Tarikh : 18 Oktober 2008
Tempat : Dewan Sri Siantan, Jalan Sg Tua
Batu Caves
Masa : 11 pagi – 2 ptg
Hari ini, masyarakat berketurunan Tamil pastinya gembira dengan ketibaan hari pertama tahun baru Tamil atau lazimnya disebut Puthaandu.
Jika di Sri Lanka, masyarakat Tamil di sana meraikannya sebagaimana sambutan Hari Raya di mana yang tua dan dewasa akan menghadiahkan ‘duit raya’ kepada mereka yang masih bujang utamanya untuk kanak-kanak sebagai tanda kemurahan rezeki.
Bagi penduduk desa, hari ini juga diraikan dengan acara ‘arpudu’ iaitu upacara menuai hasil ladang sebagai simbolik bermulanya kitaran baru aktiviti pertanian untuk tahun akan datang. Saya dan Azizah pastinya berkongsi kegembiraan dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin senantiasa kekal dalam kebahagiaan.
Buat rakyat Malaysia berketurunan Tamil yang meraikannya, saya ucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal! Tidak dilupakan juga buat masyarakat Sikh yang meraikan hari Vaisakhi. Gagasan hari Vaisakhi yang menyeru kepada persahabatan dan pemahaman bersama sewajarnya diterapkan terutamanya dalam konteks Malaysia yang majmuk.
Ini juga sejajar dengan saranan Guru Gobind Singh Ji yang mengungkapkan: “Kemanusiaan itu sepadu, kita semua merupakan umat dari Tuhan yang satu”.
ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT
Add comment April 14, 2009
Jelas Najib terus dibayangi ketakutan, semalam, Isnin, 23 Mac 2009 semakin jelas tindakan ala zaman Dr Mahahthir mula berkeliaran. Ini petanda petaka besar buat Malaysia.
Najib sebenarya gerun dan takut dengan seribu bayang. Altantuya, Kapal Selam, Jet Pejuang, Eurocopter dan yang paling besar dibayangi kebimbangan kerusi empuk Menteri Perdana terlepas dari tangannya, belum lagi diukur lain-lain rahsia umum beliau dan isteri yang diceritakan dikedai-kedai kopi.
Ketakutan dan hilang keyakinan inilah menyebabkan kita terasa sekarang bahananya. Awal-awal lagi, beliau cuba membungkam suara media dengan mengarahkan semua media melapor indah-indah 7 billion belajawan tambaha yang dibuat tidak ikut peraturan dewan.
Kemudian akhir-akhir ini, kata altantunya hanya eklusif untuk dirinya sahaja mungkin, tanpa orang lain boleh menyebutkannya. Gobind digantung, larangan ceramah tiba -tiba merata, termasuk ceramah setahun kerajaan negeri selangor di Kuala Selangor tempoh hari turut dilarang polis dan semalam boleh dipanggil Isnin yang suram bagi demokrasi Malaysia. Suara Keadilan dan Harakah digantung 3 bulan, Ceramah Anwar diserang oleh Polis simpanan persekutuan.
Najib diresap hantu Mahathirsme, beliau menyangka kekalahan BN 2008 adalah disebabkan keterbukaan Pak Lah. Lalu dia fikir suara pembangkang perlu di tekan dan dibungkam, tapi sebenarnya dia hanya menambah kebencian rakyat dan kepercayaan rakyat, Umno tidak lagi boleh diubah dan patut ditanam.
1 comment Mac 24, 2009
Bermula 10 Mac lalu sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, bersidang. Titah ucapan DYMM Sultan Selangor amat jelas menghargai dan meletakkan beberapa kepentingan yang harus dilakukan oleh kerajaan negeri.
