Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Politik

Artikel Malaysian Insider: Politician who believe in public service

KUALA LUMPUR, June 2 – Amirudin Shari, the PKR assemblyman for Batu Caves, is as unlikely a politician as one will meet among the new, eclectic breed that have surfaced after the March 8 polls. The self-styled thinker type of political activist believes that a government is “a necessary evil.”

Average in height and weight, the somewhat bookish man seemed, at first glance, to fit in an academic setting more than the exciting, riotous arena of present day politics.

When met in his tiny first floor office in Batu Caves one rainy afternoon, he made frequent references to scholarly articles, such as EA Hayek’s “Individualism: True and False.”

He spoke hesitatingly, not because he is unconvinced of the truth of his own words, but because he is overly conscious of his new elevated role as the spokesman for his constituency. But he is not without passion.

“People empowerment. That’s my first priority. I want to educate the people here on their rights and enhance their understanding of their own power so they can think rationally and won’t get cheated by anyone,” he said.

And that includes his own political party people and state government. “It’s natural for the state (government) to conquer. But people don’t have to let them conquer so easily. Ideally, people must have dialogue with the state. The problem is people have been taught that the ADUN (state assemblyman) and MP have power …and that’s why corruption happens.

“I want society here to be independent, free and civilised,” Amirudin stated quietly but emphatically.

It is a strange occasion to meet a party member who does not seem keen to promote his own party. More than that, Amirudin steadfastly and sincerely believes in the concept of a real democracy, that is, a government that is freely elected by a fully informed and educated people.

Therefore, it seemed too easy to dismiss his words as that of an earnest, idealistic but impractical novice politician. Yet, there was something in his mien that put a stop to that cynical thought.

When Amirudin graduated from Universiti Putra Malaysia with a bachelor’s in human development, he chose to become a journalist with arab-radio.com, a web radio based in Indonesia but which transmitted to Malaysia “so it didn’t have to face the restrictions under Malaysian media laws.”

His first job lasted three months before the company ran out of funds. Thereafter, he joined the Institute for Policy Research (IKD) as a programme coordinator, a position he kept until very recently when he won the state seat in this year’s general elections.

During his four years at IKD, he kept busy with organising debates, seminars, workshops and other projects on human rights, statesmanship and democracy issues involving youth.

From his experience, he has observed that there is a dire need for the government to allow a space for the community to vent its thoughts and thereby enable a healthy and two-way communication to take place.

One way he hopes to tackle that is through sports. Amirudin is also the state deputy chairman of the Malaysian Sports Council.

“I want to strengthen the youth so they can see the thought processes and can create fair conditions in the country so Malays won’t be prejudiced towards the Chinese and the Chinese won’t be prejudiced against the Malays,” he said.

For all the scholarly impression he gives, Amirudin is well-anchored in the many miseries oppressing the urban youth and elderly who live on the fringes of society.

“I’m concerned about their welfare,” expressed a perturbed Amirudin, after expounding on the everyday infrastructural hardships affecting his constituents, which lowers their quality of life and lead to a series of other problems.

Amirudin may be an idealistic novice politician – the March polls was his first time contesting in the general elections and that at a reluctance too – he is not impractical, nor so lost within academia that he is not aware of the realities in the world beyond books, or the prejudices stacked against him.

“I’m young, only 28 years old. There are still two or three people who are cynical of me. People are not confident in me as ADUN,” he noted wearily.

But, he added, he is fortunate and glad that he has his party’s solid backing, which helps drive him forward. “I still have three to four years to prove to them,” he said, referring to his expected duration as an elected assemblyman.

 


Malaysiakini: Wakil PKR nafi ‘tubuh dua JKKK’

 
 
Seorang wakil rakyat PKR menafikan ingin mewujudkan dua pasukan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), satu ditadbir kerajaan Selangor dan satu lagi dibiayai kerajaan persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari berkata laporan akhbar Sinar Harian hari ini yang memetik kenyataan beliau Isnin lepas itu salah dan mengelirukan

“Bagi kami laporan tersebut tidak tepat dan salah lapor terhadap apa yang cuba dihuraikan oleh Amirudin,” kata jurucakapnya Shaharudin Abu Bakar.

Dalam satu taklimat awal minggu ini, Malaysiakini difahamkan Amirudin cuba menjelaskan senario pentadbiran di Selangor – seperti pernah terjadi di Kedah, Kelantan dan Perak – yang mempunyai dua sistem JKKK apabila kerajaan persekutuan yang dikuasai BN enggan mengiktiraf JKKK yang ditadbir kerajaan negeri.

Shaharudin berkata, keadaan yang bakal terjadi itu berdasarkan kenyataan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berhasrat menyerap ketua-ketua kampung dan JKKK yang tidak dilantik semula ke dalam Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan (JPP) yang diurus tadbir oleh kementerian berkenaan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

“Ucapan Adun Batu Caves pada malam tersebut sebenarnya cuba menjelaskan kemungkinan akan wujud dua JKKK, selepas kerajaan negeri (Selangor) memutuskan pelantikan baru ketua-ketua kampung pada akhir Jun nanti,” katanya.

Shaharudin, yang juga pengarah jawatankuasa pengurusan dan pembangunan DUN tersebut, berkata pihaknya sama sekali tidak bersetuju dengan sistem dua JKKK yang diamalkan oleh BN apabila negeri-negeri dikuasai oleh parti bukan BN.

“Menjadi harapan kami … untuk cuba sedaya-upaya mengelakkan perkara tersebut berlaku kerana akan mewujudkan kekeliruan dan kecelaruan pentadbiran kerajaan negeri mahu pun persekutuan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wartawan itu gagal memahami taklimat Adun tersebut yang mengamalkan dasar pemisahan pentadbiran negeri di peringkat akar umbi dengan pengurusan jentera PKR di Batu Caves.

“Mungkin pelapor (akhbar itu) telah terkeliru terhadap pembentukan dua jawatankuasa – jawatankuasa pengurusan dan pembangunan DUN dan jawatankusa parti dan pilihanraya yang dibentuk oleh Adun Batu Caves, untuk memastikan urusan parti dan khidmat masyarakat tidak bercampur aduk dengan urusan parti politik,” tambah Shaharudin dalam satu kenyataan hari ini.


Penutupan Tempat Pembuangan Sampah Haram Dan SUKMA

 

Alhamdulillah dengan kerjasama rapat pihak pengurusan Dun Batu Caves kendalian Saudara Shaharudin dan Ust Hasbullah bersama agensi-agensi kerajaan seperti MPS, Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Polis dan Jabatan Alam Sekitar, masalah pencemaran dan bau busuk akibat aktiviti pembuangan sampah secara haram di Kampung Sungai Kertas berjaya menemui jalan penyelesaian.

