Ijan, ISA 7,Uitm dan Demonstrasi
Ijan nama panggilannya, anak Gombak yang melanjut studi di Universiti Teknologi Mara (UiTM, dulu juga di panggil Institut Teknologi Mara (ITM)) kalau sesama anak-anak mahasiswa menyebut budak Mara sahaja. Maka tahun 2001 beliau dan 6 yang lain telah didakwa berdemonstrasi di Masjid Negara membantah ISA. Langsung mereka di gelar ISA 7, Polis menahannya mendakwanya, dia dan yang lain bebas 2005, tapi pendakwa tidak puas hati dan membawa kes ke mahkamah tinggi. Kisah itu masih belum selesai
Universitinya, Uitm menyingga, menganggapanya dan beberaapa rakan lain seperti Herman, melanggar peraturan universiti dan memalukan universiti, lalu beliau digantung. Tahun 2005 beliau dibebaskan oleh mahkamah , hantar semula permohonan lalu ditolak kerana dianggap telah lepas tempoh 2 tahun dari tarikh paling lama memanjangkan pengajian. Maka ini tanda UiTM dibawah Ibrahim Abu Shah, cukup menyirap dengan pelajarnya menentang kerajaan, apatah lagi melakukan demonstrasi atau juga disebut Utusan Melayu sebagai perarakkan.
Dan hari ini Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor Uitm, mengamuk dan meradang. Bukan kerana perarakkan ratusan pelajar yang menuju kebangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, tetapi kerana beberapa butir jawapan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar, Selangor agar 10% dibuka UiTM untuk bukan melayu/bumiputera.
Beliau mengerut dahi hairan, Tan Sri Khalid, boleh mengemukakan cadangan tersebut dan menyebut punya 120,000 pelajar, 350,000 alumi dan beribu-ribu -ribu-ribu yang lain untuk membantah. Beliau berceloteh UiTM adalah berkualiti dan hebat dan tidak perlu kemasukan bangsa asing (bukan melayu, seeloknya bahasa lebih baik).
10% atau 100% hanyalah angka yang perlu di perbincangkan setiap inci, tapi saya lebih gemar mengulas bagaimana tiba-tiba UiTM dan Ibrahim Abu Shah menukar pandangannya tentang demonstasi. dulu benci sekarang sokong.
Katakanlah, niat cintai UiTM ban bangsa Melayu itu agung dan suci, maka adakah membantah ISA itu dosa besar dan mungkar. Sedangkan ISA itu menghancur dan menjatuhkan martabat semua manusia baik ia melayu atau tidak.
Tidakah lebih memenara bangsa itu jika dia mampu menaunggi bangsa lain dengan konsepnya, keadilan.
Kenapa beliau tidak menyingga dan mengaum ganas seperti dalam sidang medianya bila bahasa kebangsaan, bahasa melayu tidak dianggap sebagai bahasa orang pandai matematik dan sains oleh Dr Mahahthir, mana kata-kata perjangan melayunya. Malahan dalam sejarah menuliskan UiTM dan UUM berebut-rebut mahu menubuhkan institut pemikiran Mahahthir, Ini lah tanda kebaculan atau mungkin minda yang terkurung.
Dan yang jadi mangsa Ijan, Herman dan rakan-rakan. Mereka dihukum kerana kemanusiaan yang dibelany oleh orang yang tidak punya kejujuran intelek dan keberanian.
Thanx kerana mengimbas kembali memori lalu…ISA7
Ogos 15, 2008 at 11
Pingback: UITM bukan mendidik untuk berfikir « halwa romantis
rindu ah kat Ijan. dah lama tak jumpa. amir sari Kominite Jalan Telawi pun dah lama tak jumpa. rindu! 🙂
Ogos 20, 2008 at 8
pentadbir universiti wajib dilantik dari kalangan tokoh akademik dan bukannya ketua cawangan parti racist
Ogos 27, 2008 at 2
dah memang dasar amno haprak…dasar bertukar mengikut kepentingan diri…isu dipolitikkan utk kepentingan diri
September 3, 2008 at 1
Aslmkm wbt,
Akta Keslmtn Dlm Negeri(ISA),suatu akta yg prlu utk mnjamin kestabiln negara. Kita kena teliti & mngkaji fungsi sbnr akta. Mslh yg sbnrnya bknlah mngenai akta itu. Tp, cara prlaksanaannya.
Adkh ia benar2 telus atau tidak. Bkn shj kita, mlh US jgk dahulunya mempertikaikn mngenai akta ini. Tetapi, slps serangan 11 September 2001. Dunia mula brubh & US mula menerimapakai akta ini(Akta yg lbh krg fungsinya dgn ISA).
Kita marah kononnya, ISA mghncurkn & mnjatuhkn martabat manusia. Tp, kita lupa, manusia itu sendiri jgk mampu mnjatuhkn martabat sesama manusia jk tingkah lakunya tdk dikawal.
Bg saya ISA adlh lbh baik klu kita nk bandingkn dgn Penjara Guantanamo bahkan sistem yg diamalkn oleh pemerintah Iraq, Saddam Hussein(seolah2; apb anda ditangkap mlm ni, so esoknya saudara-mara kamu tdk tau dimana kamu brada, bahkn tak tahu kubur kamu dimana!). Klu kina nk lihat dari aspek humanity la. So, mlshnya sbnrnya adlh cara prlaksanaannya. Smada ianya adlh telus atau tdk. Sekian.
Mac 17, 2009 at 8
original from http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html
PPSMI
1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.
5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.
7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.
9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) – satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;
• Oxygenation
• Oxidation
• Oxide
• Oxidants
• Deoxydation
• Oxidise
• Oxidification
• Dioxide
• Monoxide
• Peroxide
10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.
11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.
12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.
13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.
14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?
15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.
16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.
17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?
18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.
19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?
20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?
21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.
22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.
23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.
24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.
25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.
26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.
Mac 18, 2009 at 12
I used to be very pleased to search out this web-site.I needed to thanks on your time for this glorious read!! I definitely having fun with each little bit of it and I’ve you bookmarked to check out new stuff you weblog post.
Januari 31, 2021 at 5