Archive for Julai 2008
Protes gagal, Najib ?
- anwar berucap dengan audien
Ini lah sedikit wajah perhimpunan yang dikatakan gagal, oleh Najib Razak. Tidak ketinggalan, perhimpunan ini telah di bingkai oleh media arus perdana sebagai tercemar dengan aksi tidak sopan, penyanyi carburator dunk, yang sedikit menimbul kekecohan.
Mengapakah sedikit kesilapan teknikal yang telah diakui oleh secara bertanggungjawap oleh Hishamudin Rais sambil menitiskan air mata petang tersebut, menjadi topik besar sehingga beberapa hari di giat gempur oleh media BN ?, disusuli kemudiannya dengan kapsyen-kapsyen terpilih dari pimpinan Pas terutamanya. Inilah modus operandi mengalih perhatian dan ingatan rakyat terhadap isu pokok perhimpunan tersebut, dan langsung di hubungkan dengan kenyataan Najib : Perhimpunan tersebut gagal. 8 Mac membuktikan rakyat tidak lupa dengan kemungkaran ekonomi, politik dan sosial BN. Saya pasti kali ini tetap tidak lupa.
Hal tersebut menjadi senjata buat BN menutup isu sebenar; rakyat marah dengan kenaikan harga minyak. Jelas dan nyata, insiden beberapa minit petang tersebut tidak menyebab mereka lupa dan mahupun melelapkan kemarahan pada BN yang bertindak menaikkan harga minyak dengan menggila.
Pada saya, perilaku artis tersebut memang salah, dan lebih teruk kesalahan (boleh dikatakan vulgur) bagi pihak media yang cuba menutup kemarahan rakyat dengan insiden tersebut. Menutup kemarahan tersebut hanyalah memberi gambaran palsu keadaan sebenar negara dan menyebabkan kita terus dipaparkan oleh khayalan PM dan TPM. Khayalan……macam – macam khayalan, liwat pun mungkin salah satunya
Peguam: Akuan berkanun Bala dibuat secara sukarela
Malaysiakini.com
Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.
Bercakap kepada pemberita di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Americk berkata, akuan berkanun Balasubramaniam yang difailkan pada 1 Julai lalu, dibuat secara sukarela.
Awal hari ini, Balasubramaniam telah menarik balik akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Balasubramaniam berkata beliau membuat kenyataan tersebut secara paksa. Beliau bagaimanapun, tidak mendedahkan siapakah yang memaksanya menandatangani akuan bersumpah tersebut.
Ekoran itu, Balasubramaniam hari ini membuat akuan berkanun yang baru tanpa sebarang rujukan mengenai Najib.
Sebelum ini, Americk memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu mengenai tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah tersebut pagi tadi.
Katanya, kali terakhir beliau bertemu dengan pelanggannya itu ialah pada jam 4.45 pagi semalam selepas menghantarnya ke balai polis Brickfields.
Balasumbramaniam diwakili penguam baru pagi ini.
Dalam sidang akhbar petang ini, Americk berkata beliau bertemu dengan Balasumbramaniam dua bulan lalu.
Dari Malaysiakini: Polis Siasat Kedua-Dua Pengakuan Berkanun Bala
| Polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyiasat akuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam pada 1 Julai lalu dan begitu juga terhadap akuan bersumpah yang bertarikh hari ini. “Polis akan siasat kedua-duanya. Yang semalam kita siasat dan yang ditarik (balik) hari ini juga kita siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini, demikian menurut laporan Bernama. Balasubramaniam, yang juga saksi dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, semalam mengedarkan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai yang mengandungi beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib. Bagaimanapun dalam akuan bersumpahnya bertarikh hari ini, Balasubramaniam menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpahnya sebelum ini. Ismail berkata polis akan tetap menyiasat akuan bersumpah pertama Balasubramaniam kerana beliau (Balasubramaniam) mungkin mempunyai niat yang terselindung. “Mungkin ada niat untuk mengaburi mata orang ramai, jadi kita kena siasat keseluruhannya,” katanya. Najib dalam sidang akhbar semalam, sekali lagi menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan menyifatkan tuduhan mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh itu sebagai “pembohongan dahsyat”. Najib menegaskan cubaan terbaru itu untuk mengaitkan beliau dengan jenayah itu adalah “rekaan semata-mata, berniat jahat dan berunsur fitnah untuk mencemarkan imejnya.” |
Flip Flop Najib
Iklan C4 Terkelas
Para pelajar IPT yang gagal atau tidak layak menerima sebarang BIASISWA
diminta terus ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk membuat PERMOHONAN GERENTI BERES.
