Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Konspirasi Ke 2 Musnahkan Malaysia

Konspirasi ke dua berjalan terus. Seperti yang pertama setiap sudut kembali terkoyak dan lubang-lubang kecurigaan menerpa, malahan kali ini lebih parah. Kecurigaan dan kelohongan ini bukan hanya memalukan Malaysia, tapi sebenarnya menghancur negara.

Perdana Menteri, sebaik menaiki kerusi PM, menjanjikan perubahan dan reformasi. Membuat suruhanjaya itu -ini dan hanya melakukan jalan penyelesaian separuh jalan atau tidak langsung berjalan. Kini wujud lagi ulang cerita 10 tahun lalu, dan kali ini lebih ketara dengan jalan cerita simpang siur sehingga lari fokus membetulkan sistem kenegaraan kita yang digigit kejam oleh regim Dr Mahahthir sehingga sendi negara lemah dan mati.

3 pendiri negara — Kehakiman, Parlimen, Pentadbiran dan sebahagian pihak menambah Media, masih tidak berlaku reformasi sebenar. Ada sedikit sebanyak yang dibuat, namun hanya seperti gincu murah tidak berkualiti yang merosakkan pandangan dan hanya menutup barah yang membusuk. Akhirnya ekonomi negara akan jadi berantakan dan hilang daya tarikan.

Maka ketika ini mereka membuat lagi onar dengan konspirasi ini yang pasti mematah-matah tulang penting pendiri negara. Tulang yang reput dihinjak-injak untuk memuaskan nafsu membunuh lawan politik.

Sedari awal, timbul prasangka demi prasangka yang menjadikan suasana tegang, pengakuan demi pengakuan, pendedahan demi pendedahan merosakkan jalan cerita konspirasi. Anwar ditahan dengan anggota bertopeng (ini prosedur biasa ? ) tidak di tunjukkan laporan polis Saiful, arahan mengambil darah untuk DNA ( pak lah & khairy sahaja bersungguh-sungguh mahu anwar memberikannya, malahan Kahiry mengaku di Parlimen telah melihat laporan polis itu — ini petanda apa? ).

dicelah – celah itu timbul isu bersumpah dan juga rengekkan Ezam mengata Anwar yang didewa-dewanya suatu masa dulu. Yaa Ezam telah berubah wajah (chameleon — kata Khalid Jaafar , lihat blognya). dulu perjuang anti rasuah, kini mana hilangnya gegaran dan cabaran Ezam pada perasuah. Ini akibat berjuang kerana individu tanpa menghalusi dan memperinci fikiran dan arus perjuangan.

Mereka gawat lagi bila laporan doktor Pusrawi menunjukkan tiada bukti berlaku peliwatan.

Semalam Anwar didakwa di Mahkamah, dengan pertuduhan 377B — perlakuan seks luar tabie
secara sukarela. Berlawanan dengan dakwaan Saiful, dia di paksa. Dan Saiful pula tidak didakwa kerana dia adalah pengadu , kata Syed Hamid …….bagi pula alasan kes rasuah.

Malaysia perlu segera diselamatkan, kalau tidak hancur.

Advertisement

One response

  1. harus

    apa guna kalau mandi pakai sabun tapi kuman kekal di badan… ketahuilah wahai y.b amiruddin sahri bahawasanya kuman disekeliling kamu akan menghancurkan masa depan kamu di dun batu caves. kuman yang berkeliaran boleh menghinggap seluruh badan. yang mana y.b sendiri tidak mengetahui hal ini… tolong bersihkan sebelum terlambat!!

    Ogos 10, 2008 at 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s