Tanggapan & Cerapan Amir Sari

13 Mei Harus Jadi Hak Awam

Tarikh ini seperti tidak banyak makna, tanpa Mei ianya menjadi angka “suwey” bagi kepercayaan sesetengah orang,  tapi bagi Malaysia memberi terlalu banyak erti khususnya, kesan kejadian pada tarikh tersebut di tahun 1969 telah membenihkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) & Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK).

Dua dasar tersebut telah banyak mengubah lanskap sosio-politik Malaysia. Ditambah perisa oleh dasar tidak demokratik Dr Mahathir, hari ini kita sedang menuai hasilnya, agak menakutkan dan juga menyeramkan.  Prejudis kaum dan agama yang berpanjangan dalam sanubari dan mula menunjukkan riak apinya.

Pagi 13 Mei 2007 ,  bersempena tarikh tersebut, Dr Kua Kia Soon antara pengasas badan pembela hak asasi, Suaram melancarkan buku terbarunya yang dikatakan sebagai koleksi bahan-bahan yang terselindung dalam fakta 13 Mei 1969.

Buku ini menambahkan versi punca kejadian 13 Mei. Tunku Abdul Rahman Putra, dan versi rasmi kerajaan yang mengaitkan peristiwa 13 Mei menjalar dari perarakkan Parti Gerakan dan DAP selepas kemenangan luar biasa Gerakan dan DAP juga pembangkang lain disamping hasutan dan kerja bawah tanah Komunis. Kali ini Kua berdasarkan beberapa laporan diplomat dan wartawan asing menyebut ianya adalah mainan politik kapitalis melayu yang mahu mengguling Tunku Abdul Rahman. Ini adalah suatu kudeta lebih kurang begitu maksud Kua Kia Soon.

Versi ini agak memeranjatkan, ada juga yang tidak setuju, tapi yang menyedihkan tindakan kerajaan khususnya kepada 3 senator yang membangkitkan cadangan mengharamkan buku ini. Saya juga masih tidak yakin hujah Kua, tapi langkah merampas dan cubaan mengharamkan (lihat di malaysiakini) buku ini juga adalah tindakan haram bagi sebuah negara demokratik. 

Pagi tadi saya bersama teman-teman Fathi, Hasmi, Ammar, Anam dan Firdaus juga bersama teman-teman lain Wakil CIJ, Lee Ban Chen, Lee Khai Loon (Y4C) telah membuat kenyataan media membantah tindakan tersebut.

Bagi saya 13 Mei telah menyebabkan kita tertawan (tertakluk) dengan dasar perkauman yang menyakitkan realiti kehidupan kita hari ini. Kejadian 13 Mei harus dibuka dan disebutkan secara yakin, yakni fakta dan cerita yang sebenarnya harus didedahkan. Bukan sebagai jembalang yang menakutkan orang yang mahu bersuara sedikit berbeza dengan norma. Ia bukan hak rasmi kerajaan ia hak awam.

Kenyataan Media KsJT

18 Mei 2007

Bantahan terhadap Rampasan Buku tentang 13 Mei

Rampasan buku ‘May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of
1969’ karangan Dr Kua Kia Soong oleh pihak Kementerian Keselamatan
Dalam Negeri beberapa hari lalu sangat memprihatinkan kami.

Apatah lagi terdapat desakan daripada beberapa pihak di Dewan Negara
agar buku ini diharamkan.

Langkah-langkah seumpama ini bukan sahaja boleh dianggap tidak
demokratik, tetapi juga tidak mempunyai sikap yang beradab dalam kehidupan
masyarakat yang terbuka dan menghargai perbezaan pandangan.

Kami berasa sangat kesal terhadap tindakan seumpama ini yang kami
anggap sudah ketinggalan zaman.

Walaupun topik “rusuhan kaum 13 Mei” sering dikatakan isu sensitif
tetapi ia tidak wajar ditutup daripada dibincangkan secara terbuka. Usaha
menyemak semula fakta-fakta sejarah dan memberikan tafsiran-tafsiran
baru berdasarkan kajian terkini haruslah sentiasa digalakkan, bersesuaian
dengan perkembangan arus maklumat dunia dan ke arah mematangkan bangsa
Malaysia yang kini berusia 50 tahun sejak merdeka.

