BTN dan Ketuanan Melayu Penggelap Anak Bangsa
Malam selasa minggu lalu, tiba-tiba saya menerima 2-3 mesej yang amarah. Ayat maki dan cabar mewarnai mesej-mesej tersebut yang cuba masuk dalam komentar blog ini.
Mereka menyingga kerana saranan dan desakan kami sebahagian Ahli Dewan Negeri Selangor, mahukan program mahasiswa selangor bebas dari program aturan Biro Tata Negara (BTN) yang menggelapkan minda.
Seraya mendakwa bahawa saya dan lain — khususnya yang melayu, menjual maruah kerana mahukan undi bukan melayu, juga sampai hati menghapuskan ketuanan Melayu. Entah apa kaitan hapus program BTN ketuanan melayu jadi hilang.
Ini mungkin datang dari mereka yang diupah (khabarnya label sebahagian pengiat internet kepada mereka ialah cybertropers-Umno) tapi saya bimbang ia sememangnya datang dari hati sanubari-akal mereka.
Hal ini menjadikan, saya be tambah yakin BTN dan slogan ketuanan Melayu lolongan Umno yang nampak disembunyikan sekarang oleh 1 Malaysia merosakkan dan menimbus akal-budi manusia dengan sentimen.
Ketuanan melayu dan hak istimewa melayu adalah istilah kosong dan palsu untuk mengelabui dan menanam rasa bersama orang melayu dengan Umno.
Istilah ini yang berleretan dengan DEB telah jadi hijap tindakan rakusnya sebahagian pimpinan Umno mengaut saham dan kontrek kerajaan atas nama Melayu. Tapi akhirnya kesenangan dan kemewahan ini hanya menjadi hak elit dan segelintir dengan wujudnya sistem yang korup dan tidak telus.
Ini terbukti kerana kesenjangan (jarak beza) pendapatan antara orang melayu miskin-kaya semakin ketara pada hari ini. Pertambahan golongan miskin bertambah parah dengan muncul kelompok miskin bandar yang terjerat di kota menunjukkan DEB menemui kegagalan.
Amat melucukan jawapan kegagalan DEB adalah meneruskan DEB atau semangat DEB. Logik kanak-kanak 6 tahun boleh lebih baik dari keputusan ini.
Pemikiran gelap inilah yang sedang melingkari modul BTN yang tanpa segan silu menipu untuk “ketuanan Melayu Umno” terus berkuasa,langsung menuduh pula sebab ketelusan dan dan kejujuran pemerintahan Pakatan sebagai anti melayu Islam.
Tanpa mereka sedari ianya menghancurkan semangat kemerdekaan negara dan bangsa. Mungkin 1 Malaysia jadi musuhnya.
Tinggalkan Jawapan