Sidang Dewan Selangor: Konsep Kemajuan BN Yang Senget
Sidang Dewan Undangan Selangor, lalu memberi ruang yang besar kepada kerajaan baru mengetengahkan pendekatan baru pentadbiran pakatan rakyat.
Sudah pasti sidang terbabit menjadi kayu ukur pertama bagaimana kendalian kerajaan baru. Dalam sidang DUN yang berakhir Isnin lalu, beberapa isu telah diketengahkan oleh YAB Menteri Besar Selangor dari soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan. Antara yang paling menyorot liputan ialah hal kecuaian kerajaan dahulu sehingga menyebabkab kerajaan negeri berpotensi besar mengalami kerugian, akibat urusan projek usahasama (JV) secara pawah yang mana perjanjian dibuat tidak menyebelahi kerajaan negeri mahupun rakyat. Hasil RM 36 billion dari nilai projek berkenaan hanya RM 1 billion yang diberi semula pada kerajaan negeri. Selain itu isu Balkis yang sangat mencolok termasuk perincian perbelanjaan “amal” mereka yang memperuntukan kira-kira RM 150 ribu untuk pakaian sukan yang melibatkan tidak lebih dari 50 peserta. Sedangkan Majlis Sukan Negeri (MSN) dalam menyediakan urusan Sukan Malaysia (Sukma) kali ini hanya menggunakan RM 200 ribu untuk 600 atlit dan pegawai.
Selain itu perbelanjaan yang gelojoh dan tergesa-gesa telah digunakan oleh Adun-Adun BN dengan menggunakan hampir 91% perbelanjaan mereka dalam tempoh 2 bulan, untuk apa lagi klau bukan sebagai gula-gula pilihanraya. Maka apa lagi yang ada dalam sidang Dun, bukan itu sahaja yang telah dibahaskan, dalam riuh rendah hal sensasi tersebut sebenarnya dewan telah membincangkan konsep pembangunan dan kemajuan yang lebih sempurna. BN nampak bertakuk pada karya lama pembangunan yang dinilai pada sejauh mana jalan telah diturap dan lampu jalan yang banyak serta kehadiran televisyen di kampung. Justeru pimpinan BN termasuk Khir Toyo dalam ucapannya masih keliru mengapa mereka ditolak kali ini serta menyalahkan tawaran BA selangor yang dikatakan tidak munasabah.
Dalam ucapan menjunjung titah saya telah cuba menghuraikan konsep pembangunan yang lebih menyeluruh dengan tidak meninggalkan pembangunan spritual, akliah dan pembangunan demokrasi serta kebebsasan juga pembangunan yang tidak meninggalkan golongan muda dan kaum miskin.
Sidang Dewan juga telah meluluskan usul Adun Kampung Tunku, YB Lau Weng San yang mengkritik penggunaan ISA, semua ahli BN tidak hadir, kerana mungkin menganggap hal ini tidak penting untuk dibahaskan dan dibincangkan. Mereka nampak termanggu-manggu namun itulah BN tidak faham dan entah bila akan faham. Oleh itu Khir Toyo pun melalak diluar dewan mengatakan tiada apa pembaharuan dalam sidang Dun Selangor. Kerana dalam kamus pemerintahan mereka memang tiada perkataan demokrasi, kebebasan dan maruh harga diri insan. Dalam pada itu masih ada lagi bekas kawan yang nak masuk Umno. Sebab dendam dan benci ….entahlah ramai sungguh Judas.
Tinggalkan Jawapan