Masalah ini yang telah berlarutan 2 tahun, tidak berjaya diselesaikan sebelum ini, malahan kadangkala seperti dibiarkan sahaja menyebabkan ribuan rakyat menderita termasuk anak-anak di sekolah berdekatan. Seawal menjadi Adun 9 Mac lalu saya sering mengutarakan isu ini dalam perbincangan dengan pihak berwajib  dan sasaran kita untuk tutup, tempat pembuangan sampah terbabit.

2 bulan setelah berusaha, alhamdulillah pihak pejabat tanah 8 Mei lalu bersetuju merampas tanah terbabit. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut akan berkawal 24 jam di semua laluan masuk ke tempat pembuangan sampah haram tersebut selain membuat penghadang bagi mengelakkan masalah terbabit berulang.   

Namun begitu ada cabaran lebih besar iaitu untuk memastikan wujud alternatif dan penyelesaian untuk mengelakkan  pembuangan sampah berlarutan dikawasan lain akibat tiadanya kemudahan yang sesuai untuk tempat pelupusan sampah. Pihak MPS setuju untuk mengemukakan cadangan termasuk mewujudkan stesyen perpindahan sampah yang lebih mesra alam dan cekap.

Ini kemenangan rakyat yang telah sekian lama menderita bau sampah dan pencemaran air yang sangat teruk.

di majlis penyerahan sumbangan dan penghargaan bapa angkat kontigen sukma  ke 12

Disamping itu saya masih sibuk dengan urusan Sukan Malaysia (SUKMA) ke 12, setelah diberikan amanah oleh kerajaan negeri sebagai ketua kontigen SUKMA. Harapan Selangor diatas kertas adalah cerah insyaalah dengan persediaan dan doa yang berterusan Selangor mampu mencatat kejayaan ke 7 berturut turut.     


Kemenangan & Tanggungjawab

Alhamdulillah, akhirnya jam 4.35 pagi hari Ahad Suruhanjaya Pilihanraya, mengsahkan kemenangan saya dan semua calon parti Pas & Keadilan di Gombak. Suasana ceria diawal kehadiran berganti tegang kerana kelambatan pengumuman yang tidak tahu tujuannya. Seperti tidak menerima kenyataan bahawa Gombak dan Selangor sekarang telah dipegang oleh Keadilan, Pas dan DAP.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, wang, doa dan sokongan terhadap kemenangan majoriti 3639 yang tidak dijangkakan. Pastinya harapan masyarakat juga menggunung.

Sampai sekarang saya masih bersama Adun-Adun BA, Selangor berbincang beberapa keutamaan yang harus dijalankan selepas menganggkat sumpah (dijangkakan minggu depan). Kemenangan yang amat memberangsangkan pasti menuntut lebih perhatian dan tanggungjawab atas kemahuan rakyat.

Harapan baru untuk Batu Caves & Selangor, seterusnya tidak lama lagi Malaysia.   


Manifesto Mimpi BN

utama_selamataman1.gif


Kempen N16 Batu Caves

amir-pilihanraya-2.jpg 

Baru dapat masa terluang kerana hari hujan, tapi jadual tetap penuh dengan mesyuarat perancangan kempen pilihanraya. Jadi calon memang bercampur-campur rasanya. Bagi yang mahu terus melihat kempen saya di Batu Caves boleh lawat ke : www.batucaves2008.blogspot.com

Reformasi


Masa Telah Tiba Pilih Perdana Menteri Baru

Parlimen bubar, semua pihak mula bergerak loaju, tarikh pilihanraya telah diumumkan, kempen 13 hari. 

Masanya telah tiba kita menentukan siapakah pimpinan kita untuk 5 tahun kedepan, penipuan dalam pilihanraya? , rakyat harus bangkit menunjukkan undi mereka, penipuan tidak dapat mengnutup sokongan padu rakyat.

Masa telah tiba pilih Perdana Menteri yang baru, yang kompeten, bersih dan diterima setiap rakyat. Blog ini mungkin agak perlahan sepanjang pilihanraya kerana sibuk dengan kerja-kerja pilihanraya, jangan lupa undi untuk turun harga petrol, turun tol, pendidikan percuma.

Undi oposisi, undi untuk Anwar Ibrahim


Paklah Tak Tahu Beza Mana Realiti & Mimpi

xhcas97qticazqs6hmcarf2hzhcawvc98gcaw4uze8cauo54rpca4f81p9casu8tsgca18maovcashaji5caot4jfncae7yb0ocahbd1ggca7zbqb7ca2ws1x2caib3xl4cad9pu07caxwfbd2.jpg 

Telah lama berehat, macam-macam kerja mendesak, akhirnya blog ini sepi, walaupun aktiviti AMK masih giat dibawah, terutamanya latihan pilihanraya yang mencakupi pelbagai ruang dan kerja.

Semalam telah tergegar dalam media bahawa Malaysia dalam carta keenam paling kompetatif dalam perniagaan yang disandarkan pada laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland.

Bunyinya sedap belaka tapi, yang nyata Abdullah telah ditipu oleh penasihat-penasihatnya dengan $menyembunyikan spefikasi yang diberikan kepada kedudukan Malaysia. Inilah sikap kerajaan sebenarnya, sentiasa menyembunyikan fakta sebenar bahawa kita telah semakin tertekan. Sebutkanlah angka – angka tapi yang jelasnya kita rakyat terus menanggung beban kenaikan barang, tol dan minyak. 

Dalam riuh rendah negara kita semakin mewah, namun poket kita kosong, mana duit itu sebenarnya, atas kertas sahaja atau telah masuk poket orang lain tanpa kita sedari.

 Lihat kenyataan Anwar Ibrahim semalam yang menjelaskan tentang kedudukan sebenar Malaysia. boleh juga lihat terus di carta IMD  

——–   

Dakwaan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Malaysia kini di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara adalah satu fakta yang sengaja diputarbelitkan.

Penelitian menyeluruh kepada data yang dikeluarkan mendapati bahawa fakta tersebut adalah betul tetapi hanya di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke atas.

Merujuk kepada Laporan Daya Saing Dunia 2007 seperti yang dipetik oleh Perdana Menteri, hakikatnya Malaysia hanya menduduki tempat ke 23 di dalam dunia. 15 daripada 22 negara yang menduduki tangga lebih tinggi di atas Malaysia pada tahun 2007 mempunyai populasi kurang daripada 20 juta penduduk, manakala 7 daripada 22 negara tersebut melebihi 20 juta penduduk.

Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22, dan pada tahun 1997 di tangga ke-17.

Keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya.

Daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi kita dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, kita sekarang di kedudukan ke 23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Jelasnya, kita memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.

ANWAR IBRAHIM


Hishamuddin: Pemuda Umno Pun Buat Demo

khairy-demo.jpg 

maka telah dikatakan:

“Dalam demontrasi yang kita lakukan semasa Condoleezza Rice datang dulu tujuannya adalah untuk menunjukkan bantahan kita dan ia tidak mendapat bantahan orang ramai atau mana-mana pihak, sebaliknya mereka (rakyat) bersetuju dengan perjuangan kita,”

Inilah kata-kata Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussien dalam laporan mstar.com.my.

