Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Apakah kematangan boleh di tunggu

Kematangan demokrasi suatu yang ditunggukan atau ianya suatu yang diusahakan?

Diayakini Jawapan pilihan ramai ialah untuk berusaha, tapi bila berdepan persoalan harian terkadang kita menjadi tidak karuan dan terbawa-bawa romantis silam.

Persoalan diatas masih lagi berligar dan tidak terjawap oleh sebahagian pimpinan dan ahli Parti Keadilan Rakyat yang dikatakan dan mengatakan mereka sebagai pendukung reformasi.

Reformasi yang tergetus 8 tahun lalu telah meletakkan demokrasi sebagai antara 8 tiang utamanya sebagai garis perjuangan, ini diucapkan dengan yakin oleh Anwar Ibrahim dalam deklarasi Permatang Pauh yang semakin dilupakan, walaupun ianya begitu penting, sekurang-kurangnya bagi saya. Lapan perkara tersebut, adalah rangkuman dasar penyelesaian kemelut bangsa kita, untuk menghadapi hari muka.

Kini Keadilan, sekali lagi sedang berhadapan denganya, untuk membuktikan suatu yang diucapkan dan diperjuangan selama ini adalah betul dan wajar.

Ada melihat pertembungan yang sengit dipelbagai peringkat ini bersama meluasnya permainan politik, gertakkan, kempen buruk – memburuk dan semuanya yang tidak difahami oleh bukan orang politik (macam isteri saya) sebagai tanda kita perlu tawakuf (menangguhkan) amalan demokrasi. Bimbang parti hancur kerana sengketa sesama kita, lalu musuh datang menyerang dan kita tertawan.

Dengan harapan bila semuanya matang, kita akan amalkan, kita akan rayakan, kita akan sambut dan nikmati, DEMOKRASI. Jalur fikir ini sebenarnya senada dengan akal budi yang dilontar dan dipasukkan kepada kita oleh pemerintah dan yang empunya kuasa — kita belum matang menerima kebebasan, justeru “masih” haram kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan ekspresi, kebebasan berorganisasi dan kebebasan berhimpun. Sambil disulami kebimbangan perkauman — ianya menjadi hantu yang begitu menakutkan.

Benar sepanjang 8 tahun ini keadilan telah menerima calar-calar dengan pemergian dan pembisuan beberapa individu, selepas timbul perbezaan atau pemilihan. Namun itu tidak bererti demokrasi sebagai puncanya. Puncanya ialah ketidaksediaan menerima perbezaan, dan ketidakmatangan menerima kekalahan dan kemenangan.

Kalau kita berundur dan menangguhkan perkara yang kita perjuangkan, saya kira kita semakin merebakkan budaya tidak baik dan ketidakmatangan dalam pengamalan demokrasi, dan ini adalah praktis biasa pada diktator dunia. Dengan hujah mereka kebebasan adalah perlu tapi……………..yang tidak berpenghujung.

Perkembangan tamadun dunia adalah suatu yang melebar (horizontal) bukan (menunjang) ventrikal, kerana kita bukan pokok kelapa sawit. Oleh itu memang kita akui tiada yang sempurna dalam apa-apa termasuk demokrasi, yang perlu ialah membaiki kesilapan-kesilapan yang dikesani melalui pengalaman bukan ditunggu-tunggu.

Jangan sebab sakit di mata maka dipenggal leher. Atau sebab banyak berlaku kes pelanggaran kereta maka kereta harus dibakar dan dibuang kelombong.

Advertisement

4 responses

  1. tafaquh tu apa amir? betul ke menangguhkan? aku rasa rasa la maknanya memperkukuhkan. mungkin tawakuf kot? tapi tawakuf maknanya berdiam diri atau memboikot.

    April 5, 2007 at 2

  2. Tahniah saudara hasmi hashim.
    Secara peribadi saya tabik pada saudara hasmi hashim.
    Tidak perlu bermula dari bawah.Tidak perlu di uji kemampuannya dengan jawatan exco AMK pusat atau mana2 jawatan tertinggi AMK Pusat.
    Terus nak pegang jawatan Ketua AMK Pusat.Lepas ni terus nak pegang jawatan MENTERI,dan PERDANA MENTERI.
    Teruskan usaha saudara.
    Ingat yang lain….tidak semestinya ingin jawatan KETUA,kita bermula dari bawah.LAMBAT.
    Terus je bertanding jawatan KETUA.Baru CEPAT dan PANTAS.

    April 5, 2007 at 3

  3. Terima kasih Zaki, kerana membetulkan. Mr Bean, kalau macam tu orang paling tua didunialah agaknya yang paling layak memimpin PBB, agaknyalah

    April 5, 2007 at 4

  4. Selamat merayakan Demokrasi.

    Boleh saudara huraikan apa sebenarnya Agenda Pencerahan yang dibawa Team Pencerahan.
    Juga mohon disertakan profail setiap ahli Team Pencerahan untuk dinilai perwakilan AMK setiap bahagian sewaktu pemilihan Kongres di Seremban nanti.

    April 13, 2007 at 1

  5. eekmal

    Memperkukuhkan, samala dengan alasan memperkasakan, memperkuatkan dan segala macam alasan lain yang digunakan oleh regim di serata dunia untuk mempastikan keabadian pemerintahan kuku besi.

    Walaupun mungkin munasabah dari segi strategik, tapi bukan lah alasan yang konsisten, sering sahaja dicurangi. Saya rasa sdr Zaki lebih arif tentang sejarah dari saya.

    April 17, 2007 at 10

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s