Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Gegaran Ramadhan

Ramadhan tahun ini bermula dengan gegaran. 1 Ramadhan di negara jiran Indonesia berlaku gegaran gempa bumi sekuat 8.4 skala ricther, beberapa kawasan di Malaysia turut merasai gempa tersebut.   

Politik Malaysia turut bergegar malahan sebelum Ramadhan lagi. Bermula dengan peristiwa berdarah Batu Burok, di mana dua orang cedera ditembak peluru hidup dan adegan bakar bendera, peristiwa ini telah mengemparkan semua pihak. RTM dan media milik pemerintah telah memutar belit keadaan lalu cuba membingkai barisan oposisi sebagai punca masalah Batu Burok. Media yang sewajarnya jadi agen pembuka kebenaran telah digelapkan oleh serakah nafsu kekuasaan. Berita peluru hidup yang digunakan oleh pihak polis, sumber gambar orang bakar bendera dan pendedahan Mustapha Ali bahawa setiausaha Pak Lah, Wan Farid terlibat merancang peristiwa Batu Burok, telah digelapkan, dihilangkan oleh orang yang hilang akhlak dan etika, walau sering mengaku wartawan sejati.

Tidak cukup dengan itu laporan Audit Negara telah membuka pekung ketidak cekapan pemerintah. Dari pembelian bahan-bahan latihan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan harga yang melampau tinggii hinggalah pembelian kapal peronda Marin yang bernilai jutaan ringgit. Desakan masyarakat dan kebingunggan mereka tidak terjawap dan mungkin dilupakan oleh masa. Laporan dan desakan – desakan ini hanya akan didiamkan sebagaimana yang lepas-lepas.

Minggu ini ada lagi gegaran, Institusi yang sewajarnya menjadi benteng akhir keadilan, badan perundangan dan kehakiman, cedera teruk kreadibilitinya. Anwar Ibrahim, ketua umum Parti keadilan mendedahkan, rakaman video peguam senior, Vk Linggam yang dikatakan menghubunggi Ketua Hakim sekarang, Fairuz dalam hal penentuan kes mahkamah. Ini satu kes serius, kes-kes kehakiman dan keadilan tidak ditentukan berdasarkan lunas-lunas fakta dan keterangan sebaliknya penentuan siapa punya kuasa law of the jungle,  ikuti rakaman yang telah diperhati seluruh dunia, Video Yang Mendedahkan Korupsi Tun Ahmad Fairuz (CJ Gate). Seperti cerita-cerita kontroversi lain akhbar berbahasa melayu masih lagi tidak melaporkan berita sebesar ini lihat komen teman di kedah, yang saya 120% setuju ( akhbar melayu memariahkan dan kehaprakan akhbar melayu).  

Semalam juga pendedahan DNA menunjukkan mayat kanak-kanak yang dibunuh dan didera secara seksual adalah adik Nurin Jazlin, kanak-kanak yang hilang sebulan lalu, keluarga belum mahu menerima. Kes ini memang menyayat hati semua namun isu yang harus kita fikirkan hal keselamatan dalam negara yang meruncing. 

Melihat jumlah anggota polis dan peruntukan belanjawan yang tinggi untuk pasukan keselamatan, hal keselamatan sewajarnya bukan menjadi isu.  Apakah polis kita banyak memantau ceramah dan menghalang ceramah pembangkang dari memburu penjenayah yang membunuh, merogol dan mencederakan orang awam? 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s