Mahu lagi mempertahan ISA ?
Kira – Kira jam 12 tengahari, 18 Oktober 2007, di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta maka berkata Datuk Hishamuddin Yunus:
“Jabatan Cawangan Khas pasukan polis bukan sahaja perlu bersikap berkecuali tetapi tetapi juga perlu dilihat berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa. Termasuk dalam politik.
“Amalan apa juga jenis penderaan patut ditentang. Perlakuan keji Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, adalah memalukan dan tidak boleh diterima. Beliau memberikan contoh amat buruk kepada beribu anggota di bawah tadbirannya.
“Amalan mendera tahanan oleh polis tidak pernah dan tidak akan disokong oleh mahkamah. Mahkamah perlu menunjukkan kebenciannya terhadap perbuatan itu,”
Ini sebahagian kata-kata hakim tersebut sewaktu membenarkan saman Abdul Malek Husin kepada ASP Borhan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia. RM 2.5 juta diberikan sebagai ganti rugi.
Keputusan ini menyediakan satu lagi titik penting untuk meneruskan usaha menghapuskan undang-undang tidak bertamadun ISA. Keputusan ini juga membuktikan kebimbangan dan kecurigaan ramai pihak ISA hanya sebagai senjata politik kerajaan mempertahan kuasa. Bukan untuk keselamatan negara.
Tapi bagi mereka yang telah bebal sebagaimana Zam, mereka akan tutup telingga dan rela menutup kebenaran. Bagi mereka yang penting kuasa harus terus ditangan mereka.
Bagai kisah video CJ Gate (VK Linggam), inikan satu bukti yang terang buat mereka bagaimana mahkamah, kehakiman telah ditunggang oleh manusia yang rakus. Tapi jelasnya mereka terus melelong kesana-kemari, begitulah juga halnya dalam pembuktian kes mahkamah ini.
Sudahlah jangan berdolak dalik lagi…ISA memang kejam dan perlu dihapuskan la baghal.
Tinggalkan Jawapan