Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Keracunan Susu Lagi

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius kejadian keracunan di sekolah-sekolah sekitar Malaysia yang berlarutan akibat bekalan makanan dan minuman yang tercemar

Kejadian terbaru dilaporkan semalam membabitkan 60 pelajar Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil, Kedah dan 57 pelajar Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kelantan yang dikatakan mengalami keracunan selepas meminum susu yang dibekalkan oleh kerajaan.

Sepanjang tahun ini sahaja, lebih daripada 10 kes keracunan serius yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah, yang mana majoriti kes-kes yang dilaporkan adalah lantaran kebersihan susu yang dibekalkan melalui Bekalan Program Susu Sekolah (PSS) kelolaan Kementerian Pelajaran.

PSS dan juga Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dikelola oleh Kementerian terbabit antara lain bertujuan untuk memberikan bekalan makanan kepada pelajar yang lemah dan miskin. Pun begitu, lantaran apa yang berlaku ini, memberi gambaran jelas bahawa wujud simptom sambil lewa dalam penyediaan makanan dan bekalan susu kepada para pelajar.

AMK percaya kejadian yang berulang ini bukan sahaja mendedahkan kelemahan Kementerian Pelajaran atas program ini, justeru mengagalkan usaha untuk memberikan bantuan kepada pelajar yang lemah dan miskin yang memerlukan bantuan makanan atau minuman.

Malah tidak mustahil, wujud kebarangkalian penyelewengan tender yang menyebabkan bekalan-bekalan tamat tempoh terus disalurkan kepada para pelajar, lantas mengakibatkan keracunan makanan yang serius di kalangan mereka.

Meskipun ada jaminan bahawa kerajaan melalui Kementerian yang berkenaan untuk meningkatkan pemantauan terhadap kebersihan makanan di sekolah-sekolah, AMK mendesak pihak berkenaan agar mendedahkan syarikat-syarikat yang bertangungjawab seterusnya mengantung sementera kontrak membekal susu kesihatan yang dihantarkan ke sekolah.
Tindakan yang lebih serius perlu diambil demi menjamin persekitaran pembelajaran yang kondusif di sekolah, tanpa wujud elemen-elemen yang menyebabkan ia terganggu secara serius.

Amirudin Shari
Naib Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s