Keberanian Ala Khairy
Semalam terdengar lagi kata-kata Khairy Jamaludin yang disampaikan dengan penuh semangat. Kali ini beliau melampiaskan marahnya kepada pengkritik projek terjun kutub utara Putera Umno.
Beliau mengatakan bahawa sekurang-kurangnya anak-anak Putera Umno yang bakal terjun di kutub ini, ini berani menunjukkan keberanian mereka untuk menghargai kemerdekaan, tidak seperti pengkritik di laman web dan blog yang tidak berbuat apa-apa. Khairy juga mencabar agar pengkritik-pengkritik ini keluar dan tunjukkan keberanian.
Inilah tahap keberanian dalam akal budi orang yang dikatakan penasihat Perdana Menteri. Lebih menghargai keberanian “pertunjukkan” dari keberanian “sejati”.
Kalau Khairy benar-benar bijak dan boleh berfikir, sudah pasti beliau boleh menilai tentang keberanian beberapa orang yang membongkar kemungkaran-kemungkaran yang mungkin berlaku dihadapanya berbanding, nilai berani terjun-terbang-berenang dan melompat-lompat yang dijadikan projek kemegahan. Rasuah, penyelewengan dan penipuan (termasuk dakwaan penipuan SPR), harus secara berani ditanggani dan dilawan oleh golongan muda Malaysia. Inilah berani sejati. Tidak perlu saya sebutkan lagi siapa-siapa yang rela masuk penjara kerana melawan itu semua, Khairy tahu siapa mereka, cuma dia tidak berani untuk mengiktirafnya
Atau mungkin juga Khairy (yang juga diistilah among the best brain in Malaysia) tersihir akan kata-kata Timbalan perdana Menteri, Najib Tun Razak beberapa tahun dulu, katanya — erti kemerdekaan ialah apabila kita dengan bangga dapat mengibarkan bendera, sebab itu agaknya beliau mahu putera-putera Umno kibarkan bendera di kutub utara. Apa kata kita suruh beruang kutub sahaja?
Tinggalkan Jawapan