Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Najib Diresap Hantu Mahathirisme

Jelas Najib terus dibayangi ketakutan, semalam, Isnin, 23 Mac 2009 semakin jelas tindakan ala zaman Dr Mahahthir mula berkeliaran. Ini petanda petaka besar buat Malaysia.

Najib sebenarya gerun dan takut dengan seribu bayang. Altantuya, Kapal Selam, Jet Pejuang, Eurocopter dan yang paling besar dibayangi kebimbangan kerusi empuk Menteri Perdana terlepas dari tangannya,  belum lagi diukur lain-lain rahsia umum beliau dan isteri  yang diceritakan dikedai-kedai kopi.

Ketakutan dan hilang keyakinan inilah menyebabkan kita terasa sekarang bahananya. Awal-awal lagi, beliau cuba membungkam suara media dengan mengarahkan semua media melapor indah-indah 7 billion belajawan tambaha yang dibuat tidak ikut peraturan dewan.

Kemudian akhir-akhir ini, kata altantunya hanya eklusif untuk dirinya sahaja mungkin, tanpa orang lain boleh menyebutkannya. Gobind  digantung, larangan  ceramah tiba -tiba merata, termasuk ceramah setahun kerajaan negeri selangor di Kuala Selangor tempoh hari turut dilarang polis dan semalam boleh dipanggil Isnin yang suram bagi demokrasi Malaysia. Suara Keadilan dan Harakah digantung 3 bulan, Ceramah Anwar diserang oleh Polis simpanan persekutuan.

Najib diresap hantu Mahathirsme, beliau menyangka kekalahan BN 2008 adalah disebabkan keterbukaan Pak Lah. Lalu dia fikir suara pembangkang perlu di tekan dan dibungkam, tapi sebenarnya dia hanya menambah kebencian rakyat dan kepercayaan rakyat, Umno tidak lagi boleh diubah dan patut  ditanam.

Advertisement

One response

  1. Pingback: blog pemuda besut « Dewan Pemuda PAS Sarawak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s