Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Skandal Video Klip Lingam – Fairuz : Kerajaan Masih Cuba Menutup Bangkai

gambar-vk-lingam-eusof-chin.jpg

Gambar VK Lingam, Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim) dan Vincent Tan, dipercayai pada satu percutian pada 1994 di luar negara yang dikhuatiri mempunayai elemen rasuah

Nampaknya sikap kerajaan terus berdolak dalik dalam menyelesaikan dan menanggani skandal video klip kehakiman yang telah didedahkan oleh Dato` Seri Anwar Ibrahim bulan lalu.  

Tindak-tanduk kerajaan BN ini adalah seperti menutup bangkai yang amat busuk dengan daun pisang. Walaupun fizikalnya sistem kehakiman negara cuba dilihatkan cantik tetapi hanyir kebobrokan sistem kehakiman tersebar diserata tempat , menyebabkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara meluntur.

Malahan dibimbangi bangkai ini telah bertukar menjadi wabak penyakit yang merebak keseluruh negara. Sikap kerajaan dalam menanggani hal ini juga menampakkan keruntuhan moral dan akhlak kepimpinan dengan menggunakan instrumen kerajaan untuk menekan pendedah maklumat.     

Sehingga kini kerajaan masih tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini, sebaliknya menubuhkan panel bebas yang tidak punya kuku untuk berbuat apa-apa.

Sedangkan cukup jelas dalam kes sebelum ini seperti tumbukan Rahim Nor sehingga mencederakan Anwar pada 1998 hanya dapat dibuktikan setelah ditubukan Suruhanjaya Diraja.    

Badan Pencegah Rasuah (BPR) pula bertindak seolah-olah sebagai pencacai penlindung penjenayah dengan mengertak dan mengugut pendedah dan pelapor penyelewengan seperti Anwar, Sivarasa dan Sim Tze Zin.  

BPR sewajarnya bertindak diluar kerangka politik kepartian telah kelihatan seperti alat parti-parti tertentu untuk menutup kes ini dengan menyoal kejujuran Anwar, yang tidak mahu menyerahkan klip asal tersebut. Sedangkan pegawai BPR yang telah mengaturkan pertemuan dengan Anwar untuk mengambil salinan tersebut tidak hadir dan menyatakan ada arahan atasan untuk tidak mengambil klip tersebut.  

Tindakan BPR melalui Ketua Pengarahnya Ahmad Said Hamdan, jelas berbelit-belit dan berputar dengan alasan teknikal. Inilah bahananya BPR yang terus duduk diketiak orang politik dan tidak bebas.  

Kabinet kerajaan terus sepi mengulas isu ini, hanya Nazri Aziz dan Zainuddin Maidin mengeluarkan keyataan penafian yang menjelaskan kebodohan mereka.  

Kerajaan perlu berani mendedahkan kebenaran dan jangan berdolak dalik lagi. Segera tubuhkan Suruhanjaya Diraja, berani kerana benar. Abdullah Badawi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s