Hishamuddin: Pemuda Umno Pun Buat Demo
maka telah dikatakan:
“Dalam demontrasi yang kita lakukan semasa Condoleezza Rice datang dulu tujuannya adalah untuk menunjukkan bantahan kita dan ia tidak mendapat bantahan orang ramai atau mana-mana pihak, sebaliknya mereka (rakyat) bersetuju dengan perjuangan kita,”
Inilah kata-kata Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussien dalam laporan mstar.com.my.
Kata-kata ini cuba menjelaskan kepada ramai bahawa demonstrasi juga pernah dilakukan oleh Umno [sekarang], terutama sekisah laporan muka depan akhbar arus perdana tentang rempuhan Khairy pada sekatan polis di KL Convention Centre. Cumanya Khairy tidak ditahan oleh pihak polis, kerana mungkin beliau menantu Abdullah Badawi, Perdana Menteri.
Kenyataan Hisham, juga cuba membuktikan dia tidaklah selembek sebagaimana yang dipercayai ramai, sebab pasukan kelolaannya pernah juga berdemontrasi, justeru menolak hujahnya selama ini, demonstrasi bukan budaya kita. Namun dia juga masih ada ruang lari jika dipersalahkan kerana melanggar tatasusila dan adab “Melayu Umno” kerana berdemonstrasi lalu jadi peluru kepada pembangkang, dengan menuding pada sang hanuman Pemuda Umno.
Hisham juga mungkin lupa menyebutkan demonstrasi datuknya di Padang Kelab Sulaiman dan sebagainya dalam menuntut kemerdekaan, jadi tidak lah perlu mengaitkan nama Khairy yang tidak berapa betah untuk disebutkannya.
Hishamudin seperti klise pimpinan kerajaan cuba menegak benang basah, terbelit belit lidahnya membangkit hal demonstrasi anjuran Umno dibenarkan, diberi permit dan mendapat kelulusan polis.
Mereka dapat permit manakala Bersih, Hindraf, Anti kenaikan minyak dan banyak lagi sebelum dan selepas ini tidak diberikan permit. Dan jika ditanya balik padanya kenapa tidak beri kami permit, jawapanya ialah “public security” keselamatan umum. Nah kalau faktornya, perjalanan perhimpunan yang aman, maka perhimpunan Bersih adalah perhimpunan aman yang tiada gangguan keganasan, kecuali kegilaan polis di Masjid Jamek.
Malahan hampir semua demonstrasi jadi aman jika polis tidak memulakan tembakan gas pemedih mata dan air kimia.
“Perhimpunan jadi tidak aman bila datang orang dari Bukit Aman”
Makanya dikira ianya sangatlah bergantung kerana ketua demonstrasi jalanan itu adalah anak menantu Perdana Menteri, ataupun mungkin secara bawah sedar Hisham menyebutkan kalimat ini :
“tujuannya adalah untuk menunjukkan bantahan kita dan ia tidak mendapat bantahan orang ramai atau mana-mana pihak”
Walaupun beliau cuba melapik, selepas itu dengan kata ” sebaliknya mereka (rakyat) bersetuju dengan perjuangan kita“, jelas ada masalah dalam logik yang di buat Hishamuddin, tidak disertai ramai pihak – rakyat sokong pula perjuangan mereka.
Kalau tidak ramai datang dengan acara terbabit mendapat kebenaran dan ruang dari polis, maknanya tida sokongan LAH. Ataupun ini lebih lunak bunyinya sponsor masih belum dapat.
Hisham-Hisham tak payah mengarutlah,
Tinggalkan Jawapan