Kata-kata ini cuba menjelaskan kepada ramai bahawa demonstrasi juga pernah dilakukan oleh Umno [sekarang], terutama sekisah laporan muka depan akhbar arus perdana tentang rempuhan Khairy pada sekatan polis di KL Convention Centre. Cumanya Khairy tidak ditahan oleh pihak polis, kerana mungkin beliau menantu Abdullah Badawi, Perdana Menteri.

Kenyataan Hisham, juga cuba membuktikan dia tidaklah selembek sebagaimana yang dipercayai ramai, sebab pasukan kelolaannya pernah juga berdemontrasi, justeru menolak hujahnya selama ini, demonstrasi bukan budaya kita. Namun dia juga masih ada ruang lari jika dipersalahkan kerana melanggar tatasusila dan adab “Melayu Umno” kerana berdemonstrasi lalu jadi peluru kepada pembangkang, dengan menuding pada sang hanuman Pemuda Umno.   

Hisham juga mungkin lupa menyebutkan demonstrasi datuknya di Padang Kelab Sulaiman dan sebagainya dalam menuntut kemerdekaan, jadi tidak lah perlu mengaitkan nama Khairy yang tidak berapa betah untuk disebutkannya.

Hishamudin seperti klise pimpinan kerajaan cuba menegak benang basah, terbelit belit lidahnya membangkit hal demonstrasi anjuran Umno dibenarkan, diberi permit dan mendapat kelulusan polis.

Mereka dapat permit manakala Bersih, Hindraf, Anti kenaikan minyak dan banyak lagi sebelum dan selepas ini tidak diberikan permit. Dan jika ditanya balik padanya kenapa tidak beri kami permit, jawapanya ialah “public security” keselamatan umum. Nah kalau faktornya, perjalanan perhimpunan yang aman, maka perhimpunan Bersih adalah perhimpunan aman yang tiada gangguan keganasan, kecuali kegilaan polis di Masjid Jamek.

Malahan hampir semua demonstrasi jadi aman jika polis tidak memulakan tembakan gas pemedih mata dan air kimia.

“Perhimpunan jadi tidak aman bila datang orang dari Bukit Aman”

Makanya  dikira ianya sangatlah bergantung kerana ketua demonstrasi jalanan itu  adalah anak menantu Perdana Menteri, ataupun mungkin secara bawah sedar Hisham menyebutkan kalimat ini :

“tujuannya adalah untuk menunjukkan bantahan kita dan ia tidak mendapat bantahan orang ramai atau mana-mana pihak”

Walaupun beliau cuba melapik, selepas itu dengan kata ” sebaliknya mereka (rakyat) bersetuju dengan perjuangan kita“,  jelas ada masalah dalam logik yang di buat Hishamuddin, tidak disertai ramai pihak – rakyat sokong pula perjuangan mereka.

Kalau tidak ramai datang dengan acara terbabit mendapat kebenaran dan ruang dari polis, maknanya tida sokongan LAH. Ataupun ini lebih lunak bunyinya sponsor masih belum dapat.

Hisham-Hisham tak payah mengarutlah,


Start Enjin Boikot Media

Selepas perhimpunan 100,000 rakyat anjuran Bersih yang aman dan ceria, mula timbul saranan agar usaha memboikot media dijalankan. Hal tersebut berikut laporan media yang telah menjadi gelita akibat kawalan dan arahan pihak-pihak tidak mampu menerima kebenaran. Laporan yang mengelirukan serta pengelapan acara yang begitu penting tersebut telah menjadikan kita terus mengukuhkan kriteria sebagai negara dunia ketiga.

Paling ketara halusinasi Zainudin Maidin yang masih percaya sehingga sekarang perhimpunan tersebut dihadiri oleh 4000 orang sahaja, telah menjadi kepercayaan bersama oleh semua media arus perdana. Media halusinasi seperti ini tidak boleh dibiarkan merebak kepada rakyat kerana menghasilkan satu negara dan bangsa yang halusinasi.  

Selepas itu perhimpunan Hindraf yang baru berlangsung telah dimerengkan oleh media sebagai isu perkauman.

Setelah sekian lama mereka diberi peluang kini tiba masa untuk kita boikot media, terutama 2 yang besar dan menjadi medan kerajaan memintal kepalsuan menjadi mimpi indah. Kumpulan Utusan dan Kumpulan NSTP.

Pagi ini satu pertemuan jawatankuasa sementara (protem) yang berbincang telah memulakan wisel kempen boikot media yang saya percaya akan merebak satu negara.

Ini baru permulaan, baru peringkat ribut akal, jawatankuasa akan terus menemui semua pihak untuk menjelas misi dan objektif kempen.

Boikot Media Pembohong    


Kenyataan Media: Zam Perlu Pencerahan Minda

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius sikap dan perilaku Menteri Penerangan, Zainudin Maidin yang cuba untuk mengawal media agar mengikut telunjuk dan arahanya, telah mencemarkan nama Malaysia di mata dunia sekali lagi.

Tindak tanduk Zam yang telah beberapa kali memberikan amaran kepada media supaya menutup beberapa isu seperti isu ketegangan kaum, krisis kehakiman dan terbaru tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya yang telus dan adil, menyerupai diktator yang sering menutup kebenaran dengan alasan untuk kebaikan dan kemaslahatan umum.

Sedangkan apa yang cuba ditutup adalah lebih bahaya kerana memberikan persepsi salah kepada masyarakat tentang hal yang sebenar berlaku. Malahan sebenarnya Zam mungkin tidak menyedari seluruh dunia telah mendapat laporan yang lebih berimbang dan adil.

Sebagai seorang bekas wartawan jelas Zam tidak hormat dan mencoreng institusi media semata-mata mahu menutup masalah parah negara seperti krisis kehakiman dan krisis sistem demokrasi negara dengan inspirasi pengekalan kuasa politik.

Malahan Zam juga turut dilaporkan cuba mengawal media seperti BBC dan Aljazera kerana memberikan liputan kepada pembangkang.

Tindakan ini bukan sahaja kelihatan bodoh malahan menjadikan Malaysia bahan gelak ketawa dunia kerana mempunyai Menteri Penerangan yang gelap minda.

Zam perlukan pencerahan minda.

Amirudin Shari
Naib Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat


Perhimpunan 100,000: Hakikat lwn Fantasi Umno-BN

anwar-bersih.jpg

Perhimpunan 100,000 berjaya sudah, walau kerajaan cuba berpintal-pintal menafikan kenyataan bahawa rakyat telah berhimpunan secara aman- habis, punah, ranap, hilang dan ranah harapan Zainudin Maidin dan segala impian Umno. Mari kita lihat impian Umno yang berkecai.

