Tanggapan & Cerapan Amir Sari

Mentaliti Kilang

Saya tidak bermaksud mahu menghina apa-apa yang dikaitkan dengan kilang. Dan sudah pasti tidak mahu juga menafikan sumbangan kilang-kilang yang haram atau sah dalam memajukan pendapatan negara, paling tidak memberikan peluang pekerjaan pada rakyat.

Tapi tiada ungkapan dan konsep lain yang boleh dibayangkan untuk menjelaskan bagaimana sikap sebahagian besar orang & pemimpin kerajaan yang menjangkakan dan beriman pada pendirian semua perkara itu adalah boleh dibuat berasaskan prosedur & langkah yang piawai. Dalam kata mudah ramai percaya kaedah membuat benda (material), boleh juga untuk membentuk manusia, bangsa, negara dan tamadun.

Secara langsung begini; melahirkan tokoh fizik sama dengan membuat kereta yang seimbang berdasarkan hukum-hakam fizik, melahirkan orang yang subur akalnya sama dengan menghidupkan pokok getah yang subur.

Saya tak kata tidak boleh tapi tidak semua, setakat ingin membentuk otot dan fizikal pasti boleh, Malik Maidin, Terjun Kutub, Merentas Kutub, Angkasawan, semuanya boleh, tapi bila perkara yang berkaitan dengan otak, pasti berkecai.

Kalau tak percaya lihatlah bagaimana sarana Dato` Johan Jaafar — lahirkan penerima hadiah nobel menjelang tahun-tahun tetentu, kegilaan universiti menuruti piawai ISO-ISO, dan yang paling gila Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan sasaran 200,000 graduan, Debat 100 jam UiTM -DBP, debat 2-3 hari, panjat Everest dan macam-macam lagi. Perkara sama wujud dengan universiti-universiti lain, hotdog terpanjang, berbasikal jelajah timur-utara dan masak gulai berkawah-kawah.
Kalau akal budi begini diteruskan memang universiti, badan “pemikir” (macam DBP), media dan sektor-sektor strategik dalam masyarakat akan jadi kilang yang lahirkan materi, alat, perkakas mungkin boleh jadi pencacai. Yang boleh diguna atau dibuang juga dibakar.

Advertisement

5 responses

  1. Anak Muda

    Sdr Amir,
    banyak dok UiTM nampaknya….hahaha!
    kalau boleh perbanyakkan,biar yang ‘atas2’ tu sedar…

    Mac 9, 2007 at 9

  2. Salam

    Saya byk terbaca artikel2 saudara berkaitan mahasiswa.Namun jarang terdengar saudara ikut serta dalam program2 anjuran mahasiswa.
    Diharap saudara tidak sekadar menulis sahaja tetapi aktif turun padang ke IPTA2 seluruh negara untuk mewujudkan sel2 mahasiswa yg pro keADILan sebagaimana usaha giat yg dilakukan oleh PAS dan Puteri serta Putera UMNO di Kampus2.

    Mac 9, 2007 at 4

  3. amirsari

    Terima Kasih Shun Zu & anak muda. Tentang keterlibatan saya bersama mahasiswa, saya menerima kritikan saudara bahawa saya masih kurang bertemu mahasiswa di kampus-kampus dengan hati terbuka.

    Namun sepanjang 2004-sekarang sebahagian program IKD selalu menjemput mahasiswa untuk bersama-sama diskusi, berfikir dan meneliti persekitaran sosial-politik negara & kampus. Malahan tahun lalu kami bawa diskusi soal kepincangan akademik dan aktivisme mahasiswa dikampus.

    Bagi saya kekuatan kelompok mahasiswa harus dimulakan oleh mahasiswa sendiri, saya sebagai bekas pelajar hanya boleh datang membantu, menyokong dan menyemarakkan kekuatan kelompok mahasiswa.

    Beberapa perkara seperti tema, keluasan ilmu dan keghairahan harus ada dikalangan mereka. Dengan itu mesej dan pendekatan mereka boleh pelbagai, menarik dan efisyen.

    Mungkin semenjak 2004 saya masih kurang bertemu dengan mereka, atau berinteraksi melalui tulisan, saya akan cuba turun lebih kerap lagi. Terima Kasih

    Mac 9, 2007 at 5

  4. Anak Muda

    InsyaAllah,kalau perlu ruang,saya yakin ada kelompok mahasiswa yang akan memberi ruang utk diisi..

    Mac 9, 2007 at 7

  5. Terima kasih atas komen saudara.

    mungkin saudara boleh kerap anjurkan pertemuan dgn DEMA,SMM atau mana pertubuhan siswa utk sama2 berbincang bagi memberikan semangat,perangsang agar lebih berani memartabatkatkan siswa.

    TQ

    Mac 14, 2007 at 10

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s