Lagu Namewee Hina Islam?
Kenyataan yang saya keluarkan dua minggu lalu menimbulkan bermacam reaksi. Isu lagu rap Namewee yang berlatarkan lagu kebangsaan juga masih panas dibicarakan. Hari ini dan samalam akhbar utusan dalam ruangan forum/surat pembacanya menyiarkan banyak sekali pandangan melalui surat yang amarah dan seolah-olah adanya pengolahan persetujuan agar Namewee diambil tindakan.
Malam semalam juga di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, saya, Khalid Jaafar, Amin Idris dan Hishamudin Rais terlibat dalam forum anjuran Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat membincangkan hal ini, malam sebelum itu DAP turut membincangkan hal yang sama.
Namewee sedikit sebanyak telah mencetuskan sesuatu, cumanya reaksi dan maklum balas yang dibuat oleh pimpinan politik dan masyarakat, menunjukkan ramai dari kita tidak mahu dan malas untuk berfikir secara waras. Semuanya menunggu guru atau master bicara dan yang lain akan mengekor atau membuntut kata tuan-tuan besar ini. dengan ketutupan media hal ini pasti membenihkan suatu yang tidak matang kerana diskusi dan perbincangan jadi sehala.
Secara mudah ada 4 Mazhab reaksi terhadap lagu Namewee
1. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina lambang negara (lagu kebangsaan)
2. Ambil tindakan/ marah / kecewa kerana menghina agama
3. Jangan ambil tindakan, kerana lambang negara yang di gubah semula oleh Namewee adalah juga satu gubah suai dari mamula moon. Perbincangan mazhab ini akan membenihkan idea kita perlu membiana unsur negara yang baru atau tidak perlu langsung.
4. Jangan ambil tindakan, kerana keresahan Namewee dalam sebahagian isu yang dibangkitkan ada kewajarannya. sebagai warga Namewee berhak bertanyakan haknya untuk dilayan sama oleh negara dan kerajaan.
Dalam forum semalam lagu Namewee telah menimbulkan perbahasan ideologi tentang pembentukan negara. Hisham atau Sham sebagaimana kepercayaanya yang tercatat dalam tulisan-tulisanya menganut faham ke – 3. Ini menimbukan perdebatan dengan Khalid yang beranggapan kita tidak lagi perlu membina lambang yang baru, sebaliknya yang perlu ialah membina semula faham dan makna lamabang dan elemen terbabit.
Bagi saya yang paling mendesak untuk diubati ialah keresahan Namewee. Soal keadilan pemerintah melayan dia sebagai warga, soal polis dan penjawat awam yang tidak efisyen inilah perkara pokok yang harus diselesaikan.
Lagu Namewee adalah satu lagu patriotik, ia cintakan tanahair tapi kalau ikut bahasa Khalid jaafar, cinta namewee pada negara tidak berbalas, bertepuk sebelah tangan. Ini bukan hanya pada Namewee sahaja tepi juga pada teman-teman generasinya yang sebangsa.
Namun dari reaksi beberapa teman terhadap pandangan kenyataan saya sebelum ini, pendangan ke-2, Namewee patut dihukum kerana beliau telah menghina Islam terutamanya bab azan begitu tebal dalam masyarakat Islam.
tiada penjelasan yang lebih baik dari kata-kata Rastom dibawah:
Saya kira ramai yang marah kerana ada kaitannya dengan agama Islam di mana disebutkan hal azan yang sumbang. Tidak ramai yang ambil kisah perihal sumbang atau tidak azan kecuali orang itu tahu mengenai pitching atau tabaqqoh suara. Kerana telinga Namewee adalah telingan seorang pemuzik, maka sumbangnya suara yang diperkuatkan dengan amplifier itu menyentuh jiwa seni.
Teguran ini elok diambil peduli oleh semua petugas mesjid supaya hanya yang benar benar boleh mengumandangkan azan sahaja yang menjadi bilal. Jika tidak boleh berlagu eloksaja azan secara latar, straightforward tanpa dilagukan. Yang penging kalimat azan bukan lagu. Cuba bayangkan orang yang tidak tahu menyannyi mengumandangkan suaranya di mikrofon.
kok akhir_akhir ini islam sering di hujat apakah ini tanda-tanda hari kiamat, tulisan anda good banget, saya suka membacanya because tidak propokatif, salam kenal
Ogos 21, 2007 at 4
Loh amir, kamu ini barangkali punya peminat ramai dari negara seberang dong! 😛 haha
saya pertama sekali mendengar tentang cinta tak berbalas kaum cina di negara ini di dalam filem “Gubra”. mmg memilukan.
Ogos 21, 2007 at 9
Mmm.. Apa2 la. Sesungguhnya aku masih marah! Grr!!
Ogos 22, 2007 at 10
pandangan saya juga berubah apabila pada mulanya memberikan yang positif pada namewee…akhirnya menjadi kocakan yang dalam apabila ada blog dedahkan lirik lagu lain yang mengutuk bangsa melayu.
juga mengiyakan kata-kata al-marbawi ;
aku harap orang-orang Cina di Malaysia sepatutnya bersyukur dan terima dengan seadanya keadaan anda di sini. Di sini peluang luas terbuka untuk mereka mengembangkan perniagaan (sebab orang Cina suka berniaga), walaupun dari satu segi nampak ada ketidakadilan dalam bidang-bidang tertentu, itu tidak bermakna anda dipinggirkan.
