Berembang & Rimba Jaya, BN Sudah Hilang Jiwa
Kejadian yang menimpa beberapa penduduk kawasan setinggan di Selangor dalam tempoh sehari dua ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional telah mula hilang akal dan jiwa sebagai manusia. Kampung Berembang yang terletak di Ampang dan Rimba Jaya telah dirobohkan atas arahan kerajaan negeri dan melibatkan tindakan ganas dan hilang humiliti, dikalangan pelaku dan pemerintah tindakan tersebut.
Memang berlaku sedikit asakan dari penduduk, tetapi ianya dapat dikawal kalau bermula dengan setiap pihak menunaikan janji yang termetrai.
Angkatan Muda melahirkan rasa takziah keatas mereka yang terlibat dan seboleh mungkin membantu teman-teman yang ditimpa musibah akibat perangai tamak dan hilang kemanusiaan ini.
Gempuran Unit Simpanan Persekutuan (FRU) & majlis tempatan juga polis menunjukkan aparatus keamanan, yang sewajarnya memelihara keamanan telah melahirkan suasana tidak tenteram.
Ini juga adalah contoh jelas bagaimana laba ekonomi yang digembur-gemburkan hanyalah ilusi kepada rakyat kerana semakin ramai rakyat terpaksa menghadapi kesusahan dan keperitan walaupun negara didakwa semakin maju dengan angka-angka yang memberangsangkan.
Kami tidak memusuhi pembangunan, tetapi ianya harus dilakukan secara berhemah dengan perbincangan yang memberikan kepuasan hati semua pihak, bukan dengan paksaan, ugutan dan tindakan ganas seperti yang ditonjolkan di Berembang dan Rimba Jaya Akal yang sihat tidak akan melakukan kegiatan seumpama gangster dan jiwa yang sihat juga tidak tergamak untuk membiarkan mereka yang berumah dilanggar rumah mereka untuk kepentingan 2-3 kerat yang semakin kaya.
Kepada teman-teman,
Sila kembali lawati blog Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Bahagian Parit Sulong di alamat:
http://www.paritsulong.blogspot.com
Terima kasih.
Mac 12, 2007 at 2