Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Gegar Permatang Pauh & Cherok To`Kun

gambar-amk.jpg

Pada 29hb September 2007 yang lepas Angkatan Muda Keadilan Zon Utara telahpun melancarkan Jentera Pilihanraya Umum AMK secara rasmi. AMK Zon Utara yang merangkumi AMK Negeri Perlis, AMK Negeri Kedah, AMK Negeri Perak dan AMK Negeri Pulau Pinang, telahpun melaksanakan program pelancaran jentera ini di Galeri Pejuang, Cherok To’kun Pulau Pinang.

Signifikan pelancaran ini di Pulau Mutiara adalah bersesuaian dengan kondisi politik Pulau Pinang yang semakin hari semakin memihak kepada KeADILan dan pembangkang amnya. Pulau Pinang yang merupakan salah sebuah negeri tumpuan KeADILan juga adalah negeri dimana terletaknya kerusi Parlimen tunggal yang dimenangi KeADILan dalam PRU 2004 lepas iaitu Parlimen Permatang Pauh dimenangi oleh Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Program sempena pelancaran jentera ini diisi dengan pelbagai pengisian termasuklah program edaran risalah yang diedarkan ke beberapa tapak Bazar Ramadhan di sekitar Bukit Mertajam dan Permatang Pauh. Edaran yang dilakukan di kawasan Pasar Ramadhan Seberang Jaya, Taman Pauh, Alma, Perda dan Kubang Semang. Pasar Malam Kota Permai dan Permatang Pauh itu antara lain menyaksikan pengedaran risalah Agenda Ekonomi Malaysia, risalah berkala AMK Suara Anak Muda dan juga terbitan berkala KeADILan Pulau Pinang, Mutiara Keadilan. Sokongan yang ditunjukkan masyarakat melalui penerimaan positif risalah-risalah tersebut adalah amat diluar jangkaan.

Kekuatan ahli AMK yang bergerak mengedarkan risalah dianggarkan 200 orang merangkumi Exco Pusat dan gerak kerja jentera PRU AMK Zon Utara.

Bertempat di Masjid Cherok To’ Kun, gerak kerja AMK telah mengadakan aktibiti berbuka puasa bersama masyarakat setempat, Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih berjamaah bersama masyarakat setempat.

Program diteruskan pada jam 10 malam bertempat di Galeri Pejuang yang dianggarkan berjaya menarik 1000 pengunjung. Pengisian program merangkumi Pentas Angkatan Muda yang menampilkan tokoh-tokoh di dalam AMK menyampaikan ceramah umum menjelaskan perkara dan isu-isu setempat kepada rakyat.

Antara yang turut berceramah adalah S. Kesavan (pen s/u amk pusat), Anuar Zakaria (ketua amk perak), Saiful Izham Ramli (ketua amk kedah), Dr. Azhar Ahmad (ketua amk penang), Nik Nazmi (exco amk pusat), Tan Seng Toh (naib ketua amk pusat), Amirudin Shari (naib ketua amk pusat), Fariz Musa (timb ketua amk pusat) dan Shamsul Iskandar (Ketua amk pusat).

Program Pentas Angkatan Muda diakhiri dengan perasmian dan amanat yang disampaikan oleh Datin Seri Dr Wan Azizah. Beliau di dalam ucapannya merakamkan setinggi penghargaan kepada AMK Zon Utara atas gerak kerja yang konsisten dan beliau menyatakan kesungguhan beliau betapa sinar KeADILan di Pulau Mutiara dan Zon Utara seluruhnya begitu memancar.

Program pelancaran diteruskan dengan bacaan Ikrar oleh AMK Zon Utara diketuai oleh Sdr Azman Nasrudin (Timb ketua amk kedah), disusuli dengan upacara simbolik perasmian Jentera dibuat oleh Datin Seri Presiden.

Program malam itu diakhiri dengan tayangan video konspirasi perlantikan hakim yang didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lepas yang mencetuskan pelbagai kontroversi dan mengundang kekeliruan dan kemarahan rakyat.

Pendedahan melalui tayangan video itu,meskipun menjangkau jam 12 tengah malam, ditunggu dengan penuh khusyuk oleh para pengunjung yang ingin mengetahui sendiri apakah sebenarnya yang terkandung di dalam video tersebut.

Jelas, perlaksanaan program ini berjaya menepati sasaran dan menampakkan sinar gemilang KeADILan di Zon Utara. Tahniah buat AMK Zon Utara!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s