Pak Lah: Saya pantang dicabar

Rakyat: Kami juga pantang dicabar

10-nov-1.jpg

—–

Zainudin Maidin: Polis Tidak Bertindak Ganas

Rakyat Kata: Pedihnya Air Asid/ tear gas

10-nov-2.jpg

————-

Media Kawalan BN Kata: 4000 orang berhimpun / perhimpunan gagal

Rakyat : hahahahahah Macam tu punya ramai 4000? tengoklah gambar-gambar di bawah

10-nov-3.jpg

gambar-bersih.gif

 

showthumbphp.gif

gambar-perhimpunan.jpg

 


Himpunan Rakyat Program Halal

Perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh gabungan badan-badan rakyat yang menuntut pilihanraya bebas dan adil (Bersih) telah mula di buruk-burukkan oleh media sebagai punca penyemaian budaya keganasan. Sambil klip-klip perhimpunan diluar negara yang memaparkan orang berdarah, bom asap dan keceraaan fizikal lain, yang dimaksudkan mungkin sebagai “pengajaran” kepada penonton dan pembaca agar menolak budaya tersebut.

Sambil itu diselitkan juga kejadian ceramah di Batu Burok yang mengakibatkan tembakan peluru hidup oleh polis. Juga dituliskan “ini bukan budaya kita” dengan tulisan merah yang hodoh, sebagai amaran kepada audien.  Perhimpunan Agung Umno, juga turut menyerang aktiviti demonstrasi dengan pelbagai istilah, paling popular adalah beruk sebagaimana yang diistilah oleh Khairi Jamaludin.

Perhimpunan memang tidak asing di Malaysia. Malahan setiap tahun kita merayakan dan meraikan pelbagai perhimpunan yang melambangkan pelbagai maksud dan niat.

Sambutan merdeka, perhimpunan anti-Amerika / Israel yang turut pernah dibuat oleh pemuda Umno, khususnya selepas Khairy masuk pergerakan tersebut, perhimpunan parti dan pelbagai lagi yang jika dijumlahkan kita akan kebosanan mengiranya. Dengan itu mengatakan ia bukan budaya kita adalah kata-kata orang yang bodoh dan sering membodohkan orang lain. 

Baiklah mari kita lihat pula maksud perhimpunan 10 November ini. Pilihanraya yang bebas dan adil, ini maksud perhimpunan ini, apakah pimpinan Umno menolak adanya pilihanraya yang bebas dan adil?


Skandal Video Klip Lingam – Fairuz : Kerajaan Masih Cuba Menutup Bangkai

gambar-vk-lingam-eusof-chin.jpg

Gambar VK Lingam, Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim) dan Vincent Tan, dipercayai pada satu percutian pada 1994 di luar negara yang dikhuatiri mempunayai elemen rasuah

Nampaknya sikap kerajaan terus berdolak dalik dalam menyelesaikan dan menanggani skandal video klip kehakiman yang telah didedahkan oleh Dato` Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.  

Tindak-tanduk kerajaan BN ini adalah seperti menutup bangkai yang amat busuk dengan daun pisang. Walaupun fizikalnya sistem kehakiman negara cuba dilihatkan cantik tetapi hanyir kebobrokan sistem kehakiman tersebar diserata tempat , menyebabkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara meluntur.

Malahan dibimbangi bangkai ini telah bertukar menjadi wabak penyakit yang merebak keseluruh negara. Sikap kerajaan dalam menanggani hal ini juga menampakkan keruntuhan moral dan akhlak kepimpinan dengan menggunakan instrumen kerajaan untuk menekan pendedah maklumat.     

Sehingga kini kerajaan masih tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini, sebaliknya menubuhkan panel bebas yang tidak punya kuku untuk berbuat apa-apa.

Sedangkan cukup jelas dalam kes sebelum ini seperti tumbukan Rahim Nor sehingga mencederakan Anwar pada 1998 hanya dapat dibuktikan setelah ditubukan Suruhanjaya Diraja.    

Badan Pencegah Rasuah (BPR) pula bertindak seolah-olah sebagai pencacai penlindung penjenayah dengan mengertak dan mengugut pendedah dan pelapor penyelewengan seperti Anwar, Sivarasa dan Sim Tze Zin.  

BPR sewajarnya bertindak diluar kerangka politik kepartian telah kelihatan seperti alat parti-parti tertentu untuk menutup kes ini dengan menyoal kejujuran Anwar, yang tidak mahu menyerahkan klip asal tersebut. Sedangkan pegawai BPR yang telah mengaturkan pertemuan dengan Anwar untuk mengambil salinan tersebut tidak hadir dan menyatakan ada arahan atasan untuk tidak mengambil klip tersebut.  

Tindakan BPR melalui Ketua Pengarahnya Ahmad Said Hamdan, jelas berbelit-belit dan berputar dengan alasan teknikal. Inilah bahananya BPR yang terus duduk diketiak orang politik dan tidak bebas.  

Kabinet kerajaan terus sepi mengulas isu ini, hanya Nazri Aziz dan Zainuddin Maidin mengeluarkan keyataan penafian yang menjelaskan kebodohan mereka.  

Kerajaan perlu berani mendedahkan kebenaran dan jangan berdolak dalik lagi. Segera tubuhkan Suruhanjaya Diraja, berani kerana benar. Abdullah Badawi.


Mahu lagi mempertahan ISA ?

images.jpg

Kira – Kira jam 12 tengahari, 18 Oktober 2007, di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta maka berkata Datuk Hishamuddin Yunus:

Jabatan Cawangan Khas pasukan polis bukan sahaja perlu bersikap berkecuali tetapi tetapi juga perlu dilihat berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa. Termasuk dalam politik.

“Amalan apa juga jenis penderaan patut ditentang. Perlakuan keji Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, adalah memalukan dan tidak boleh diterima. Beliau memberikan contoh amat buruk kepada beribu anggota di bawah tadbirannya.

“Amalan mendera tahanan oleh polis tidak pernah dan tidak akan disokong oleh mahkamah. Mahkamah perlu menunjukkan kebenciannya terhadap perbuatan itu,”

Ini sebahagian kata-kata hakim tersebut sewaktu membenarkan saman Abdul Malek Husin kepada ASP Borhan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia. RM 2.5 juta diberikan sebagai ganti rugi.

Keputusan ini menyediakan satu lagi titik penting untuk meneruskan usaha menghapuskan undang-undang tidak bertamadun ISA. Keputusan ini juga membuktikan kebimbangan dan kecurigaan ramai pihak ISA hanya sebagai senjata politik kerajaan mempertahan kuasa. Bukan untuk keselamatan negara.

Tapi bagi mereka yang telah bebal sebagaimana Zam, mereka akan tutup telingga dan rela menutup kebenaran. Bagi mereka yang penting kuasa harus terus ditangan mereka.

Bagai kisah video CJ Gate (VK Linggam),  inikan satu bukti yang terang buat mereka bagaimana mahkamah, kehakiman telah ditunggang oleh manusia yang rakus. Tapi jelasnya mereka terus melelong kesana-kemari, begitulah juga halnya dalam pembuktian kes mahkamah ini.

