Tanggapan & Cerapan Amir Sari

16 September dan Persoalanya

Semalam berlalu 16 September. Anwar Ibrahim memang memukau. Semua pihak menunggu penuh sabar detik ini. BN seperti biasa menafikan dan terus menyerang Anwar. Serangan pertama penipu dan kedua tamak serta rakus kuasa sambil disulam pula dengan penegasan banyak betul pihak, setia dan padu bersama BN.

Dan hari ini, 17 September semua media yang dikuasai Umno memekik tiada perubahan dalam kerajaan maka benarlah tuduhan pada Anwar selama ini. Dan bertambah keyakinan palsu mereka, imej pembangkang tercalar, Anwar tidak boleh dipercayai dan kini Pak Lah boleh tidur lena.

Inilah masalah Umno-BN, mereka masih terlena bersama Pak Lah. Menuduh Anwar dan pakatan tamak kuasa adalah senjata minta kasihan. Oleh itu mereka yang menyebut hal ini sebenarnya adalah mereka yang  bimbang dengan arus besar yang terus melandai negara. Sedangkan istilah rakus ini sebenarnya mendarah daging dalam majoriti orang Umno-BN. Kerakusan kuasa ini ditonjolkan dalam sikap kerajaan persekutuan menafikan dan merampas hal kerajaan negeri dan seterusnya wang pembayar cukai negeri pakatan dan melanggar konsep federalisme yang menjadi teras Malaysia.  Membuang senarai negeri pakatan dalam kalender pelancongan, menafikan pembangunan sukan di negeri pakatan, hiruk-pikuk sebahagian menteri yang mengeluarkan arahan-arahan verbal melarang kerjasama dengan negeri pakatan, ini makna sebenar rakus dan gila kuasa. Belum lagi di rincikan persoalan di akar umbi yang amat lumrah. Sehingga diwajibkan semua masuk Umno baru, dapat hak sebagai warga.

Manakala bila dituduh soal demokrasi, pimpinan BN harus cermin dulu kudis kediktatoran yang cukup parah di badan mereka.

16 September ialah slogan yang membawa makna perubahan Malaysia kearah lebih adil, demokratik dan maju. Perubahan kuasa bukan buat basikal dalam kilang tetapi suatu proses pembujukan dan penjelasan. Sedangkan membuat rumah kadangkala terlewat akibat hujan.

2 responses

  1. brader amir!

    ini bukan lewat, bukan tunda.

    cuma re-scheduled.

    September 17, 2008 at 5

  2. awie

    Assalamualaikum YB nak bagi cadangan agar replika DSAI di dun batu caves diturunkan sebab tak sesuai lah nanti menimbulkan benda benda yg tak baik….harap harap dipertimbangkan cadangan saya ni

    Oktober 5, 2008 at 4

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s