Dari Malaysiakini
Lihat Negarakuku Secara Objektif (Dari Sidang Media Mingguan Parti Keadilan)
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa agar kontroversi lagu Negaraku yang membabitkan seorang pelajar dari Johor yang kini sedang menuntut di Taiwan, dilihat dari konteks keseluruhannya, daripada terus menyerang dan melabelkan anak muda tersebut sebagai seorang pengkhianat dan musuh negara.Naib Ketua AMK, Amiruddin Shari berkata, AMK melihatnya secara objektif apa yang dilakukan oleh pelajar yang dikenali sebagai Namewee itu “sambil tidak menafikan wujudnya unsur-unsur keterlaluan dan tidak wajar, khususnya penggunaan kata-kata kesat dan kasar”. “Namun begitu, beberapa perkara yang timbul dari bait-bait lirik lagunya itu adalah tanda bahawa anak muda Malaysia mengharapkan sesuatu yang lebih rata dan adil dalam dasar negara,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. |
Tambahnya, sejarah membuktikan bahawa kritikan-kritikan seumpama itu akan sentiasa wujud dalam pemerintahan yang bersikap keras dan mencengkam kebebasan.”Kecurigaan terhadap pasukan polis adalah perkara lumrah di kalangan rakyat Malaysia dan hal ini telah berlarutan semenjak 1998 lagi. “Oleh itu, (penubuhan) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) adalah sangat mendesak untuk dilaksanakan bagi memulihkan kredibiliti pasukan terbabit,” tambahnya.Dialog antara agama Dalam hal agama pula, katanya, ia menjelaskan kebimbangan AMK selama ini bahawa kegelisahan agama telah berakar jauh dalam masyarakat dan perlunya dialog dan kefahaman antara agama diterapkan dalam masyarakat. “Kesimpulannya, kami menyeru agar anak muda ini tidak diambil tindakan, sebaliknya kerajaan dan masyarakat harus dengan segera membetulkan kegelisaan Namewee dan generasinya,” tambah Amiruddin. Beliau juga menggesa Namewee menyertai AMK bagi menyediakan platform untuk dia menyuarakan keprihatinannya itu. Selain itu, kata Amirudin, AMK Batu Gajah juga akan menawarkan bantuan guaman kepada Namewee sekiranya dia berdepan dengan masalah dengan pihak berkuasa apabila pulang nanti. Sementara itu, Bendahari PKR, William Leong yang hadir sama dalam sidang akhbar tersebut berkata, Namewee tidak mengubah lirik lagu Negaraku, tetapi hanya muzik latarbelakangnya sah. |
memang benar dan saya setuju. Kita tak boleh mengutuk dan bersifat ‘melenting’ terhadap apa yang mereka luahkan. Kerajaan atau orang perseorangan di Malaysia kerapkali melatah dengan insiden yang melibatkan percanggahan budaya dan agama tanpa menilai sebab disebalik peristiwa itu berlaku.
bak kata orang “kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang”…maknanya kalau tak ada sesuatu tak kan orang akan bercakap. dengarlah luahan dan rintihan hati remaja dan golongan sebegini. mungkin penambahbaikan boleh dilakukan dalam menjadikan malaysia sebuah negara majmuk yang gemilang tanpa merugikan mana-mana pihak.
Ogos 10, 2007 at 3