Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Seusai Kongres

Kongres Parti keadilan Rakyat, baru sahaja selesai, bersamanya juga dua tiang parti keadilan; Angkatan Muda dan Wanita dapat melaksanakan kongres dengan selamat dan berjaya melaksanakan pemilihan dalam parti. Demokrasi terus subur dalam keadilan.  

Seperti biasa tekanan yang diterima oleh Parti keadilan memang cukup getir, Majlis Perbandaran Seremban, tidak membenarkan syiar parti seperti bendera, poster dan banting di pamerkan kepada umum. Inilah demokrasi ala Malaysia yang cukup melucukan dan memalukan. Namun laporan akhbar ada sedikit peningkatan, tapi masih dibayangi laporan yang tidak seimbang.

Kongres kali ini menampakkan Keadilan telah mula menerima budaya pertandingan dengan waras. Walau masih berlaku kempen dan usaha mengelakkan pertandingan kerana bimbang berlakunya perpecahan, lebih-lebih lagi dengan tanda-tanda pilihanraya umum ke 12 semakin jelas. Namun sebagai parti yang cuba melatih pertandingan yang matang dan sihat, pimpinan parti meneruskan juga pemilihan.

Hasilnya agak baik, nampak ada usaha dikalangan perwakilan dan mereka yang bertanding cuba menerima kemenangan dan kekalahan dengan tenang. Dan permuafakatan telah berjaya dibentuk paling tidak 80% kadarnya. Nampak lebih bermakna selepas berkempen dan bertanding yang menang dan kalah dapat dimuafakatkan. Inilah beza Keadilan dengan parti lain.

Inilah yang pernah saya sebutkasn sebagai salah satu budaya politik baru yang cuba dibawa oleh Keadilan dan reformasi. Kerajaan sering menuduh pembangkang tiada kerja lain selain membantah dan membangkang. Saya akui wujud juga budaya itu, membantah dan membangkang tidak tentu arah, namun perlu juga ditanya kembali kepada kerajaan apakah layanan dan sikap mereka kepada pembangkang baik.

Kalau hendak buat kongres atau mesyuarat pun ditegah dengan bermacam helah, permit dilarang, nak berkempen dalam pilihanraya perlu permit polis, dan berbaris-baris lagi yang tak perlu disebutkan lagi, ini menunjukkan sikap kerajaan lebih tidak berguna dan jijik. Mereka teleh menghimpit oposisi dan yang tidak sebulu kedinding dan mengatakan mereka ini tidak berguna.

Selepas kongres juga menampakkan harapan pemerintah untuk melihat pengaruh Anwar luntur juga musnah, walau Pendaftar Pertubuhan (ROS) digunakan untuk melarang Anwar aktif 

Anwar telah mengulangi lagi komitmenya, dan pimpinan pusat telah mula memanggilnya sebagai ketua, selain Dr Wan Azizah sebagi presiden,  Kini hanya terletak kepada jentera keadilan untuk dengan seberapa segera menyiapkan diri menghadapi pilihanraya.

Bagi AMK memang banyak perlu dilakukan, lebih-lebih lagi Shamsul, sebagai ketua AMK yang baru telah menyatakan komitmennya untuk menyebar dan promosi bukan hanya batang tubuh dan karisma Anwar tetapi membincangkan lontaran ideanya di peringkat bawah. selain memperkukuh jawatankusa akar umbi, negeri dan pusat agar lebih kompeten.

Ini satu lagi cabaran yang besar, yang perlu digendung oleh AMK dan parti.

Advertisement

2 responses

  1. http://al-azel.blogspot.com/

    Saya pon malas lah nak menghentam Jalan Telawi dengan menyingkap setiap isu satu per satu – takda niat macam tu. Perbincangan utama ialah masalah free thinker dekat Malaysia yang semakin berkembang (sungguh merisaukan). KsJT pulak sokong orang-orang macam Dr Farish A Noor, apa lagi nak dikata. Itu sahajalah hendak dicakapkan. Kalau ‘anonymous’ sebahagian drpd gerakan free thinker, maka mmg lah saya musuh anda.

    Mei 28, 2007 at 8

  2. Tahniah kerana berjaya mewakili pasukan pencerahan menembusi naib AMK.

    Mei 29, 2007 at 1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s