Sudahlah jangan berdolak dalik lagi…ISA memang kejam dan perlu dihapuskan la baghal.


Tayangan Perdana Aidilfitri 2007

poster_pru_filem.jpg

Salam lebaran, seperti biasa Aidilfitri akan dipenuhkan dengan tayangan filem-filem yang box office dan disukai ramai. Tapi filem ini cukup jadi perbualan tapi tiadak mendapat tempat dipawagam. Cukup lama filem ini berlangsung, 9 tahun tidak selesai-selesai dan ianya tidak dapat diselesaikan selagi memberi kuasa pada Umno-BN.

Kisah tulang-belulang negara yang dimamah dan digigit rakus..

  a_taknak_bn000.jpg

poster filem-filem lain boleh dapatkan disini


Gegar Permatang Pauh & Cherok To`Kun

gambar-amk.jpg

Pada 29hb September 2007 yang lepas Angkatan Muda Keadilan Zon Utara telahpun melancarkan Jentera Pilihanraya Umum AMK secara rasmi. AMK Zon Utara yang merangkumi AMK Negeri Perlis, AMK Negeri Kedah, AMK Negeri Perak dan AMK Negeri Pulau Pinang, telahpun melaksanakan program pelancaran jentera ini di Galeri Pejuang, Cherok To’kun Pulau Pinang.

Signifikan pelancaran ini di Pulau Mutiara adalah bersesuaian dengan kondisi politik Pulau Pinang yang semakin hari semakin memihak kepada KeADILan dan pembangkang amnya. Pulau Pinang yang merupakan salah sebuah negeri tumpuan KeADILan juga adalah negeri dimana terletaknya kerusi Parlimen tunggal yang dimenangi KeADILan dalam PRU 2004 lepas iaitu Parlimen Permatang Pauh dimenangi oleh Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Program sempena pelancaran jentera ini diisi dengan pelbagai pengisian termasuklah program edaran risalah yang diedarkan ke beberapa tapak Bazar Ramadhan di sekitar Bukit Mertajam dan Permatang Pauh. Edaran yang dilakukan di kawasan Pasar Ramadhan Seberang Jaya, Taman Pauh, Alma, Perda dan Kubang Semang. Pasar Malam Kota Permai dan Permatang Pauh itu antara lain menyaksikan pengedaran risalah Agenda Ekonomi Malaysia, risalah berkala AMK Suara Anak Muda dan juga terbitan berkala KeADILan Pulau Pinang, Mutiara Keadilan. Sokongan yang ditunjukkan masyarakat melalui penerimaan positif risalah-risalah tersebut adalah amat diluar jangkaan.

Kekuatan ahli AMK yang bergerak mengedarkan risalah dianggarkan 200 orang merangkumi Exco Pusat dan gerak kerja jentera PRU AMK Zon Utara.

Bertempat di Masjid Cherok To’ Kun, gerak kerja AMK telah mengadakan aktibiti berbuka puasa bersama masyarakat setempat, Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih berjamaah bersama masyarakat setempat.

Program diteruskan pada jam 10 malam bertempat di Galeri Pejuang yang dianggarkan berjaya menarik 1000 pengunjung. Pengisian program merangkumi Pentas Angkatan Muda yang menampilkan tokoh-tokoh di dalam AMK menyampaikan ceramah umum menjelaskan perkara dan isu-isu setempat kepada rakyat.

Antara yang turut berceramah adalah S. Kesavan (pen s/u amk pusat), Anuar Zakaria (ketua amk perak), Saiful Izham Ramli (ketua amk kedah), Dr. Azhar Ahmad (ketua amk penang), Nik Nazmi (exco amk pusat), Tan Seng Toh (naib ketua amk pusat), Amirudin Shari (naib ketua amk pusat), Fariz Musa (timb ketua amk pusat) dan Shamsul Iskandar (Ketua amk pusat).

Program Pentas Angkatan Muda diakhiri dengan perasmian dan amanat yang disampaikan oleh Datin Seri Dr Wan Azizah. Beliau di dalam ucapannya merakamkan setinggi penghargaan kepada AMK Zon Utara atas gerak kerja yang konsisten dan beliau menyatakan kesungguhan beliau betapa sinar KeADILan di Pulau Mutiara dan Zon Utara seluruhnya begitu memancar.

Program pelancaran diteruskan dengan bacaan Ikrar oleh AMK Zon Utara diketuai oleh Sdr Azman Nasrudin (Timb ketua amk kedah), disusuli dengan upacara simbolik perasmian Jentera dibuat oleh Datin Seri Presiden.

Program malam itu diakhiri dengan tayangan video konspirasi perlantikan hakim yang didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lepas yang mencetuskan pelbagai kontroversi dan mengundang kekeliruan dan kemarahan rakyat.

Pendedahan melalui tayangan video itu,meskipun menjangkau jam 12 tengah malam, ditunggu dengan penuh khusyuk oleh para pengunjung yang ingin mengetahui sendiri apakah sebenarnya yang terkandung di dalam video tersebut.

Jelas, perlaksanaan program ini berjaya menepati sasaran dan menampakkan sinar gemilang KeADILan di Zon Utara. Tahniah buat AMK Zon Utara!


AMK Gempur Sabah

Hujung minggu lepas (22-24/ september) Angkatan Muda keadilan mengempur negeri Sabah terutama wilayah tengah. Ketua AMK, Shamsul Iskandar, Timbalan Ketua Faris Musa , Ketua Penerangan Lau Teck Hai dan saya bersama-sama AMK Sabah mengiatkan kempen dan kesedaran kepada masyarakat di Sabah.

22/ 09

Dialog bersama AMK Sabah

23 /09

– Pagi- Shamsul Iskandar. Salahudin Ayub & Lau teck Hai mengetuai Sebaran risalah di Bandar Kota Kinabalu, 800 rislah Agenda Ekonomi Malaysia bersama 3000 risalah BA negeri habis diedar dalam masa kuran 1 jam bersama-sama lebih kuran 100 jentera

– Tengahari -Shamsul dan Lau ke Pulau Penyu & Mengatal untuk ceramah kelompok yang dihadiri kira-kira 200 orang masyarakat setempat.

– Malam – Shamsul, Salahudin Ayub dan Lau berceramah di Tuaran yang dianggarkan kehadiran sebanyak 1000 orang.