Kami berpendapat, masanya sudah tiba untuk masyarakat Malaysia
membahaskan isu-isu sejarah seumpama ini agar ia boleh dijadikan tauladan dan
sempadan kepada kita bagi mengorak langkah membina bangsa Malaysia yang
bersatu, progresif, berbudaya ilmu dan bertoleransi.

Kami juga bimbang, selagi isu “rusuhan 13 Mei” tidak dibuka untuk
dikaji dengan mendalam, dan selagi ia enggan dibincangkan secara ilmiah
seumpama buku ‘May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of
1969’, maka tragedi malang ini akan selama-lamanya boleh diperalatkan
untuk menimbulkan buruk sangka dan keresahan antara kaum di negara ini.

Selama ini, ingatan “13 Mei” sering diperalatkan oleh orang politik —
baik pemimpin parti kerajaan atau pemimpin parti pembangkang — dan
juga kumpulan-kumpulan Islam setiap kali apabila muncul perbahasan tentang
isu-isu yang melibatkan pergeseran kepentingan kaum dan agama.

Tanggal ’13 Mei” telah dijadikan momok, telah dijadikan lembaga jahat,
untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada membahaskan isu-isu penting
tertentu. Tarikh “13 Mei” telah disebut-sebut sebagai amaran, khususnya
kepada kaum bukan Melayu dan penganut agama bukan Islam.

Sebab itu, kami yang bertandatangan di bawah, yang sebahagian besar
kumpulan aktivis, penulis, seniman, dan wartawan muda Melayu berasa
terpanggil agar isu “13 Mei” dibenarkan dibincangkan secara terbuka, ilmiah
dan tenang.

Sekian, terima kasih.

Advertisement

16 responses

  1. chen chew peng

    We are craving of citizen like you who has the supreme human value irrespective of racial background to bring Malaysia forward to the next century. Indentity of Malay, Chinese, India and others should not appear in our MYKAD, we need only the word Malaysian.The day will come, I belief.

    Mei 18, 2007 at 9

  2. LEONG

    50 years after independence, the various races in Malaysia are getting more and more disintegrated.
    May 13 and the government policies after the incident are the main culprit.
    It is time for the government to release the truth on May 13 and all those involved must repent.

    Mei 19, 2007 at 12

  3. Pingback: Haram | Kakiblog.com

  4. aku nk 1 buku nih leh x??

    Mei 19, 2007 at 4

  5. taqiyuddin

    memang dasyat peristiwa itu..

    Taqiyuddin
    http://www.taqiyuddin.wordpress.com

    Mei 19, 2007 at 10

  6. Buka semua dokumen keselamatan/rahsia berhubung 13 Mei dan tubuhkan Suruhjaya Siasatan, atau Suruhanjaya Kebenaran dan Berbaik-baik (Truth & Reconcialation Commission) berhubung tragedi ini. Jangan tegakkan benang basah, jangan terus berdolak-dalik.

    Mei 21, 2007 at 6

  7. mohd zain

    Dakwaan Kua bahawa Tun Razak merancang rusuhan itu kerana hendak berkuasa agak sukar untuk saya menerimanya lebih-lebih lagi dakwaan itu dibuat berasaskan sumber asing yang rata-rata anti-Razak. Kuasa-kuasa barat tidak menyenangi kalau Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana beliau dianggap seorang nasionalis. Justeru itu, British mengalakkan Lee Kuan Yew dan PAP supaya bertanding di Semenanjung pada pilihanraya 1964 dan 1969 untuk mengambilalih kuasa.Perlu diingat pada 1964 Tun Razak juga ditohmoh oleh Lee Kuan Yew (lihat Memoirnya) sebagai poerancanga rusuhan di Singapura. Sekarang Kua mengulangi dakwaan itu. Apakah musliaht Kua? Mencari kebenaran? atau hendak bunuh karakter Tun Razak, seorang yang disanjungi tinggi oleh orang Melayu. Kalau diteliti perkembangan kini, nampak seakan ada satu agenda puak bukan Melayu untuk membunuh pemimpin-pemimpin Melayu dan orang Melayu melalu penulisan sejarah baru. Chin Peng disanjung sebagai wira, MPAJA dihormati… Kalau ada orang Melayu yang bersetuju dan menyokong Kua, alamatnya Melayu itu dah terperangkap dalam permainan kotor politik Cina cauvinis semacam Kua.. Awas jangan lagi jadi Pak Kadok…

