Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Kemenangan & Tanggungjawab

Alhamdulillah, akhirnya jam 4.35 pagi hari Ahad Suruhanjaya Pilihanraya, mengsahkan kemenangan saya dan semua calon parti Pas & Keadilan di Gombak. Suasana ceria diawal kehadiran berganti tegang kerana kelambatan pengumuman yang tidak tahu tujuannya. Seperti tidak menerima kenyataan bahawa Gombak dan Selangor sekarang telah dipegang oleh Keadilan, Pas dan DAP.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, wang, doa dan sokongan terhadap kemenangan majoriti 3639 yang tidak dijangkakan. Pastinya harapan masyarakat juga menggunung.

Sampai sekarang saya masih bersama Adun-Adun BA, Selangor berbincang beberapa keutamaan yang harus dijalankan selepas menganggkat sumpah (dijangkakan minggu depan). Kemenangan yang amat memberangsangkan pasti menuntut lebih perhatian dan tanggungjawab atas kemahuan rakyat.

Harapan baru untuk Batu Caves & Selangor, seterusnya tidak lama lagi Malaysia.   

6 responses

  1. Rujhan

    Alhamdulillah dan Tahniah atas kemenangan saudara…

    Kami amat berbangga dengan keperihatinan saudara atas kemelut yang di alami oleh Malaysia sehingga menjebakkan diri di dunia politik pada seusia muda tanpa adanya darah berpolitik.

    Sesungguhnya kami menyokong penuh atas keringat saudara yang telah dicurahkan dan berharap semoga saudara dapat melunaskan tanggungjawab dengan berhikmah…

    Semoga kemenangan ini juga dapat membuka “mata kuyu” anak muda mahupun yang tua di Johor khususnya di kampung supaya beralih aliran yang lebih praktikal.

    Sekian
    Dari Anak Muda Asam Kumbang

    Mac 13, 2008 at 6

  2. Syabas saya ucapkan.Menggalaskan amanah rakyat mmg berat tetapi semangat untuk bantu rakyat perlu ada,segalanya akan jadi mudah.

    Mac 19, 2008 at 9

  3. anak jati kg melayu wira damai

    TAHNIAH! di atas kemenangan YB… Saya arap YB dapat tunaikan janji2 YB… disini saya cume berharap agar YB dapat Mencari penyelesaian masalh penduduk asing yang menyewa di kawasan kg melayu wira damai yg semakin menjadi2, ada setengah 2 bersikap “kurang ajar kepada penduduk asal kg”, dan diharapkn JKKK yg sedia ada di tukar kpd yg baru krana JKKK yg seblm ini dikuasai org UMNO, langsung tak berfungsi… harap YB dapt mengambil tindakan yang wajar….

    “HARAPAN BARU UNTUK BATU CAVES” REFORMASI!!!!

    Mac 20, 2008 at 2

  4. Ja'ar Pandan

    Sedara,

    Tahniah di atas kemenangan di DUN Batu Caves. Sesungguhnya memikul tanggungjawab di atas kemenangan lebih berat daripada menggapainya.

    Selamat berjuang.

    Mac 24, 2008 at 12

  5. Dalam kegembiraan mencapai kemenangan cukup bermakna yang tak pernah di kecapi sepanjang hayat sejarah pilihanraya dibumi tercinta,sesungguhnya semua orang bergembira.Penantian selama setengah abad telah tiba juga.
    Tapi harus di ingat di depan kita penuh ranjau dan duri menanti untuk diharungi.Sedikit alpa mengundang padah menanti.Kemenangan di capai bukan dengan jalan mudah, pengorbanan besar dan jati diri dari semua peringkat dan lapisan sangat berperanan.Tak mungkin kita menang walau segagah atau sehebat mana pun kita.
    Sokongan yang kita dapat perlu dipelihara sebaik mungkin, hari ini ok esok belum tahu lagi. kita perlu ingat, ianya bukan lah sokongan yang statik.Ia boleh datang akan datang atau pergi mengikut suasana arus peredaran masa.Kita harus sedar penglibatan sebagai pamimpin kepada rakyat,telah meletakkan diri kita bukan lagi menjadi hak kita.Dengan ini kita telah meletakkan segala bebanan dan kita harus memikulnya.Mudah-mudahan Allah panjangkan usia kemenagan ini.
    Mustafa

    April 11, 2008 at 11

  6. Tahniah YB!

    April 13, 2008 at 11

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s