Ketika ini, sidang masih lagi hangat degan debat menjunjung kasih antara wakil kerajaan dan pembangkang. Ketua whip, YB Azmin Ali semalam telah menjelaskan konsep derhaka positif dan melondehkan kecurangan pentadbiran dahulu. Isu lawatan ‘teknikal’ Balkis ke Disneyland, mencari mickey mouse agaknya. Jawapan Khir Toyo dia lupa, tentang itu. Melayu Umno memang sering lupa.
Insyallah hari ini saya ingin berucap hari ini jika ada kesempatan.
Add comment Mac 12, 2009
Mac semakin hampir, Najib Razak, semakin gementar mahu menduduki kerusi nombor 1 Malaysia, Perdana Menteri. Najib nampak bijak dan jauh lebih trampil berbanding Pak Lah yang kelihatan lesu dan uzur. Namun Najib ada satu malapetaka iaitu ketakutannya. Ketakutan telah menjelmakan kekalutan dan terburu-buru. Belum jadi Menteri Perdana, beliau telah mengakibatkan kalut dan kabut dalam kerajaan negeri Perak.
Awal-awal nampak gah dan hebat, rampas dari Pakatan dan membuktikan projek nya lebih licin dan berjaya berbanding Anwar Ibrahim. Namun akhirnya dengan keadaan terkini di Perak, nampaknya dia hilang kata-kata. Hanya suruh Zahid dan beberapa yang lain menjerit-jerit tuduh kita hina dan tidak patuh pada raja.
Juga di Selangor, tiba-tiba dalam puluhan kes rasuah yang telah dilapor pada SPRM yang dulunya BPR, kes terbaru laporan GERAK keatas Menteri Besar Selangor menjadi pilihan. Malahan kali ini Ahmad Said Hamdan, Pengerusi SPRM terlebih kata seolah-olah sudah ada bukti kukuh dan ingin mendakwa. Sejak bila SPRM ada kuasa mendakwa. sedang kes yang dikhabarkan telah siap kertas pendakwaan tiada pendakwaan tidak dibawa ke mahkamah mungkin kerana orang itu lebih suci sebab jadi ketua wanita Umno. Juga Khir toyo yang akan jadi hero semua keadaan dengan buat selamba terhadap apa yang telah dibuat selama ini di Selangor, termasuk kes – kes yang berkepentingan pribadi terhadapnya. Apakah Khir mahu jadi ketua pemuda dengan pendedahan kes lembu, lembu menjadi penyebab kemenagan khir ….alahai kesian Pemuda Umno. Budaya Umno telah menjadikan pimpinan muda beku dan di silau dengan kereta dan projek serta kadang kala wanita.
Idealisma perjuangan mereka tenggelam, walau araus perjuangan mereka ternyata agak sempit dan banyak lohongnya.
Gerakan Najib bawa kembali budaya Dr Mahahthir yang kejam dan rempuh walau ia bertentangan dengan perlembagaan dan semangat negara ini. “Menjamin kebebasan dan keadilan untuk rakyatnya”
3 comments Februari 24, 2009
Akhirnya menang, perasaan di hati agak berdebar-debar kerana angin kempen agak perlahan, mungkin kaedah kerja jentera Pas Terengganu sedikit berbeda, tetapi yang jelas Umno lebih merangkak. Saya berkampung bersama jentera selangor, YB Abdullah Sani, Suhaimi, Bahtiar dan sokongan Ikmal, Islam, Mazli dan teman-teman jurumasak tidak dilupakan soldadu wanita Keadilan Selangor dan Wilayah yang bergerak dan berkempen dengan tampan. Tahniah dan terima kasih semua.
Cuma ada beberapa kenyataan dan gerak kerja yang perlu lebih di susun dan diatur lebih kemas. Pakatan kuat ikatannya dari segi prinsip bersama cuma kadang kala kenyataan dikeluarkan tanpa berhati-hati. Tetapi inilah bentuk baru kerjasama yang tidak tertutup dan terikat terlalu padat. Hanya perlu kemaskan persefahaman.
