Kenyataan Media : Keputusan Saman Anwar lwn NSTP : Hentikan Fitnah Agen
Kenyataan Media 30 November 2009
Keputusan Saman Anwar lwn NSTP : Hentikan Fitnah AgenYahudi
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambu baik keputusan hakim mahkamah pada 25 November lalu, mengarahkan NSTP membayar 100 ribu gantirugi dan 20 ribu kos kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim atas artikel mereka yang menuduh Anwar ada hubungan dengan agen dan pelobi Yahudi di Amerika. Keputusan ini membuktikan dakwaan dan tohmahan yang kerap kali digunakan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah fitnah dan tidak mempunyai asas yang kukuh. Setiap kali pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum bahan kempen gelap dan propaganda dipercayai milik Umno-BN sering menggunakan elelmen kononnya Anwar dan Parti Keadilan Rakyat mempunyai hubungan rapat dengan agen Yahudi dan Amerika ditaburkan dikhalayak umum. Adalah juga dimaklumkan bahan propaganda ini digunakan oleh Biro Tata Negara (BTN) untuk meracuni pemikiran peserta kursus mereka.
Oleh itu kami menggesa setiap pihak menghormati keputusan mahkamah dengan menghentikan fitnah dan tohmahan palsu tersebut termasuk tuduhan Anwar menyimpan 3 billion yang mana dapat dibersihkan melalui kenyataan saksi bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR sekarang SPRM) dalam prosiding kes terbabit yang menyebutkan siasatan BPR menunjukkan tuduhan tersebut tidak betul. Justeru kami menggesa pihak yang lantang menuduh Anwar khususnya Khairi Jamaludin, Ketua Pemuda Umno meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya sebelum ini.
Kami juga ingin mencabar Tun Dr Mahahthir agar membersihkan dakwaan terhadap dirinya yang menggunakan jutaan ringgit Malaysia menggunakan Jack Abrahamov seorang pelobi Yahudi Amerika sewaktu ingin bertemu Presiden Bush dengan menafikan dan menyaman pihak media luar yang mengetengahkan hal terbabit.
Amirudin Shari
Naib Ketua Amk
MPP PKR
Solat Sunat Al Khusuf di Masjid Negara/Masjid Taman TAR/Masjid Al Falah
Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa
Bertempat Perkarangan Masjid Negara
Tarikh 1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat-Malam Tahun Baru 2010)
1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi
Aturcara Program adalah seperti berikut :
Pencerapan Gerhana Bulan Separa
Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
Pameran Bulan
Solat Sunat Gerhana Bulan
Khutbah Khas Gerhana Bulan
Pertandingan Kuiz
Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN DI MASJID TAMAN TAR
http://wp.me/piAx4-11V
PROGRAM DI MASJID AL FALAH :
http://wp.me/piAx4-11T
Disember 31, 2009 at 11