Sementara itu Saya di tanggungjwabkan ke Keningau untuk berceramah di Kampung Biah Ansip yang terletak di Dun Sook. Saya berceramah bersama Naib Presiden Keadilan, Dr Jefrey Kitinggan dengan dihadiri kira-kira 130 penduduk Kampung. Kawasan tersebut yang didiami masyarakat murut kelihatan begitu mundur. Pelbagai perkara yang di bangkitkan mereka terutama masalah kemudahan asas seperti air dan jalan yang masih tidak sempurna. Dibangkitkan juga masalah tanah adat yang menjadi masalah utama di Sabah dan Sarawak. Penduduk yang telah mengusahakan tanah terbabit berkurun-kurun dan memohon selama puluhan tahun masih tidak mendapat hak milik kekal. Dan banyak terjadi syarikat yang besar datang lalu dengan mudah diberikan hak mengusahakan tanah terbabit. Inilah hasil yang diperolehi oleh mereka selama ini mengundi BN.

Mood mereka lebih memihak Keadilan sekarang, terutama kerja keras jentera pilihanraya keadilan yang berterusan mengadakan ceramah dan kesedaran di DUN berkenaan.

Saya mengambil kesempatan untuk menghurai sedikit tentang Agenda Ekonomi Malaysia dan peristiwa Batu Burok. Mereka sungguh terkejut dengan kisah mereka yang cedera ditembak dan kronologi sebenar kes terbabit. Ternyata propaganda RTM yang menggelapkan telah menyebabkan rakyat kebingungan.

Sementara itu Faris Musa ke Sandakan untuk bertemu pengundi dan berceramah serta berdialog dengan mereka.

24/09

Kami bersama AMK Sabah menghantar memorandum ke Badan Pencegah Rasuah (BPR), berkenaan kes laporan Audit yang melibatkan bayaran berlebihan dan tidak mengikut prosedur dalam pembinaansebuah dewan oleh Majlis Daerah Kota Belut, sehingga kerajaan terpaksa membelanja hampir RM 1 juta untuk membayar perundin.

Tidak ketinggalan kami membangkitkan kes video VK Linggam yang telah begitu merisaukan Umno-BN. Kami disambut baik oleh Pengarah BPR Negeri, Puan Latifah dan sempat bertukar-tukar fikiran bagaimana meningkatkan keupayaan masyarakat membenteras rasuah.

Selepas itu kami ke Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri menyerahkan memorandum Bersih terutama melibatkan 3 tuntutan jangka pendek-

1. Pemurnian daftar pemilih

2. Penggunaan dakwat kekal

3. Penghapusan undi pos

3 hari yang cukup padat buat kami dan lepas Raya insyallah kita akan kembali ke Sabah mengempur wilyah Timur pula. .


Gegaran Ramadhan

Ramadhan tahun ini bermula dengan gegaran. 1 Ramadhan di negara jiran Indonesia berlaku gegaran gempa bumi sekuat 8.4 skala ricther, beberapa kawasan di Malaysia turut merasai gempa tersebut.   

Politik Malaysia turut bergegar malahan sebelum Ramadhan lagi. Bermula dengan peristiwa berdarah Batu Burok, di mana dua orang cedera ditembak peluru hidup dan adegan bakar bendera, peristiwa ini telah mengemparkan semua pihak. RTM dan media milik pemerintah telah memutar belit keadaan lalu cuba membingkai barisan oposisi sebagai punca masalah Batu Burok. Media yang sewajarnya jadi agen pembuka kebenaran telah digelapkan oleh serakah nafsu kekuasaan. Berita peluru hidup yang digunakan oleh pihak polis, sumber gambar orang bakar bendera dan pendedahan Mustapha Ali bahawa setiausaha Pak Lah, Wan Farid terlibat merancang peristiwa Batu Burok, telah digelapkan, dihilangkan oleh orang yang hilang akhlak dan etika, walau sering mengaku wartawan sejati.

Tidak cukup dengan itu laporan Audit Negara telah membuka pekung ketidak cekapan pemerintah. Dari pembelian bahan-bahan latihan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan harga yang melampau tinggii hinggalah pembelian kapal peronda Marin yang bernilai jutaan ringgit. Desakan masyarakat dan kebingunggan mereka tidak terjawap dan mungkin dilupakan oleh masa. Laporan dan desakan – desakan ini hanya akan didiamkan sebagaimana yang lepas-lepas.

Minggu ini ada lagi gegaran, Institusi yang sewajarnya menjadi benteng akhir keadilan, badan perundangan dan kehakiman, cedera teruk kreadibilitinya. Anwar Ibrahim, ketua umum Parti keadilan mendedahkan, rakaman video peguam senior, Vk Linggam yang dikatakan menghubunggi Ketua Hakim sekarang, Fairuz dalam hal penentuan kes mahkamah. Ini satu kes serius, kes-kes kehakiman dan keadilan tidak ditentukan berdasarkan lunas-lunas fakta dan keterangan sebaliknya penentuan siapa punya kuasa law of the jungle,  ikuti rakaman yang telah diperhati seluruh dunia, Video Yang Mendedahkan Korupsi Tun Ahmad Fairuz (CJ Gate). Seperti cerita-cerita kontroversi lain akhbar berbahasa melayu masih lagi tidak melaporkan berita sebesar ini lihat komen teman di kedah, yang saya 120% setuju ( akhbar melayu memariahkan dan kehaprakan akhbar melayu).  

Semalam juga pendedahan DNA menunjukkan mayat kanak-kanak yang dibunuh dan didera secara seksual adalah adik Nurin Jazlin, kanak-kanak yang hilang sebulan lalu, keluarga belum mahu menerima. Kes ini memang menyayat hati semua namun isu yang harus kita fikirkan hal keselamatan dalam negara yang meruncing. 

Melihat jumlah anggota polis dan peruntukan belanjawan yang tinggi untuk pasukan keselamatan, hal keselamatan sewajarnya bukan menjadi isu.  Apakah polis kita banyak memantau ceramah dan menghalang ceramah pembangkang dari memburu penjenayah yang membunuh, merogol dan mencederakan orang awam? 


Siapa Lemas ? Shabeery

ombak.jpg 

Maka berkata seorang yang telah melompat 3 parti, pembangkang berada dalam keadaan kelemasan, lalu membuat ‘rusuhan’.

Batu Burok, telah menjadi saksi, siapakah yang sebenarnya kelemasan dalam asakan bertubi dan pelbagai penjuru yang dibuat oleh pembangkang ke atas kreadibiliti kerajaan ‘tidur’ Pak Lah.

Sebab itu mereka mula mengambil tindakan demi tindakan untuk menghalang, wujudnya penganti kepada kerajaan lembek dan tidak berdaya saing ini. 

Serangan berjurus – jurus yang timbul (Altantunya, 500 juta Sukhoi, Tansmile, Maika, pemutar skru paling mahal di dunia, dendedahan chauvanistik Umno, gaji minima hingga soal makro ekonomi;penduduk Malaysia lebih miskin 5 x ganda dari  rakyat Singapura) telah mengugah pengundi bangsa tionghua untuk mereng kepada pembangkang pada keadaan sekarang, mungkin hingga pilihanraya umum nanti.

Dengan undi melayu yang masih terbelah 2 dan pengundi bangsa Cina yang bertukar angin,  Umno-BN yang patut gelabah dan gentar.