Ogos 22, 2007 at 2
hina bangsa, hina negara, hina agama…apakah hukuman yang setimpal????
Ogos 22, 2007 at 10
Amir,
Mana yang lebih menghina bangsa:
1. Sajak Dr Mahathir “Melayu Mudah Lupa”
atau
2. Negarakuku ?
Walau apa pun, lagu Negarakuku tidak akan dapat menyaingi lagu La Cucaracha lagu revoluioner Mexico.
Ogos 23, 2007 at 12
sumbang2 pun, orang yg azan tu pergi gak masjid…yang kite2 ni dok nulis blog je ape yg kite dapat…kepuasan???kepuasan x kan jamin masuk syurga la…orang yg azan walaupun sumbang tiada bandingan mulianya die drpd kite2 yg sememangnya jahil tentang agama ni…yg len2 blh aku trima gak die punye lirik lagu tu, tp psl agama ni kalu dah tahu diri cetek agama jgn dok pandai2 nak komen…fikir-fikirkanlah wahai hamba Allah…Kalu agama sendiri kena hina, x de yg nk mempertahankannya, x de rasa islam dipijak-pijak, fikir-fikirkanlah, sejauh mana keimanan kita kepada Allah…Bawak2lah diri pergi masjid, sembahyanglah berjemaah terutamanya kite ni org lelaki…kalu ada yg setuju lagi pasal azan tu, bawak2lah bertaubat…jumpalah guru agama, tanya pendapat dorang tentang azan yg sumbang ni…bukannya salah kalu sumbang skit, sekurang2nya die dah melaungkan azan, panggil umat islam pergi sembahyang jemaah…kite kat umah asyik dok komen psl die punye azan, bukannya nak pergi sembahyang jemaah bersama-sama…allahuakbar…allahuakbar…allahuakbar…
Ogos 24, 2007 at 11
Amir,
Aku nak bawa mazhab baru, berbeza dari mazhab empat yg tersebut:
Gubahan Namewee adalah satu penghinaan kepada melodi “Terang Bulan” yang sangat indah. (Not much to do with Negaraku). Gubahan Rapnya langsung menghilangkan identiti “terang bulan”. Aku rasa “negarakuku” adalah “the worst” saduran Terang Bulan.
Irama Terang Bulan begitu mengasyikan sehingga dimainkan dalam pelbagai genre; keroncong, hawaii, pop yeh2, slow rock, hippy, rentak reggee, okestra klasik, march. Senarainya bukan berhenti di sini sahaja. Ada yang menukar senikatanya seperti mamula moon, negaraku. Aku ada mendengar versi belanda.
Namun, kesemuanya tidak lari dari lenggok irama yang asal, yang boleh membuatkan pendengarnya ketagih.
Malang sungguh, gubahan rap Namewee tidak langsung menggambarkan “terang bulan”.
Ogos 27, 2007 at 7
The malay too easy to take things excessively ( especially things related with ‘right’and religion.,i believe the author share the same experience as mine.
The purpose of the Azaan itself is to encouraging people for solat together. Its very important part of solat. Its a five times a day summoning Muslims to solat.5 TIMES..
Belief in the oneness of Allah
There is no Power greater than Him
He alone is the Creator and the Master of the whole universe
No one other can claim share in His Godhood of sovereignty.. Muhammad S.A.W is the final dispenser of the Will of Allah and it is his words and deeds that His will finds expression..
my brother,
its not wrong to commented about ‘the azaan sumbang’..
As a proud muslim, we always have a right to say things when its not really right on its place.
i’m sorry to say that its kinda too burden for me to hear ‘ out of tune ‘azaan (that by right need to do it in a beautiful way as it can..) By nature, human will be easily irritated with any bad tune. We know we can do better, why not doing it in better possible way? Does doing it in better way make us worse? Does it really difficult to find a good muezzin that can deliver the job better? than with some amateur which is by fact totally out of tune!
I believe that the author must be experienced the same things frequently like i do. In fact, What happen to me is really teribbly bad. bad tune…its demotivated…its crying out loud.. its out of tune.I really wondering how actually these people can simply do the azaan at the first place.
We are a multi racial base society, its really important to see the whole picture of it. People always talk, and others laugh to us..
we cant be that arrogant to say ‘let it be..at least he doing something good” ..its sound too innocent (mentality) and seem to be an extremely careless.
There is always a better way to be better. Listen with the wisdom, and practise it with tolerancy. Its our responsible to protect the beautiness of Islam. Together..
i do hope there will be some organisation monitoring this issue seriously.
‘Azaan sumbang’ is really important matter ..
We always can change to be better.
let the world intrigued of the beautiness of Islam..
Protect this value..together we protect it..
Salam
Disember 6, 2008 at 6
kiter perlu faham konsep mengumandangkan azan…bukan untuk memperlagukan azan, merdu atau pun tidak merdu itu soal kedua atau ke tiga…yang utamanya adalah azan perlu dikumandangkan dengan kuat , itulah konsep asal….( sedangkan suara sahabat nabi iaitu bilal juga tidak merdu, tapi dilantik oleh nabi untuk mengumandangkan azan) …so..masalah ini xperlu dipersoalkan lagi..
persoalan yang utamanya adalah..adakah kite terus mengerjakan solat selepas mendengar azan???…please tanyer kepada diri sendiri..jangan tipu diri.. tq
September 29, 2011 at 2