Himpunan Rakyat Program Halal
Perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh gabungan badan-badan rakyat yang menuntut pilihanraya bebas dan adil (Bersih) telah mula di buruk-burukkan oleh media sebagai punca penyemaian budaya keganasan. Sambil klip-klip perhimpunan diluar negara yang memaparkan orang berdarah, bom asap dan keceraaan fizikal lain, yang dimaksudkan mungkin sebagai “pengajaran” kepada penonton dan pembaca agar menolak budaya tersebut.
Sambil itu diselitkan juga kejadian ceramah di Batu Burok yang mengakibatkan tembakan peluru hidup oleh polis. Juga dituliskan “ini bukan budaya kita” dengan tulisan merah yang hodoh, sebagai amaran kepada audien. Perhimpunan Agung Umno, juga turut menyerang aktiviti demonstrasi dengan pelbagai istilah, paling popular adalah beruk sebagaimana yang diistilah oleh Khairi Jamaludin.
Perhimpunan memang tidak asing di Malaysia. Malahan setiap tahun kita merayakan dan meraikan pelbagai perhimpunan yang melambangkan pelbagai maksud dan niat.
Sambutan merdeka, perhimpunan anti-Amerika / Israel yang turut pernah dibuat oleh pemuda Umno, khususnya selepas Khairy masuk pergerakan tersebut, perhimpunan parti dan pelbagai lagi yang jika dijumlahkan kita akan kebosanan mengiranya. Dengan itu mengatakan ia bukan budaya kita adalah kata-kata orang yang bodoh dan sering membodohkan orang lain.
Baiklah mari kita lihat pula maksud perhimpunan 10 November ini. Pilihanraya yang bebas dan adil, ini maksud perhimpunan ini, apakah pimpinan Umno menolak adanya pilihanraya yang bebas dan adil?
Tinggalkan Jawapan