Mesin Modul Insaniah UPM
Semalam, sewaktu menonton warta berita TV1, dikhabarkan, Universiti Putra Malaysia (UPM) — tempat saya belajar dahulu, telah melaksanakan satu modul yang disebut modul Insaniah.
Tujuannya ialah untuk melatih mahasiswa agar lebih kompetatif, berketrampilan dan mampu bersaing dengan keluaran universiti lain dalam dunia pekerjaan setelah mereka tamat belajar. “Ya inilah bukti universiti sekarang sangat sayangkan dan prihatin dengan mahasiswa-mahasiswinya” mungkin itulah maksud yang cuba diterangkan dalam laporan tersebut.
Modul ini akan mengajar dan mendidik mahasiswa beberapa perkara seperti pemikiran kritis, berorganisasi, komunikasi, bahasa Inggeris dan beberapa perkara yang dikira penting bagi dunia pekerjaan.
Modul ini adalah contoh terbaru mentaliti kilang yang saya sebutkan sebelum ini. Walaupun modul ini dikawal selia oleh orang dari fakulti ekologi manusia, saya kira mereka akan membuat kerja sia-sia. Kerana modul ini tidak diiring dengan kondisi manusiawi.
Saya kira sasaran yang mereka sebutkan seperti kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, berorganisasi, dan kerja berkumpulan tidak akan lahir dari modul ini. Modul ini hanya seperti bedak yang menutup jerawat.
Semua sasaran yang mereka gariskan dapat dicapai bila mahasiswa dan mahasiswi diberikan ruang kebebasan– kebebasan akademik, kebebasan bersuara, kebebasan berorganisasi dan kebebasan akademik yang selama ini terbungkam.
Saranan saya soal kebebasan ini pasti dijawap mereka—kita telah benarkan kebebasan tapi kemudian berjela-jela pula batasnya yang lebih kurang sama tiada kebabasan. Kalau ditekan lagi pasti akan keluar dari mulut mereka untuk seorang melayu seperti saya — kita kena jaga melayu, tengok orang cina mereka ada organisasi mereka, mereka boleh bersaing, mereka akan merampas hak politik kita kalau kebebasan ada.
Inilah yang wujud dalam kepala mereka yang cipta modul ini, walaupun mungkin ianya dicipta oleh mereka dari fakulti ekologi manusia, tapi modul ini akan hilang kesannya kerana tanpa disedari mereka menyangka mendidik manusia sama seperti mengajar “mikel” mencari kelapa.
Kerajaan Malaysia sering mengaku anti-komunis, tapi tingkah laku ini tiada bezanya dengan komunis.
salam.
bagaimana dgn sikap siswa2 di UPM tempat sdr belajar dahulu.Masihkah sdr terus berhubung dengan pelajar2 junior di sana utk membentuk sel2 yg pro keADILan.Tidak terlintas kah untuk sdr mewujudkan suatu organisasi berupa kelab-kelab untuk pelajar2 disana berdiskusi mengenai kesedaran berpolitik di kalagan siswa.Mungkin sdr boleh mulakan di UPM.TQ
Mac 28, 2007 at 11