Kegagalan Tangunggjawab Bukan Isu Pribadi
Tahun ini hari pertama Ramadhan saya di Permatang Pasir. Awal pagi kira-kira jam 2 pagi saya bersama sahabat sampai di Pulau Pinang. Badan agak kurang enak dan terus tidur sebelum jam 5.30pagi bangun untuk sahur. Petang tadi bersama ratusan lain berbuka puasa di Masjid Al Falah, Permatang Pasir disamping program Yayasan Aman.
Suasana kempen agak perlahan, namun dirasakan Pakatan Rakyat masih boleh mengulanggi keputusan cemerlang sebelum ini. Reputasi calon BN merudum teruk, BN menuduh ianya adalah mainan politik pribadi. Awal-awal lagi sebenarnya BN dan Umno cuba untuk mengelak. Rohaizat calon BN telah membangkit bahawa dirinya akan diserang secara pribadi. Dan beberapa hari kempen tamparan sampai dengan kes pengantunggan lesen beliau selaku peguam akibat salah laku etika.
BN menjerit inilah taktik pembangkang guna kaedah pembunuhan karakter dan tidak bicara soal dasar perjuangan. Agak lucu mendengar rungutan mereka kerana masih belum hilang ingatan bagaimana serangan yang benar-benar pribadi yang direka-reka oleh BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh setahun lalu.
Namun isu pecah amanah yang dipertanggungjawabkan selaku peguam bukan isu pribadi. Ini bukan soal beliau gemar kentut di depan awam tetapi rekodnya yang buruk kerana menggunakan wang diamanahkan kepada beliau dan firmanya.
Jawatan wakil rakyat adalah suatu profesion dan perlu memikul amanah yang jauh lebih besar. Dari hal sekecil longkang tersumbat hinggalah hal polisi yang perlu dibahas. Bukan kecil tanggungjawab wakil rakyat dan adakah rakyat Permatang Pasir akan beri tugas berat ini pada mereka yang telah memecah amanah sehingga lesen guamannya digantung.
Dan apakah BN menganggap pecah amanah itu sama maqamnya dengan kentut di depan awam, atau gemar mengorek hidung di awal pagi. Ataupun memang tidak salah pecah amanah dalam kamus hidup BN. fikirlah Permatang Pasir
Tinggalkan Jawapan