Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Ironi BN

Maka segenap jentera BN melaung kebanggaan 100 hari Najib dengan 11 pengumumannya. Dikuti dengan serangan jahat dan fitnah berterusan kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Mereka tambah mendada dengan kekalahan 65 undi (tak setara mana dengan wang yang terbang) ditangan Pas dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai.

Belum sempat pun mereka menambah serangan tiba-tiba akibat kerakusan arahan kabur mereka pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin, suadara Teoh jatuh dari banguanan. Mendiang meninggal dunia dalam jeda beberapa jam sahaja sebelum mendaftarkan perkahwinannya.

Mereka berputar – putar kembali dengan menuduh Pakatan Rakyat  bermain politik dengan kematian Teoh.

Sejak Mac 2008 BN yang kehilangan undi majoriti di semenanjung  menjadi tidak keruan. Satu persatu tindakan mereka  gagal memperbaiki pandangan rakyat bahawa Umno-BN sebuah parti korup dan penuh kesombongan. Disaat mereka sekarang cuba-cuba kembali merakyat, ankara durjana disemai dalam permaianan politik mereka dalam berhadapan Pakatan Rakyat.

Beberapa minggu selepas pilihanraya, mereka telah cuba menawar-nawar wakil pakatan untuk kerajaan campuran dan rasuah wang ringgit. Bukan sedikit laporan telah dibuat namun SPRM masih kabur atau buat tidak tahu laporan berkenaan.

Sehingga lah kes Perak menjadi batu asas mereka, untuk mengganggu dan merampas negeri yang dimenanggi Pakatan dari  undi majoriti rakyat. SPRM nampaknya setelah diperkasakan  ternyata sangat berkesan menakutkan, membuli dan  paling kurang mencarik imej pimpinan Pakatan.

Dalam pada itu mereka melakon-lakon watak inklusif dan prihatin rakyat  seperti menghapuskan  PSSMI  beberapa tahun lagi dan  lolongan baru Najib 1 Malaysia.  Namun lolongan dan lakon tetap  lakonan kerana dibelakang mereka terus meniup api perkauman dan kebejatan lama mereka. Amalan rasuah yang ingin dibenteras masih terus dalam kamus tetap pemilihan Umno disamping tindakan melarikan peruntukan tetap negeri Pakatan kepada satu pejabat pembangunan persekutuan.

Kini di Selangor mereka mencuba lagi selepas kes Lembu korban. Dan kematian Teoh menjadi saksi bagaimana hilangnya pertimbangan kemanusian dan kewarasan. Khir Toyo dan beberapa juaknya menyebut kematian Teoh telah di jadikan alasan Pakatan Rakyat menutup penyelewengan. Malahan ketua penerangan Umno Selangor sering  berkata dalam kutipan media bahawa kerajaan negeri tiada berbuat apa-apa sepanjang pemerintahan Pakatan.

Namun kalau kita merenung kembali fakta demi fakta setakat ini, ternyata  begitu melucukan.  Pembelian bendera lebih  rosak dalam kacamata  Umno berbanding  perbelanjaan terburu-buru  sebahagian besar  dari 500 ribu peruntukan negeri 2008 oleh setiap Adun BN.

Centang peranang ini akan berterusan bagi kapal yang kian karam ini. Disaat melolong 1 Malaysia, api perkauman disimbah kepada awam oleh pimpinan BN dan agensi milik mereka. Disaat memghujah keperluan pencapaian, bumbung stadium berumur setahun runtuh, disaat rakyat didahulukan 4,6 billion lesap dalam dasar perlaksanaan PSSMI, disaat cuba tunjuk pimpinan pakatan seleweng, ketua pemuda Umno dipilih dari yang paling banyak memberi wang kepada perwakilan.

Dan disaat mendabik dada melakukan sesuatu membenteras rasuah, Sdr Teoh mati kerana bendera Malaysia.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s