Atas alasan itu ada yang percaya, undi Cina hanya boleh ditenteramkan dengan menimbulkan ketakutan kepada mereka. Majoriti masyarakat Cina terlibat dengan perniagaan, mereka mahukan keadaan stabil untuk terus hidup, tidak ketinggalan asakan Umno yang sering mengungkit-ungkit 13 Mei.

Modal 13 Mei mulai runtun, mereka perlu membuat helah baru, apalagi jika tidak gunakan kisah kebangkitan rakyat 1998, dengan harapan Cina bimbang kekalutan timbul maka mereka terus undi BN.

Umno dan BN teruskanlah, semakin kamu buka kisah 98, banyak lagi kisah tertutup dalam peristiwa itu terbuka. Hanyir busuk kereputan dan nanah pemerintahan BN telah tidak dapat dihadang bau pandan lagi.

Arus maklumat kepada rakyat akan terus mengalir, AMK akan menyebar risalah pada Ramadhan nanti. Bermula di Permatang Pauh (29/09) hingga ke Sabah dan Sarawak. Kebenaran ibarat air yang mengalir ! Shabeery.


Janji Keadilan Dengan Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 September : KeADILan melancarkan dokumen “Perjanjian KeADILan untuk Rakyat Malaysia” di lobi Parlimen , semalam.

Dokumen tersebut dilancarkan oleh Presiden KeADILan, Wan Azizah Ismail pada jam 11.30 pagi.

Turut bersama beliau semasa pelancaran tersebut ialah Setiausaha Agung KeADILan, Abdul Khalid Ibrahim dan Bendahari Agung, William Leong.

Wan Azizah memberitahu bahawa dokumen itu merupakan satu rujukan bagi bajet kewangan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

“Malaysia memerlukan suatu pendekatan baru bagi memastikan rakyat menikmati pembahagian kekayaan dengan adil,” katanya.

Menurutnya, walaupun setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan tetapi hakikatnya daya saing ekonomi negara semakin menurun berbanding negara yang setaraf dengan Malaysia seperti Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

“Kita tidak seharusnya membandingkan dengan negara yang lebih miskin daripada negara kita, sebaliknya perlunya perbandingan negara yang setaraf dengan kita,” jelasnya.

Sementara itu, Abdul Khalid menegaskan bahawa tindakan afirmatif mesti berasaskan keperluan bukan warna kulit dan bantuan perlu ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Agenda Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum KeADILan, akan mewujudkan pendapatan setiap lapisan masyarakat menjadi lebih baik,” katanya.

Beliau memberitahu agenda ini merupakan satu usaha untuk merakyatkan ekonomi.

“Matlamat akhir adalah untuk mewujudkan kelas menengah yang lebih besar dengan mengecilkan kelas atasan dan rendah” jelasnya.

Menurutnya lagi, Agenda Ekonomi Baru ini juga adalah satu usaha menjadikan pengagihan kekayaan negara dilakukan secara adil.

“Apa yang berlaku dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah ketidak samarataan pengagihan kekayaan negara,

sebagai contoh Terengganu dan Sabah kekal antara negeri paling mundur sekalipun mempunyai hasil petroleum,” ujarnya.

Abdul Khalid menegaskan bahawa DEB tidak menghapuskan kemiskinan di mana data peratus rakyat miskin berkurangan sebahagian besarnya disebabkan garis kemiskinan diturunkan.

“Perpaduan juga tidak mungkin dapat diwujudkan melalui pendekatan ekonomi yang menindas satu segmen masyarakat,” tambahnya.

Beliau turut menafikan yang agenda ini merugikan orang melayu kerana rakyat Kelas Menengah dan berpendapatan rendah akan mendapat manfaat sebenar pembangunan dan kekayaan negara tanpa mengira kaum.

“Yang akan rugi hanya kelas atasan Melayu yang memperalatkan status Melayu untuk meraih keuntungan peribadi dan disebabkan perkara inilah golongan elit politik tersebut yang paling kuat menentang usaha ini,” jelasnya.

Willian pula menegaskan bahawa penswastaan juga menyumbang kepada berlakunya jurang kemiskinan yang tinggi dalam masyarakat.

“Kegagalan penswastaan ini diakui sendiri kegagalannya oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa melalui perjanjian ini pendidikan menyeluruh dan peluang untuk semua akan diperkenalkan.

Di akhir pelancaran dokumen tersebut Wan Azizah berharap rakyat Malaysia akan menerima konsep Agenda Ekonomi Baru ini supaya faedah dan kekayaan negara dapat dinikmati semua.

Katanya, dasar tersebut akan digunapakai jika KeADILan diberi kepercayaan dan peluang untuk menerajui kepimpinan negara dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut ialah Naib Presiden KeADILan Sivarasa Rasiah, Timbalan Setiausaha Agung KeADILan Abdul Halim Mohd Yusof, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Naib Ketua AMK Amiruddin Shari


Lagu Namewee Hina Islam?

namewee-negarakuku.jpg

Kenyataan yang saya keluarkan dua minggu lalu menimbulkan bermacam reaksi. Isu lagu rap Namewee yang berlatarkan lagu kebangsaan juga masih panas dibicarakan. Hari ini dan samalam akhbar utusan dalam ruangan forum/surat pembacanya menyiarkan banyak sekali pandangan melalui surat yang amarah dan seolah-olah adanya pengolahan persetujuan agar Namewee diambil tindakan.

Malam semalam juga di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, saya, Khalid Jaafar, Amin Idris dan Hishamudin Rais terlibat dalam forum anjuran Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat membincangkan hal ini, malam sebelum itu DAP turut membincangkan hal yang sama.

Namewee sedikit sebanyak telah mencetuskan sesuatu, cumanya reaksi dan maklum balas yang dibuat oleh pimpinan politik dan masyarakat, menunjukkan ramai dari kita tidak mahu dan malas untuk berfikir secara waras. Semuanya menunggu guru atau master bicara dan yang lain akan mengekor atau membuntut kata tuan-tuan besar ini. dengan ketutupan media hal ini pasti membenihkan suatu yang tidak matang kerana diskusi dan perbincangan jadi sehala.

Secara mudah ada 4 Mazhab reaksi terhadap lagu Namewee

1. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina lambang negara (lagu kebangsaan)

2. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina agama

3. Jangan ambil tindakan, kerana lambang negara yang di gubah semula oleh Namewee adalah juga satu gubah suai dari mamula moon. Perbincangan mazhab ini akan membenihkan idea kita perlu membiana unsur negara yang baru atau tidak perlu langsung.

4. Jangan ambil tindakan, kerana keresahan Namewee dalam sebahagian isu yang dibangkitkan ada kewajarannya. sebagai warga Namewee berhak bertanyakan haknya untuk dilayan sama oleh negara dan kerajaan.