    Mei 21, 2007 at 11

  8. KsJT mengharungi semangat zaman & Pencerahan
    Oleh FATHI ARIS OMAR

    Tulisan Luqman Hakim bertajuk Sejauh Mana Akrabnya Politik dan Sastera (Mingguan Malaysia, 18 Mei) mengutip pandangan saya tentang kemestian ruang awam ketika dijemput berdiskusi di Rumah PENA, April lalu.

    Saya agak rimas dengan istilah seakan-akan ilusi atau ideal utopia dalam rencana yang baik itu.

    Tulisan itu dan usaha Jawatankuasa Penulis Muda PENA pada dasarnya menarik apabila difikir-fikirkan arah sebenarnya serta kedudukan seniman-sasterawan dalam konteks politik semasa.

    Haruskah mereka berpihak dan berlagak seperti seorang ahli politik? Wajarkah seniman-sasterawan berdiam diri seperti melukut di tepi gantang? Atau, bolehkah mereka jadi alat atau budak suruhan parti politik?

    Saya ingin mengimbas kembali kepada awal Mei 1964, tiba-tiba sejumlah sasterawan dan budayawan Indonesia menjadi musuh negara. Semata-mata menyokong satu dokumen wajar lagi waras. Itu zaman revolusi, zaman Soekarnoisme berasa diri di puncak kekuasaan.

    Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra), yang rapat dengan kekuasaan presiden, mengganyang kumpulan Manikebu yang mengeluarkan dokumen tersebut di majalah Sastra (September 1963). Dokumen tiga muka surat itu, disertai rencana bertajuk Sejarah Lahirnya Manifes Kebudayaan.

    Dokumen dan rencana itu hanya mempunyai satu idea yang ringkas dan berpada-pada. Idea itu, cerita Goenawan Mohamad dalam Eksotopi: Tentang Kekuasaan, Tubuh dan Identitas (2002), kreativiti dalam sejarahnya menolak belenggu.

    Manikebu muncul daripada keadaan politik yang terbentuk akibat pemujaan terhadap Manifesto Politik (Manipol) Soekarno.

    Manipol asalnya ucapan presiden pada 1958 dan dijadikan kempen pembasuhan minda yang dipaksa kepada seluruh rakyat, termasuk sasterawan, seniman dan wartawan.

    Dalam tempoh ini juga, Indonesia sedang menggerakkan kempen konfrontasi, ganyang Malaysia! Seni dan sastera terpaksa menggunakan landas Manipol sebagai ruang tunggal untuk bersuara.

    Sesiapa yang gagal berbahasa ganyang ala Soekarnoisme, dan tidak menyeru kesatuan rakyat, dianggap belot.

    Penulis dan budayawan waktu itu menemui ruang luahan kreatif yang sukar. Ruang pun kian terbatas untuk pembentukan konsep yang menggunakan cara lain, kata Goenawan.

    Pada akhirnya, tidak banyak orang yang berpidato atau menulis tanpa mengutip bahan dan bahasa indoktrinasi Manipol itu.

    Ketika zaman sempit inilah, Manikebu muncul. Zaman yang disebut Goenawan terasa menjadi kakunya rentangan ekspresi bahasa Indonesia bagi seorang penulis dan seniman. Walau sangat sederhana, dokumen Manikebu dianggap mengancam kekuasaan.

    Padahal, seperti dicerita kembali dalam Eksotopi, tujuan utama dokumen itu adalah untuk memperoleh ruang yang lebih longgar bagi ekspresi kesenian yang mandiri dan independen dari desakan politik pemerintah dan pelbagai tatacara revolusioner tahun 1960-an awal.