Add comment Januari 22, 2009
28-30 November, kongres nasional kali ke 5 ia pasti berbeda, namun tidak lagi pasti apakah ianya mencerminkan perbezaan yang mengejutkan. Perubahan fizikal tidak begitu menaikan selera saya. Selama lebih 4 kali kongres nasional Parti keadilan Rakyat berlangsung. Nada dan suara kongres seringkali menjadi medan utama menghempuk BN dan pemerintahan.
Kali ini pertama kali selepas 8 Mac, apakah ianya masih bernada sama atau sudah berubah. Saya condong agar ianya berubah iaitu mengalih amarah dan hempukkan kepada pembinaan dan sokongan kepada entiti yang dipunyai tika ini. Tapi saya juga condong tidak berubah agar prinsip seperti keadilan dan telus dan kebebasan menjadi akar tunjang kepada parti ini. Kalau tidak ini dikekalkan suara perubahan lepas hanyalah alat untuk ke atas mengapai kuasa. Macam Umno guna melayu.
Add comment November 26, 2008
2 comments Oktober 8, 2008
Semalam berlalu 16 September. Anwar Ibrahim memang memukau. Semua pihak menunggu penuh sabar detik ini. BN seperti biasa menafikan dan terus menyerang Anwar. Serangan pertama penipu dan kedua tamak serta rakus kuasa sambil disulam pula dengan penegasan banyak betul pihak, setia dan padu bersama BN.
Dan hari ini, 17 September semua media yang dikuasai Umno memekik tiada perubahan dalam kerajaan maka benarlah tuduhan pada Anwar selama ini. Dan bertambah keyakinan palsu mereka, imej pembangkang tercalar, Anwar tidak boleh dipercayai dan kini Pak Lah boleh tidur lena.
Inilah masalah Umno-BN, mereka masih terlena bersama Pak Lah. Menuduh Anwar dan pakatan tamak kuasa adalah senjata minta kasihan. Oleh itu mereka yang menyebut hal ini sebenarnya adalah mereka yang bimbang dengan arus besar yang terus melandai negara. Sedangkan istilah rakus ini sebenarnya mendarah daging dalam majoriti orang Umno-BN. Kerakusan kuasa ini ditonjolkan dalam sikap kerajaan persekutuan menafikan dan merampas hal kerajaan negeri dan seterusnya wang pembayar cukai negeri pakatan dan melanggar konsep federalisme yang menjadi teras Malaysia. Membuang senarai negeri pakatan dalam kalender pelancongan, menafikan pembangunan sukan di negeri pakatan, hiruk-pikuk sebahagian menteri yang mengeluarkan arahan-arahan verbal melarang kerjasama dengan negeri pakatan, ini makna sebenar rakus dan gila kuasa. Belum lagi di rincikan persoalan di akar umbi yang amat lumrah. Sehingga diwajibkan semua masuk Umno baru, dapat hak sebagai warga.
Manakala bila dituduh soal demokrasi, pimpinan BN harus cermin dulu kudis kediktatoran yang cukup parah di badan mereka.
16 September ialah slogan yang membawa makna perubahan Malaysia kearah lebih adil, demokratik dan maju. Perubahan kuasa bukan buat basikal dalam kilang tetapi suatu proses pembujukan dan penjelasan. Sedangkan membuat rumah kadangkala terlewat akibat hujan.
