Sekilas Minggu 2-3 Ramadhan
Seperti biasa program saya bertambah rancak walaupun Ramadhan dan berpuasa. Sebagaimana dirancang ada program yang berjaya dilaksanakan dan sebahagian ditunda akibat cuaca dan masalah teknikal. Beikut sedikit catatan dan gambar program berlangsung, Mulai Isnin ini 22 Ogos program anjuran Pusat khidmat lebih tertumpu program Qiamulail bersama Ust Zamri (MariMengaji/Mantop)demi merancakkan malam-malam akhir Ramadhan yang dikatakan turunnya Lailatul Qadar.
Program Ziarah Masjid dan Surau – Sepanjang 2 minggu lepas sempat ziarah ke 8 surau dan 3 Masjid disekitar Batu Caves
Mari Berbuka Bersama Sudara Kita – Zarah dan iftar bersama Asnaf di Kg Selayang Baru, Kg Baru Batu Caves dan Kg Sg Tua
Ziarah Pasar Ramadhan – Pasar Ramadhan Selayang Baru dan Taman Batu Caves
Aktiviti lain – Program Jom Shopping Bersama Warga Emas (15 dan 19 Ogos bersama lebih 50 warga emas pilihan di Giant Batu Caves) , iftar bersama MB dan PeBT seluruh Selangor dan beberapa program lain
Sekilas aktiviti minggu pertama Ramadhan
Dikesempatan Ramadhan ini saya telah mengambil peluang untuk turun sendiri meninjau masyarakat dengan pelbagai aktviti yang diatur oleh pejabat urusan Dun mahupun pihak lain selain program biasa solat terawikh di Masjid dan Surau sekitar batu Caves. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak-pihak yang membantu dan menyumbang khusus Sdr Jafrien Ketua AMK serta jentera AMK Gombak dan Puan Faridah dan petugas Wanta Gombak yang turut sama dalam program semarak Ramadhan tahun ini.
Mari Berbuka Bersama Saudara Kita (Kg Nakhoda)– Program baru yang cuba diaturkan oleh Pejabat Dun dengan harapan mereka yang kurang bernasib baik dapat diceriakan ketika menyambut Ramadhan, kali ni destiansi dirumah en Habib Wira bertempat Jln Nakhoda A
Sumbangan Anak Yatim Masjid Jamiatus Solahiah, Sg Tua – Seramai 73 penerima dikalangan anak yatim kariah Masjid Jamiatus Solahiah menerima sumbangan Ramadhan dan Syawal, Lebih 22 ribu disumbangkan oleh orang ramai kepada tabung masjid telah diagihkan kepada penerima.
Merasmikan Serahan Bubuk Lambuk Masjid Al Amaniah – Program Bubur Lambuk Al Amaniah merupakan program tradisi masjid Daerah tersebut sejak lebih 7 tahun lalu. Kira-kira 1000 bungkus bubur lambuk disediakan setiap hari Ramadhan sehingga 25 Ramadhan untuk penduduk dan jemaah yang boleh mula diambil selepas solat Asar
Ziarah Pasar Ramadhan Kg Nakhoda / Kg Laksamana
Program Semarak Ramadhan Dun Batu Caves 2011/1432
1. Ziarah Masjid dan Surau – Menziarahi Masjid dan Surau sekitar Batu Caves, merupakan program lumrah YB Amirudin pada bulan Ramadhan untuk lebih mesra dan mendekati masyarakat
Tarikh : Dari 6 Ogos/ Ramadhan sehingga 24 Ogos / Ramadhan
2 Mari Berbuka Bersama Saudara Kita– YB Amirudin bersama pimpinan setempat meluang masa menziarahi rumah terpilih untuk berbuka bersama dengan tujuan meringankan beban mereka yang memerlukan
Kampung Nakhoda – 7 Ogos / Ramadhan
Kampung Selayang Baru – 14 Ogos / Ramadhan
Kampung Baru – 16 Ogos / Ramadhan
Kampung Sg Tua – 18 Ogos / Ramadhan
Kampung Wira Damai – 19 Ogos / Ramadhan
Kampung Laksamana – 23 Ogos / Ramadhan
Kampung Sg Kertas – 24 Ogos / Ramadhan
3. Ziarah Pasar Ramadhan – melawat pasar Ramadhan sekitar Batu Caves sambil mengedarkan kurma untuk pengunjung jadikan juadah berbuka puasa
Pasar Ramadhan Kg Nakhoda / Kg Laksamana – 7 Ogos / Ramadhan (6.00 petang)
Pasar Ramadhan Taman Batu Caves – 16 Ogos / Ramadhan (6.00 petang)
Pasar Ramadhan Selayang Baru – 14 Ogos / Ramadhan (6.00 petang)
4. Qiamulail bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji – Qiamulail bagi menghidupkan sepuluh malam terakhir dengan dipandu oleh Ustaz Zamri.
Masjid Amaniah – 22 Ogos (3.30 pg)
Masjid Jamiatus Solahiah Sg Tua – 23 Ogos 2011 (3.30 pg)
Masjid Nakhoda – 25 Ogos 2011 (3.30 pg)
5. Sumbangan Kasih Aidilfitri – YB Amirudin Shari & YB Azmin Ali menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan sempena sambutan Aidilfitri
21 Ogos 2011 / 21 Ramadhan – Masjid Jamek Kampung Nakhoda