    Naskhah bersejarah ini menuntut pembebasan kaum karyawan daripada tekanan atau eksploitasi politik, termasuk projek ganyang Malaysia!, walaupun datang dari politik bangsanya sendiri (Baca: Presiden Soekarno).

    Ruang awam memakai semangat kreativiti tidak harus dibelenggu seperti ucap Manikebu. Idea ini dipinjam daripada olahan Jurgen Habermas dalam The Structural Transformation of the Public Sphere (1989).

    Ruang ini telah menjadi tema perbahasan besar di arena sejagat sejak beberapa dekad lalu, khususnya 1990-an. Habermas menganjurkan kewujudan ruang kepada golongan bukan politik misalnya sasterawan, seniman dan wartawan daripada campur tangan atau gangguan melampau penguasa dan pemodal.

    Pandangan tentang ruang ini dan kekalutan politik semasa telah dihuraikan lebih awal dalam buku kecil saya, Seni Sastera Mencari Arah (2003) dan rencana Public intellectuals and the poverty of imagination dalam edisi terbaru majalah Aliran Monthly.

    Rencana saya ini mengkritik sasterawan-budayawan yang berdiri atas pentas politik tetapi gagal membentuk ruang independen yang kritis pada kekuasaan.

    Hujah saya, keadaan yang ada kini menyebabkan banyak isu masyarakat tidak dibincangkan akibat takut kuasa. Ramai sasterawan-seniman bimbang jadi mangsa.

    Sasterawan tidak lagi bersuara untuk kebenaran dan keadilan, tetapi sebagai bidak-bidak catur kekuasaan, seperti nama-nama yang disebut dalam tulisan Luqman.

    Saya bimbang sastera dan seni menjadi tidak jernih atau tidak lagi waras tetapi tukang pukul untuk memenangkan parti sendiri.

    Saya cukup risau penindasan yang berlaku pada aktivis Manikebu pada zaman Soekarno dan kemudiannya tertimpa ke atas pemuka Lekra apabila wujud peralihan kuasa.

    Orde baru atau lama di republik itu sama-sama menyekat ruang seniman, sasterawan dan wartawan Indonesia seperti renungan WS Rendra dalam, Penyair dan Kritik Sosial (2001).

    Zaman buruk ini sedang menguasai Amerika Syarikat, selepas 11 September.

    Kebebasan akhbar, kebebasan akademik dan kebebasan sivil seolah-olah tidak dikehendaki.

    Zaman yang melahirkan imej CNN dalam perang Iraq baru-baru ini yang kita namakan laporan media yang tidak adil. Zaman yang membolehkan Stalin menghumban sasterawan besar Rusia, Maxim Gorky atau dua tokoh dramatis, Meyerholt dan Vakhtangov.

    Setiap zaman memang ada semangat dan gilanya sendiri. Kita di sini terjelepok dalam zaman Pramoedya Ananta Toer dikirim ke Pulau Buru.

    Zaman yang menggila boleh dibatasi jika wujud ruang awam yang dihormati bersama; penguasa dan pemodal.

    Ruang yang membolehkan kita waras-wajar dalam berwacana kreatif, termasuk terhadap kekuasaan. Zaman suara selesa dikumandangkan oleh penulis dan seniman.

    Sama seperti kewarasan-kewajaran yang dituntut Manikebu ketika berdepan dengan asakan melulu Manipol, Lekra dan Soekarnoisme. Waktu itu, gaya penulisan cerpen boleh sahaja dianggap menentang Soekarno dan sejumlah akhbar lantas diharamkan.

    Oleh itu, selain soal ruang menyuap mulut (istilah Luqman), ruang awam seperti dihujahkan saya adalah satu tuntutan adil, lagi sederhana. Bukan ilusi atau utopia!

    Ia kelihatan khayalan pada masa kini kerana proses politik kita tidak jernih, demokrasi kita sakit, semangat kolektivisme kita cetek, hak asasi dan kebebasan individu tunduk di bawah kawalan yang sendat.

    Zaman cacat ini pernah dihayati oleh Pramoedya, waktu itu dia orang kuat Lekra.

    “(Saya) sekadar alat revolusi (kerajaan). Politik (bukan sastera atau seni) adalah panglima di dalam kehidupan bersama (seluruh negara),” katanya ketika mengganyang Manikebu.

