Archive for Mac 2009

Najib Diresap Hantu Mahathirisme

Jelas Najib terus dibayangi ketakutan, semalam, Isnin, 23 Mac 2009 semakin jelas tindakan ala zaman Dr Mahahthir mula berkeliaran. Ini petanda petaka besar buat Malaysia.

Najib sebenarya gerun dan takut dengan seribu bayang. Altantuya, Kapal Selam, Jet Pejuang, Eurocopter dan yang paling besar dibayangi kebimbangan kerusi empuk Menteri Perdana terlepas dari tangannya,  belum lagi diukur lain-lain rahsia umum beliau dan isteri  yang diceritakan dikedai-kedai kopi.

Ketakutan dan hilang keyakinan inilah menyebabkan kita terasa sekarang bahananya. Awal-awal lagi, beliau cuba membungkam suara media dengan mengarahkan semua media melapor indah-indah 7 billion belajawan tambaha yang dibuat tidak ikut peraturan dewan.

Kemudian akhir-akhir ini, kata altantunya hanya eklusif untuk dirinya sahaja mungkin, tanpa orang lain boleh menyebutkannya. Gobind  digantung, larangan  ceramah tiba -tiba merata, termasuk ceramah setahun kerajaan negeri selangor di Kuala Selangor tempoh hari turut dilarang polis dan semalam boleh dipanggil Isnin yang suram bagi demokrasi Malaysia. Suara Keadilan dan Harakah digantung 3 bulan, Ceramah Anwar diserang oleh Polis simpanan persekutuan.

Najib diresap hantu Mahathirsme, beliau menyangka kekalahan BN 2008 adalah disebabkan keterbukaan Pak Lah. Lalu dia fikir suara pembangkang perlu di tekan dan dibungkam, tapi sebenarnya dia hanya menambah kebencian rakyat dan kepercayaan rakyat, Umno tidak lagi boleh diubah dan patut  ditanam.

1 comment Mac 24, 2009

Sidang Dun Selangor, Memperkukuh Tekad Menjelas Hasrat

Bermula 10 Mac lalu sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, bersidang. Titah ucapan DYMM Sultan Selangor amat jelas menghargai dan meletakkan beberapa kepentingan yang harus dilakukan oleh kerajaan negeri.

Ketika ini,  sidang masih lagi  hangat degan debat  menjunjung kasih antara wakil kerajaan dan pembangkang. Ketua whip, YB Azmin Ali semalam telah menjelaskan konsep derhaka positif dan melondehkan kecurangan pentadbiran dahulu. Isu lawatan ‘teknikal’ Balkis ke Disneyland, mencari mickey mouse agaknya. Jawapan Khir Toyo dia lupa, tentang itu. Melayu Umno memang sering lupa.

Insyallah hari ini saya ingin berucap hari ini jika ada kesempatan.

Add comment Mac 12, 2009


 

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Kiriman Terbaru