2 comments September 17, 2008
8 sept
3.30 ptg Sumbangan Beras di Kg Melayu Wira Damai Penyampaian
8.30 mlm Solat Tarawikh di Surau Taman Jasa
10 sept
5.00 ptg Kunjungan ke Pasar Ramadhan Kg Nakhoda
8.30 mlm Solat Tarawikh di Surau Kg Sg Kertas
12 sept
5.00 ptg Kunjungan ke Pasar Ramadhan Selayang Baru
8.30 mlm Solat Tarawikh di Surau Al-Hidayah Kg Nakhoda
13 sept
6.30 ptg Berbuka Puasa di Masjid Kg Nakhoda Anjuran ADUN Bt Caves
8.30 mlm Solat Tarawikh di Surau Karimiah, Kg Laksamana
14 sept
5.00 ptg Kunjungan ke Pasar Ramadhan Warta Lama
6.30 ptg Berbuka Puasa di Masjid Sg Tua anjuran ADUN Batu Caves
8.30 mlm Solat Tarawikh di Surau Flet Chempaka
1 comment September 10, 2008
Ijan nama panggilannya, anak Gombak yang melanjut studi di Universiti Teknologi Mara (UiTM, dulu juga di panggil Institut Teknologi Mara (ITM)) kalau sesama anak-anak mahasiswa menyebut budak Mara sahaja. Maka tahun 2001 beliau dan 6 yang lain telah didakwa berdemonstrasi di Masjid Negara membantah ISA. Langsung mereka di gelar ISA 7, Polis menahannya mendakwanya, dia dan yang lain bebas 2005, tapi pendakwa tidak puas hati dan membawa kes ke mahkamah tinggi. Kisah itu masih belum selesai
Universitinya, Uitm menyingga, menganggapanya dan beberaapa rakan lain seperti Herman, melanggar peraturan universiti dan memalukan universiti, lalu beliau digantung. Tahun 2005 beliau dibebaskan oleh mahkamah , hantar semula permohonan lalu ditolak kerana dianggap telah lepas tempoh 2 tahun dari tarikh paling lama memanjangkan pengajian. Maka ini tanda UiTM dibawah Ibrahim Abu Shah, cukup menyirap dengan pelajarnya menentang kerajaan, apatah lagi melakukan demonstrasi atau juga disebut Utusan Melayu sebagai perarakkan.
Dan hari ini Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor Uitm, mengamuk dan meradang. Bukan kerana perarakkan ratusan pelajar yang menuju kebangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, tetapi kerana beberapa butir jawapan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar, Selangor agar 10% dibuka UiTM untuk bukan melayu/bumiputera.
Beliau mengerut dahi hairan, Tan Sri Khalid, boleh mengemukakan cadangan tersebut dan menyebut punya 120,000 pelajar, 350,000 alumi dan beribu-ribu -ribu-ribu yang lain untuk membantah. Beliau berceloteh UiTM adalah berkualiti dan hebat dan tidak perlu kemasukan bangsa asing (bukan melayu, seeloknya bahasa lebih baik).
10% atau 100% hanyalah angka yang perlu di perbincangkan setiap inci, tapi saya lebih gemar mengulas bagaimana tiba-tiba UiTM dan Ibrahim Abu Shah menukar pandangannya tentang demonstasi. dulu benci sekarang sokong.
Katakanlah, niat cintai UiTM ban bangsa Melayu itu agung dan suci, maka adakah membantah ISA itu dosa besar dan mungkar. Sedangkan ISA itu menghancur dan menjatuhkan martabat semua manusia baik ia melayu atau tidak.
Tidakah lebih memenara bangsa itu jika dia mampu menaunggi bangsa lain dengan konsepnya, keadilan.
Kenapa beliau tidak menyingga dan mengaum ganas seperti dalam sidang medianya bila bahasa kebangsaan, bahasa melayu tidak dianggap sebagai bahasa orang pandai matematik dan sains oleh Dr Mahahthir, mana kata-kata perjangan melayunya. Malahan dalam sejarah menuliskan UiTM dan UUM berebut-rebut mahu menubuhkan institut pemikiran Mahahthir, Ini lah tanda kebaculan atau mungkin minda yang terkurung.
Dan yang jadi mangsa Ijan, Herman dan rakan-rakan. Mereka dihukum kerana kemanusiaan yang dibelany oleh orang yang tidak punya kejujuran intelek dan keberanian.
7 comments Ogos 13, 2008
| I | S | R | K | J | S | A |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Sep | ||||||
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | ||||||