    Dalam buku kecil saya tadi, saya menyebutkan dua isu besar yang harus difikirkan oleh seniman-sasterawan.

    Pertama, keruwetan ruang, yakni; bagaimana ruang itu dijadikan kancah perebutan politik, bukan medan pertandingan idea yang rasional.

    Kedua, kita mesti memurnikan politik; yakni, memberikan ruang penyertaan luas kepada orang ramai untuk mencampuri urusan politik (selain pilihan raya umum) tanpa rasa takut.

    Idea memurnikan politik tersirat di balik penghayatan ungkapan-ungkapan: Demokrasi berpenyertaan, ruang awam, pemisahan kuasa, hak asasi, kemajmukan suara rakyat dan masyarakat pengundi yang arif maklumat.

    Ruang awam samalah semangatnya dengan Manikebu, antara lain rasa tidak senang seniman-sasterawan Indonesia terhadap kegilaan kuasa Soekarno, termasuk projek ganyang Malaysia! Apakah semangat ruang mandiri seumpama ini sejenis “ideal utopia”?

    Ruang awam, menurut Habermas, memang dicetuskan bersama Zaman Pencerahan abad ke-18, sekitar era pertembungan sasterawan-budayawan dengan kuasa raja serta feudalisme benua itu.

    Ruang ini akhirnya membuahkan demokrasi, kemajuan sains, kapitalisme, hak asasi, rasionalisme, revolusi industri, kebebasan individu dan kemodenan Eropah.

    Niat, nilai atau ghairah inilah yang diabadikan dalam Wawasan 2020. Ruang awam yang telah berjaya membuang tahyul agama serta bidaah politik Eropah.

    Hanya sejarah kemudiannya membuktikan harga diri dan kebijaksanaan sasterawan-seniman kita hari ini, seperti Manikebu telah membuktikannya dan sebagai mana sejarah telah menghukum Lekra dengan berat sekali.

    Mei 22, 2007 at 5

  9. Terima kasih rakan-rakan, komen dan pandangan sdr-sdri pada entri saya. Saya tertarik dengan kaedah Zain memberikan komentarnya. Saya perlu jelaskan bahawa perbezaan pendapat dan penilaian sejarah tidak pernah menjadi halangan tetapi ianya harus berdasarkan fakta dan maklumat yang telus. Yang menjadi isu besarnya ialah kebebasan. Tergagau kita memahami sejarah, disamping versi rasmi yang penuh kecurigaan, versi chauvanis dan dipengaruhi fahaman sempit adalah akibat tiadanya kebebasan maklumat, Jika ada maka versi mengarut akan terkikis dari masyarakat. Bebas itu nombor uno

