Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Kenyataan Media : Kelam Kabut Di Kuala Lumpur Angkara BN Halang Hak Rakyat

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengutuk keras laporan dan pandangan pimpinan Umno-BN yang melabelkan perhimpunan anti-ISA yang dihadiri lebih 20000 rakyat sebagai perhimpunan yang ganas dan menyebabkan ramai pihak menghadapi kesusahan akibat kesesakkan lalulintas.

Bagi kami pandangan tersebut hanyalah untuk menutup tuntutan rakyat agar akta drakonian seperti ISA yang menghalalkan tahan tanpa bicara dihapuskan dari terus menghantui rakyat.

Kesesakkan sememangnya diciptakan oleh pihak kerajaan BN melalui sekatan lalulintas yang telah bermula 31 Julai lagi. Kesesakkan dibeberapa pintu masuk Kuala Lumpur telah menyebabkan ribuan manusia terganggu. Malahan pihak polis jugalah yang menutup beberapa laluan pada 1 Ogos, sejak awal pagi lagi.

Manakala penutupan gerai dan kedai sekitar Kuala Lumpur pula adalah akibat polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata dan serta semburan air asid pada rakyat yang berkumpul.

Sedangkan pada pemerhatian kami sebelum polis bertindak menyurai dan menghalau orang berkumpul, rakyat yang dapat ke kawasan Kuala Lumpur termasuk rakyat yang ingin ke Istana menikmati makanan digerai-gerai dan restoran serta berkunjung ke kedai untuk membeli belah.

Pada kami keadaan kecoh adalah akibat sikap kerajaan BN yang tidak mahu melunaskan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyampaikan suara mereka. Penganjur awal-awal lagi difahamkan telah diberikan amaran oleh Menteri dan pihak berkuasa tidak memberikan kebenaran berhimpun pada tarikh yang dirancangkan.

Justeru pandangan bahawa kumpulan rakyat yang berhasrat menyampaikan sesuatu kepada Duli Maha Mulia Yang Dipertuan Agong sebagai punca berlaku kesesakan lalu lintas dan menyebabkan kerugian adalah tidak tepat dan cuba menutup sikap tidak menghormati perlembagaan persekutuan pimpinan BN yang semakin gusar dengan kemahuan perubahan rakyat. Ribuan rakyat yang berhimpun terutamanya anak muda menjadi saksi mata bagaimana pihak polis atas arahan BN telah menjadikan 1 Ogos lalu Kuala Lumpur menjadi medan rakyat dibelasah dan dinafikan hak mereka.

Amirudin Shari

Naib Ketua
Angkatan Muda Keadilan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s