Otoriti Zaman Gelap
“The information are posted on the blogs by people with no authority. Why you as journalists have to quote a blog website as the source of your story and then publish the news in the newspaper that has authority?” he asked.
“The information posted on the blog website may be something provocative, politically motivated, inaccurate and are mostly rumours floated for the interests of certain parties,” he said.
Ini kata-kata Zam, nama penuhnya Dato` Zainudin Maidin. Menteri Penerangan, bekas wartawan dan pernah menjadi editor akhbar. Secara harfiah kementerian kendaliannya harus membawa keterangan, pencerahan kepada akal budi manusia Malaysia, tapi ia tak jadi begitu, malah acap kali juga mengelapkan dan mengelabukan.
Dalam abad ke 21 ini, dikira masih releven untuk kita bicara soal sumber yang akurat itu datangnya dari orang yang berotoriti. Dan jika ditanya siapa manusia yang berotoriti itu mungkin Zam dan saya ada beza faham.
Zam mungkin terperangkap dengan perkaataan otoriti itu sehingga sesiapa yang disenanggi oleh otoriti itu adalah orang yang berotoriti untuk bicara, menyampaikan pendapat dan buah fikirnya.
Otoriti zaman sekarang terletak kepada ketepatan, kerasionalan, kesahihan, dan juga masih mengharap kejujuran. Otoriti bukan lagi terletak pada suara rasmi, kerana telah beberapa kali mereka menipu demi sebahagian besarnya mempengaruhi diri mereka sendiri .
Ingat kisah berat sebelah laporan berita kes Anwar Ibrahim, laporan palsu berkenaan kekalahan Pas di Kelantan pada pilihanraya 2004, pengelapan berita mata lebam Anwar, sigah (tengkolok) salib Tengku Razaleigh.
Makanya otoriti dalam akal Zam adalah otoriti abad ke 16-17, oooo mungkin sebab itu agaknya beliau anti komunis, mungkin juga mahu kembalikan zaman penuh beraja, raja dalam zaman itu adalah segalanya, ia adalah sedikit bawah dari wakil tuhan, katanya adalah peraturan, melawannya bererti derhaka, boleh dihukum apa sahaja. Lalu pengikut setianya akan dapat lencana “manusia otoriti” itu dan ini. Dan membawa kembali manusia kezaman kegelapan. Amat berlawan dari nama kementeriannya.
Tinggalkan Jawapan