    Mei 22, 2007 at 12

  10. mohd.zain

    Ulasan A VOICE tepat sekali. Buku 13 May itu bukan buku sejarah per se tetapi buku propaganda yang sengaja diterbitkan untuk muslihat tertentu. Seperti juga dengan peristiwa perarakan raksasa parti pembangkang pada 11 Mei 1969, buku Kua itu cuba provoke orang Melayu supaya melatah. Bila berlaku kekacauan orang2 seperti Kua akan merayu kepada kuasa asing, termasuk Singapura, supaya campurtangan dan meletakkan Malaysia di bawah kuasa asing, seperti yang dilakukan oleh mentornya, Dr Chen, Pengerusi DAP pada masa itu. Mengikut rekod State Department, Dr Chen, telah mengadakan perjumpaan sulit dengan pegawai kedutaan Amerika di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1969, setelah rusuhan berlaku, meminta Amerika campurtangan dan meletakkan Malaysia di bawah pengawasan antarabangsa. Malahan beliau juga menyatakan bahawa kiranya keadaan bertambah teruk kemungkinan besar orang Cina akan masuk hutan dan berjuang bersama dengan PKM untuk menentang orang Melayu. Lee Kuan Yew juga menyatakan bahawa beliau akan membuka sempadan untuk memobolehkan orang Cina masuk negara itu.Beliau juga menyatakan tentang Kemungkinan Singapura akan menakluk Johor Selatan (kerana air). Buku KUa mendedahkan rancangan jahat Cina chauvinis untuk menguasai Malaysia. Perlu disebut disini pada tahun 1945 MPAJA pernah memerintah Tanah Melayu selama 14 hari. Bendera komunis dan KMT dikibar disetiap bandar. Orang Melayu ditindas, dibunuh dan sebagainya hingga membawa kepada kebangkitan Selendang merah dan Sabilillah. Dengan izin Allah, rancangan jahat MPAJA itu gagal. Kiranya tidak pasti Tanah Melayu telah menjadi wilayah ke 15 atau 25 Tanah Besar China. Oleh kerana itu kita tidak hairan apabila MPAJA diberi penghormatan yang tinggi oleh chavinis Cina seperti Kua dan tugu khas dibena di Memorial Nilai sebagai mengenang jasa MPAJA. Chin Peng pula dipuja sebagai pejuang tulin Cina. Usaha untuk menguasai Tanah Melayu berterusan. Pada 1964 PAP cuba menguasai Malaysia melalui trogan horse – pilihanraya. PAP mengapi2kan semangat orang Cina melalui slogan Malaysia Malaysia. Lee Kuan Yew menuntut supaya Perlembagaan Malaysia dikaji semula, fasal 153 dihapuskan dsbnya. Beliau membuat pakatan dengan parti pembangkang menubuhkan Malaysian Solidarity Committee untuk mencapai matlamat perjuangannya. Kalau gagal menguasai Malaysia sepenuhnya, Lee merancang untuk memecahkan Malaysia kepada dua. Lee juga provoke orang Melayu melalui ucapannya yang provokatif. Tujuannya ialah supaya orang Melayu melatah. Strateginya berjaya apabila pada bulan April 1964 rusuhan berlaku di Singapura. Mengambil kesempatan peristiwa itu, Lee menuduh Tun Abdul Razak sebagai perancang rusuhan sama seperti yang dilakukan oleh Kua dalam bukunya itu. Ringkasnya, Kua mempunyai niat jahat apabila menerbitkan buku itu. Tanpa bukti konkrit beliau dengan penuh keyakinan memfitnah Tun Razak sebagai perancang rusuhan.Kononnya kerana kepentingan politik kuasa, Razak sanggup berlaku kejam dengan membunuh dan memusnahkan harta benda. Saya hairan mengapa buku sebersif ini masih dibiarkan dijual di pasaran dan meracun fikiran anak2 muda. Saya bimbang anak2 muda yang ‘buta sejarah’ akan terpengaruh dan menerima hakikat itu. Mereka akan benci kepada pemimpin Melayu, khususnya Tun Razak, sebaliknya menyanjung Chin Peng, Lee Kuan Yew dan MPAJA (PKM). Akhir kalam, belajarlah dari sejarah dan ambillah iktibar daripadanya. Jangan terbawa2 dengan fahaman liberalisma, kebebasan bersuara dan menulis….itu semua perangkap untuk menjahanamkan Malaysia dan orang Melayu.

    Mei 30, 2007 at 8

  11. Malaysian

    Hendak fakta, ni satu!..

    ” Pada Mei 1965, Singapura menjadi tuan rumah mesyuarat pertama gabungan “Malaysian Solidarity Convention”. Konvensyen itu menyatupadukan parti-parti pembangkang dari kaum tertentu di bawah slogan “Malaysian Malaysia.”

    Tun Tan Siew Sin dilaporkan Utusan Melayu bulan Julai 1965 mengkritik “Malaysian Malaysia” sebagai usaha menjadi “juara orang Cina” dengan membangkitkan kemarahan keatas orang Melayu. Menyedari bahaya kehadiran LKY dan PAP, Tunku berpatah dari keputusannya dan menendang Singapura keluar pada tahun Ogos 9hb, 1965.”

    Rujukan = http://pesanan-pesanan.blogspot.com

    Wassalam.

