, Khalid Jaafar, Dato` Adlan Yeop dan banyak lagi yang tak terhitungkan jumlahnya.

Lebih sedih lagi gejala berlebih-lebih dalam laporan, seperti kes ‘PKR Sabah’ yang sebenarnya hanya melibatkan seorang anggota, yang tidak puas hati.

S etelah lebih 40 tahun Utusan di cekup Umno, nyata kini, telah menjadi alat membodohkan, khususnya kepada pembacanya yang majoriti Melayu, dengan membuang agenda asas akhbar; sebagai saluran informasi, merungkai permasalahan rakyat, membijakkan pembaca dengan satu alasan, mengekalkan Umno atau lebih tepat pemegang jawatan-jawatan utama terus bisa dapat gaji dan hidup senang.

Tiga hari sebelum ulang tahun peristiwa Mogok Utusan, ternyata kebimbangan Said Zahari harus kembali diusap oleh mereka yang masih ada sisa semangat wartawan tulen.

Advertisement

6 responses

  1. kudakulari

    aku dok dalam keadilan lagi lama dari hang tapi apa aku dapat??hang tah mai dari mana tetiba je dapt pangkat,hang lepak jalan telawi?? fuhh port anak anak org kaya tuu, hang bole la cakap hang kaya, kami org mesken ni ??bejuang sana bejuang sini nak makan pon takdak duit.. hangpa kenyang perut makan duit party khak ptuih dasar anak org kaya tak sedar diri

    Julai 21, 2007 at 5

  2. kosong

    mungkin aku ketinggalan,dan sememamng nye aku menyampah dengan utusan,ape boleh buat surat kabar itu telah lame aku momokan sebagai sampah dan tidak layak untuk bacaan dan tidak pernah berade diruang tamu rumah ku untuk sekian lame.

    Julai 21, 2007 at 11

  3. Pingback: Top Posts « WordPress.com

  4. Aku pon!! Boikot! Boikot!!

    Julai 22, 2007 at 9

  5. kedai teh

    Utusan… lidah iblis dan syaitan. mereka yg baca utusan adalah manusia purba, bodoh, tolol, haprak, sundal dan seangkatan dgn nyer

    Julai 22, 2007 at 12

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s