Dalam forum semalam lagu Namewee telah menimbulkan perbahasan ideologi tentang pembentukan negara. Hisham atau Sham sebagaimana kepercayaanya yang tercatat dalam tulisan-tulisanya menganut faham ke – 3. Ini menimbukan perdebatan dengan Khalid yang beranggapan kita tidak lagi perlu membina lambang yang baru, sebaliknya yang perlu ialah membina semula faham dan makna lamabang dan elemen terbabit.

Bagi saya yang paling mendesak untuk diubati ialah keresahan Namewee. Soal keadilan pemerintah melayan dia sebagai warga, soal polis dan penjawat awam yang tidak efisyen inilah perkara pokok yang harus diselesaikan.

Lagu Namewee adalah satu lagu patriotik, ia cintakan tanahair tapi kalau ikut bahasa Khalid jaafar, cinta namewee pada negara tidak berbalas, bertepuk sebelah tangan. Ini bukan hanya pada Namewee sahaja tepi juga pada teman-teman generasinya yang sebangsa.

Namun dari reaksi beberapa teman terhadap pandangan kenyataan saya sebelum ini, pendangan ke-2, Namewee patut dihukum kerana beliau telah menghina Islam terutamanya bab azan begitu tebal dalam masyarakat Islam.

tiada penjelasan yang lebih baik dari kata-kata Rastom dibawah:

Saya kira ramai yang marah kerana ada kaitannya dengan agama Islam di mana disebutkan hal azan yang sumbang. Tidak ramai yang ambil kisah perihal sumbang atau tidak azan kecuali orang itu tahu mengenai pitching atau tabaqqoh suara. Kerana telinga Namewee adalah telingan seorang pemuzik, maka sumbangnya suara yang diperkuatkan dengan amplifier itu menyentuh jiwa seni.

Teguran ini elok diambil peduli oleh semua petugas mesjid supaya hanya yang benar benar boleh mengumandangkan azan sahaja yang menjadi bilal. Jika tidak boleh berlagu eloksaja azan secara latar, straightforward tanpa dilagukan. Yang penging kalimat azan bukan lagu. Cuba bayangkan orang yang tidak tahu menyannyi mengumandangkan suaranya di mikrofon.


Bila Sistem Pembesar Suara Di Berkas

Ini mungkin cerita lucu dan kelakar. Tapi hidup ini bulat, maksudnya macam-macam. Mungkin lucu dan mengelikan hati bagi sesetengah orang memberikan perasaan lain yang berlawanan pada sesetangah yang lain.

Sesudah berjayanya program ceramah besar BA di Gombak, Selangor. Ada cerita luar akal biasa memikirkannya. Kita gembira dengan program itu, orang Umno agaknya pasti risau dan kacau. Mungkin mereka lah yang membuat laporan kepada pihak berkuasa, untuk menghalang program tersebut berjalan lancar.

Ini ceritanya, sesudah program sewaktu kerja pengemasan dilakukan, tiba-tiba kira-kira lebih 40 orang anggota polis beruniform dan berpakaian biasa mengepung padang ceramah. Mereka mahu menahan alat PA sistem yang digunakan oleh pihak BA pada malam itu. Saya, Hasmi dan beberapa teman AMK Gombak cepat menyerbu ke padang untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

Tidak lama kemudian YDP Pas Gombak Dr Hatta Ramli dan Ketua AMK Shamsul Iskandar sampai bertanyakan kepada pihak polis mengapa tindakan ini diambil. Perundingan berjalan, pihak polis nampak tidak mahu melayan dan asyik mengulang beberapa kalimat, kami hanya menerima arahan, kami hanya ingin memuaskan hati semua orang.

Mereka berjanji tidak mahu menahan pekerja, hanya mahu menanda (marking) setiapa alat untuk bahan bukti. Gila agaknya alat tersebut yang lebih 2 tan beratnya mahu dibuka dan semak. Akhirnya setelah Azmin sampai persetujuan dicapai untuk alat-alat itu dibawa ke balai polis dan sampai tengahari Ahad mereka akan lepaskan.

Ini kerja bodoh dan gila. Mungkin melucukan dan kelakar untuk pihak awam menilai anggota keselamatan, tapi bagi yang terkena memang sedih dan meletihkan. Bayangkan ketika itu ada kes jenayah disekitar, sewaktu polis sibuk ingin memberkas PA sistem, siapa lagi nak disalahkan? Orang Indonesia atau budak tidak bermoral.

Entahlah.


Dari Malaysiakini

Lihat Negarakuku Secara Objektif  (Dari Sidang Media Mingguan Parti Keadilan)

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa agar kontroversi lagu Negaraku yang membabitkan seorang pelajar dari Johor yang kini sedang menuntut di Taiwan, dilihat dari konteks keseluruhannya, daripada terus menyerang dan melabelkan anak muda tersebut sebagai seorang pengkhianat dan musuh negara.Naib Ketua AMK, Amiruddin Shari berkata, AMK melihatnya secara objektif apa yang dilakukan oleh pelajar yang dikenali sebagai Namewee itu “sambil tidak menafikan wujudnya unsur-unsur keterlaluan dan tidak wajar, khususnya penggunaan kata-kata kesat dan kasar”. “Namun begitu, beberapa perkara yang timbul dari bait-bait lirik lagunya itu adalah tanda bahawa anak muda Malaysia mengharapkan sesuatu yang lebih rata dan adil dalam dasar negara,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Tambahnya, sejarah membuktikan bahawa kritikan-kritikan seumpama itu akan sentiasa wujud dalam pemerintahan yang bersikap keras dan mencengkam kebebasan.”Kecurigaan terhadap pasukan polis adalah perkara lumrah di kalangan rakyat Malaysia dan hal ini telah berlarutan semenjak 1998 lagi. “Oleh itu, (penubuhan) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) adalah sangat mendesak untuk dilaksanakan bagi memulihkan kredibiliti pasukan terbabit,” tambahnya.Dialog antara agama

Dalam hal agama pula, katanya, ia menjelaskan kebimbangan AMK selama ini bahawa kegelisahan agama telah berakar jauh dalam masyarakat dan perlunya dialog dan kefahaman antara agama diterapkan dalam masyarakat.
“Kesimpulannya, kami menyeru agar anak muda ini tidak diambil tindakan, sebaliknya kerajaan dan masyarakat harus dengan segera membetulkan kegelisaan Namewee dan generasinya,” tambah Amiruddin. Beliau juga menggesa Namewee menyertai AMK bagi menyediakan platform untuk dia menyuarakan keprihatinannya itu.

Selain itu, kata Amirudin, AMK Batu Gajah juga akan menawarkan bantuan guaman kepada Namewee sekiranya dia berdepan dengan masalah dengan pihak berkuasa apabila pulang nanti. Sementara itu, Bendahari PKR, William Leong yang hadir sama dalam sidang akhbar tersebut berkata, Namewee tidak mengubah lirik lagu Negaraku, tetapi hanya muzik latarbelakangnya sah.