    Mei 30, 2007 at 7

  12. Daulatuanku

    dulu saya pernah memilik buku berwarna merah mengenai laporan 13Mei.. masa tu dlm darjah enam kalau tak silap, saya dapat dari seorang saudara.. saya hilang buku tersebut tetapi saya ingat lagi di bahagian belakang buku tu ada dicatat akan kematian, berapa ramai bangsa yg mati, di mana, senjata yang dikumpulkan dsbnya.. mak saya kata masa time tu dia nampak mayat wanita mengandung kena sembelih perut dia di longkang.. itu dan bermacam2 lagi cerita dr orang2 yg berada di kawasan tersebut.. adakah kejadian2 ini ada tercatit di dalam buku yg tertera di atas? kalau ada bagus la

    Mei 31, 2007 at 4

  13. Daulatuanku

    tambahan.. saya pun masih menanti akan sejarah sebenar malaya,semoga ianya masih tersimpan di arkib negara walaupun tidak didedahkan,selective sejarah utk beberapa individu supaya nampak gah dan seolah2 beberapa partai telah berjaya memerdekakan negara tetapi hakikatnya ada beberapa individu2 lain serta mungkin pertubuhan yang telah dibunuh, dipenjara dan diseksa dlm proses merdeka

    Mei 31, 2007 at 4

  14. nur fazieana

    emmm…kita semua patut hormat dengan kejadian tersebut…sebagai peringatan kita semua…

    Mei 10, 2010 at 2

  15. shah

    Dalam peristiwa 13mei teringat arwah nenek aku pernah cerita kat parit sulong di sebuah kampung di muar johor sebelum belakunya peristiwa 13mei terdapat sebuah keluarga melayu yang agak kaya @ berada lah.. mereka mempunyai kebun getah yang agak luas di tempatnya mybe aku rasa ada puluh2 ekar gak ar.. punca berlakunya peristiwa 13mei di tempat tersebut ialah pada malam 13mei tersebut, sekumpulan pengganas komunis terdiri daripada orang cina telah menceroboh dan masuk ke rumah mereka dan akibatnya seluruh keluarga melayu kecuali salah seorang ahli keluarga itu dapat melarikan diri keluar terselamat dan yang lain telah disembelih hidup2 dan ditembak. keesokannya mayat keluarga melayu tersebut telah dijumpai penduduk melayu dikawasan rumahnya. akibatnya ramai orang melayu mula benci terhadap cina komunis yang bersalah dan mencari mereka sampai ke lubang cacing dan menembak @ menyembelih hidup2 kat mana mereka berada seperti mana kumpulan cina komunis telah membunuh keluarga malayu tadi. arwah nenek aku cakap lepas tu banyak pengganas komunis dikawasan itu telah berjaya dibunuh. tu je sumber sejarah yang aku tahu sedikit sebanyak yang benar2 berlaku di parit sulong muar johor.

    Jun 2, 2010 at 2

  16. shah

    Dalam peristiwa 13mei teringat arwah nenek aku pernah cerita kat sebuah kampung parit sulong di muar johor sebelum belakunya peristiwa 13mei terdapat sebuah keluarga melayu yang agak kaya @ berada lah.. mereka mempunyai kebun getah yang agak luas di tempatnya mybe aku rasa ada puluh2 ekar gak ar.. punca berlakunya peristiwa 13mei di tempat tersebut ialah pada malam 13mei tersebut, sekumpulan pengganas komunis terdiri daripada orang cina telah menceroboh dan masuk ke rumah mereka dan akibatnya seluruh keluarga melayu kecuali salah seorang ahli keluarga itu dapat melarikan diri keluar terselamat dan yang lain telah disembelih hidup2 dan ditembak. keesokannya mayat keluarga melayu tersebut telah dijumpai penduduk melayu dikawasan rumahnya. akibatnya ramai orang melayu mula benci terhadap cina komunis yang bersalah dan mencari mereka sampai ke lubang cacing dan menembak @ menyembelih hidup2 kat mana mereka berada seperti mana kumpulan cina komunis telah membunuh keluarga malayu tadi. arwah nenek aku cakap lepas tu banyak pengganas komunis dikawasan itu telah berjaya dibunuh. tu je sumber sejarah yang aku tahu sedikit sebanyak yang benar2 berlaku di parit sulong muar johor.

    Jun 2, 2010 at 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s