Mabuk Diskusi & Diskusi Mabuk
Apa yang menarik dan menambat hati aku ke Jalan Telawi, selain suasananya yang senantiasa hidup, disamping aneka pilihan makanan, pakaian, tempat berhibur (semuanya agak mahal) , adalah kawan-kawan yang mabuk diskusi.
Mabuk atau lebih tepatnya juga khayal, berbincang yang dibawah langit juga sampai ke atas sana. Jumaat lalu ada diskusi anjuran IKD, membincang Agenda Ekonomi Baru, yang menjemput ahli akademik dan politik. Agak menarik dan mencerahkan (tetapinya ianya terlalu formal dan mengkakukan), sesudah tamat acara malam itu kira-kira jam 12 sampai jam 5.00 pagi kami berkumpul di Telawi. Ada diskusi lanjut yang lebih lebar dan dalam, yang paling penting santai, pada aku, ianya lebih mencerahkan dan mendebarkan. Ada juga yang tidak faham apa nikmatnya diskusi ini sehingga kami lupa hendak pulang rumah. Hinggalah mereka menuduh kami di awang-awangan, tidak tahu tidur malam (maka tidak produktif), tiada hala tuju dan sebagainya. Nampaknya hanya orang berfikir sahaja tahu nikmat menemukan sesuatu setelah diuji dan ditekan oleh orang lain. Berfikir yang berseorangan boleh menjerumuskan kita pada angan-angan. maka perlunya rakan tanding, lalu jadilah diskusi.
Tak pula rasanya kami ini istimewa, sebabnya masih banyak ilmu harus dikaji dan cari, cumanya kalau salah beritahu mana salahnya, apa yang betul, mana yang silap, bukan terus label dan bingkaikan manusia. Sabtu nanti kami teruskan pesta mabuk diskusi kami dengan diskusi lagu mabuk & dewi, sila lihat bawah;
Apresiasi ‘Mabuk’ dan ‘Dewi’
Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) dengan hormatnya mengundang anda ke acara diskusi warong seperti maklumat berikut:
Sesi 1
Kritik Seni: Apresiasi lagu “Mabuk” (Spider) dan “Dewi” (Dewa)
Tarikh: 23 Jun 2007 (Sabtu)
Jam: 8 malam
Tempat: Restoran tom yam Bangsar Seafood, Bangsar Utama, KL (depan pejabat Malaysiakini.com & dekat stesen LRT Bangsar)
Pendiskusi: Mazir Ibrahim, pencipta lagu & pemuzik
Sesi 2
Diskusi Buku (Siri 4 & akhir) On the Medieval Origin of the Modern State (karya Joseph Strayer)
Tarikh: 23 Jun 2007 (Sabtu)
Jam: 9:30 malam
Tempat: Restoran tom yam Bangsar Seafood, Bangsar Utama, KL (depan pejabat Malaysiakini.com & dekat stesen LRT Bangsar)
Mesyuarat untuk perbincangan buku berikutnya The Enlightenment (Pencerahan) karangan Dorinda Outram, terbitan Cambridge University Press.
>>> Sila bawa wang RM10 untuk kos fotokopi buku The Enlightenment karangan Dorinda Outram. Buku tersebut boleh dilihat di sini (edisi pertama). Isu-isu yang mahu kita bahaskan daripada buku ini seperti berikut.
Untuk pengenalan awal, pembaca boleh juga melawat blog ini Pencerahan Telawi untuk memahami perkembangan salon Paris, gerakan intelektual Pencerahan edisi Perancis dan politik golongan philosophes.
Sila sebarkan seluas mungkin & iklankan di blog-blog Sdr/ri. Terima kasih.
>>> Maklumat lanjut, e-mel kepada faomar@yahoo.com
Ish.. Pening aku baca..
p/s: Pembebel bukan orang sastera atau orang diskusi sekalipun..
Jun 19, 2007 at 6
kalau ada diskusi lagu “tujuh nafas lagi” saya nak pergi.
Jun 25, 2007 at 5
Ini reaksi aku pada seseorang di blog Penarik Beca bawah artikel tentang Ezam, ‘Bila Ghafar Baba Keadilan keluar parti’
http://penarikbeca.blogspot.com/2007/06/bila-ghafar-baba-keadilan-keluar-parti.html
Salam,
Bukan. Bukan begitu maksud saya. Anwar bukan Pak Lah. Anwar tidak akan membiarkan pembantu2 nya menguasai dirinya — baik dalam @ luar kerajaan.
Tingkat 4 PKR tidak akan kuasai Anwar sebab penasihat PKR ada visi, kehendak & analisis tersendiri dalam program politiknya.
Cuma Anwar dan Tingkat 4-nya sudah terlalu kerdil apabila KLCC politik kita lebih tinggi daripada Pejabat TPM di Putrajaya.
Duduk dalam kerajaan, dengan duduk bersama pembangkang, ternyata dua dunia yang sama sekali berbeza.
Anwar versi 3 (kata orang2 Tingkat 4-nya) ternyata tidak tahu mahu jadi apa — the angry young man? TPM dan Timb. Presiden?
He is neither there nor here. He has yet to reach any conclusion.
To me, he will never ever reach anything concrete & tangible after his release in 2004.
He has lost.
He will be another Ku Li, just like PKR will be another Semangat 46. But … a Ku Li outside Umno!
It’s sad, but it might be truer than you expected.
Jun 29, 2007 at 6
huh diskus buku omputeh tuuu sah sah hang anak org kaya… dah tu baru 3 taun dalam party dah jadi naib ketua dasar politik kroni la hangpa ni … baik aku ikut ezam. hangpa dah sah sah politik org org kaya.kami org meskin tak reti nak diskusi diskusi buku omputih mengaji quran tau la kami
Julai 21, 2007 at 5