Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Tentang Laman & Amir Sari

Tentang Kalimat zaman ruangan ini adalah kalimat-kalimat, ungkapan-ungkapan dan juga suara dari hati Amirudin Shari, yang senantiasa mahu dan rindu kepada perubahan yang menjurus wujudnya kesaksamaan, kebebasan dan kebijakkan. Ruangan ini adalah tanda manusia memang memerlukan ruang yang lebih luas, apatah lagi di Malaysia yang begitu sempit — dengan ungkapan itu sensitif, ini sensitif semua sensitif.

Penulis

Amirudin Shari juga sering dipanggil Amir Sari, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves yang terpilih dalam pilihanraya umum ke 12, 8 Mac 2008. Sebelum ini bergiat aktif dalam aktivisme sosial dan politik. Minat untuk mendalami persoalan demokrasi, kebudayaan, politik mahasiswa dan masakan. Bergiat cergas dalam Angkatan Muda Keadilan, Parti Keadilan Rakyat semenjak 2004 lagi dan sekarang diamanahkan sebagai Naib ketua AMK Pusat. Pada ketika ini dilantik sebagai Timbalan  Pengerusi (MSN) Selangor sesuai dengan tugas beliau sebagai pembantu exco belia dan sukan Selangor.  Sering berlepak-lepak di Jalan Telawi Bangsar, dan mengikat longgar ikatan bersama teman-teman Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) yang sering memberikan suntikan pencerahan.

16 responses

  1. Bagus ! Teruskan perjuangan yang suci

    Mac 6, 2007 at 11

  2. Membaca tulisannya, terasa seperti bukan Amir Shari yang pernah kukenal.
    Membaca pemikirannya, saya tahu Amir inilah yang pernah mendapat asuhan yang sama dengan saya seketika dulu.
    10 tahun berlalu… landasannya mungkin tidak sama tapi idealisme tetap serupa!
    Demi mahasiswa, belia..masyarakat berbaktilah di jalan yang kita yakini sebaiknya.
    Good Luck Amir!

    Mac 12, 2007 at 9

  3. jika ada aktiviti atau program yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan terutama yang melibatkan penulisan, jgn lupa hebahkan di dlm blog anda. saya dlm usaha utk menjadi seorang penulis.

    Mac 20, 2007 at 11

  4. salam.

    Bagaimana dgn sikap siswa2 di UPM tempat sdr belajar dahulu.Masihkah sdr terus berhubung dengan pelajar2 junior di sana utk membentuk sel2 yg pro keADILan.
    Tidak terlintas kah untuk sdr mewujudkan suatu organisasi berupa kelab-kelab untuk pelajar2 di sana berdiskusi mengenai kesedaran berpolitik di kalangan siswa.
    Saudara mungkin boleh menetapkan matlamat utk memperkasakan siswa sebagai hala tuju perjuangan sdr.
    Mungkin sdr boleh mulakan di UPM.TQ

    Mac 29, 2007 at 11

  5. Dua kelompok yang terlibat dlm gerakan kearah perubahan.

    pertama, golongan yang menjadi pemerhati yang menginginkan perubahan..

    kedua, golongan penggerak yang diperhati untuk menjana perubahan..

    Perbezaan antara kita ialah saya adalah golongan pertama.. dan saudara adalah golongan yang kedua.. teruskan usaha saudara.. mungkin satu hari nanti kita akan sama-sama tergolong dlm golongan kedua…

    Jun 20, 2007 at 1

  6. Dinpas

    seronok baca tulisan2 ni..teruskan..harap3 jgnlah berpaling tadah..semoga terus diberi pertolongan

    Julai 22, 2007 at 2

  7. zukal

    saudara amir…saya nak jumpa tuan utk kempen kat taman saya..bila boleh jumapa?

    Februari 26, 2008 at 9

  8. ZAKARIA

    SDR.. SAYA SALAH SEORANG PENDOKONG pkr dan perubahan..
    secara jujur saya ingin tahu daripada sdr bagaimana sambutan dan sokongan kalangan pemuda india dan cina di kawasan N 16 batu caves, kerana mengikut pengamatan saya dan rakan-rakan didapati kurang sambutan apakah komen sdr. saya dan rakan-rakan sentiasa bersama sdr ke arah perubahan….. refomasi

    Mac 1, 2008 at 3

  9. Salam,

    Amir, selamat maju jaya, tak sangka perjuangan kau sudah pergi sejauh ini. Teruskan usaha untuk menuntut keadilan!.

    Zakry Fitri Ab. Aziz
    x-housemate
    Bintulu, Sarawak

    Mac 10, 2008 at 8

  10. Tahniah. Undi rakyat jangan dipersiakan. Berkhidmatlah dengan kesungguhan tertinggi buat kebaikan rakyat di Batu Caves khasnya.

    April 1, 2008 at 3

  11. Mohd Firdaus Bin Jaffar

    Salam Amir,

    1st of all, tahniah. Aku ingat lagi masa kita main hoki sama2 kat Sek. Men. Keb Benut dulu, tup tup skang da jadi YB. Alhamdulillah, nampaknya perjuangan ko telah membuahkan hasil. Apa yang penting berbaktilah kepada rakyat dengan adil & saksama kerana ini semua akan diambil kira bila kita dibangkitkan semula di akhirat esok. Insya Allah, kawan2 di kampung sentiasa menyokong dan mendoakan perjuanganmu.

    Jun 18, 2008 at 1

  12. Husnita Fadzli

    Tahniah…

    Walau apa bidang yang kita ceburi, usaha, berdoa dan tawakkal adalah santapan yang bermakna. Setiap kerja itu adalah ibadah dan amanah.

    Semoga Berjaya…

    AnitaLee

    Jun 30, 2008 at 1

  13. Hanif

    Saudara Amir,

    Congratulation…

    Anip

    Jun 30, 2008 at 1

  14. nakmarahmarahlah

    Assalamualaikum…Gud luck bro..

    Julai 13, 2008 at 3

  15. Laksamana Tuah

    Salam, mengapa sanggup jadi alat ambil duit haram dari org bukan Islam luar negara?

    Mei 27, 2009 at 11

  16. Pingback: Sim For Malaysia » Archive » Young Professionals Networking Session with Young KeADILan Leaders

Tinggalkan Jawapan kepada shenyeeaun Batal balasan