Malah yang telah dibuang universiti pun layak memohon.
(Jangan lupa untuk bergambar di foyer pejabat TPM)
CONFESSION OF A TPM
B4 SD Bala …si Saiful datang berjumpa saya kira-kira TIGA bulan lalu mohon biasiswa….
Afer SD Bala…si Saiful datang berjumpa saya kira-kira TIGA hari sebelum buat repot polis…
(dari marhaendaily.net)
Ezam lepas ini kita panggil ZAM

ribuan di stadium Malawati
4 hari selepas Ahad yang membinggungkan, Anwar, mulakan langkah tampil ke umum menjelaskan hal tuduhan liwat yang telah dibuat oleh bekas pegawai kepada pembantunya. lebih 15 ribu semalam di stadium Malawati membuktikan rakyat mahukan penjelasan sendiri Anwar dan curiga dengan penjelasan rasmi kerajaan BN.
Saya melihat tuduhan baru terhadap Anwar, bukan sahaja menunjukkan krisis kenegaraan kita masih terus berlangsung, tetapi elemen-elemen pembodohan yang tertonjol-tonjol dari Umno.
Beberapa menteri dan orang yang berangan-angan nak jadi menteri mahu pun timbalan menteri hadir di muka media membuat komen dan penjelasan. Syed hamid nampak menonjol, amat sesuai dengan portfolionya sebagai Menteri Dalam Negeri. Kali ini dia cuba menyakinkan Anwar dan semua pihak tidak ada yang perlu dibimbangkan dengan sistem polis dan undang-undang negara. Malahan beberapa yang lain termasuk menteri penerangan (saya lebih senang panggil beliau menteri propaganda) menyatakan Anwar tidak perlu bimbang dan takut kalau tidak salah.
Ini permainan kata biasa untuk menyakinkan orang ramai, yang nyata mereka nampaknya buta sejarah dengan apa yang telah terjadi pada Anwar dan pengakuan beberapa tahanan ISA seperti Malek Hussin. Amat malang mereka rela dilihat bodoh untuk mempertahankan sistem keselamatan negara yang cuba digunakan untuk mempertahankan kuasa politik sekelompok manusia yang rakus dan kejam. Orang seperti Syed Hamid dan Shabery, telah dijadikan alat untuk memastikan rakyat terus percaya kepada kebobrokkan. Dimana mereka ketika kes mata lebam Anwar dan aduan beberapa yang lain melaporkan penderaan yang boleh mengakibatkan kematian semasa 1998. Orang seperti Shabery dan Syed Hamid ternyta membisu dan diam kerana bimbang kedudukan mereka terjejas dan musnah. Kisah ini mendedahkan siapa yang sebenarnya penakut dan tidak mampu berpegang pada prinsip.
Saya pasti bila negara luar bersuara termasuk US, maka dengan segera sentimen anti-Amerika, digembeling untuk menutup pekung yang melanda.
Saya tidak hairan dengan kenyataan pimpinan Umno kerana sistem parti itu memang menjadikan pimpinannya gembira untuk menunjukkan kebodohannya. Termasuk Khairi Jamaludin yang berkelulusan luar negara, dan pernah dikatakan membawa arus baru dalam Umno, telah menyambung tradisi menunjuk – nunjuk kecetekan akal bila mengubah suai (tanpa kebenaran mungkin) skrip Dr Mahathir untuk menutup kes ini.
Namun yang benar-benar saya percaya Umno paling mujarab menjadi kawah kebodohan ialah bila Ezam Md Nor, yang baru menyertai Umno dari Gerak, difahamkan menyebut, agar pertuduhan liwat ini sebagai masalah jenayah dan tidak wajar dipolitikkan. Baru beberapa hari masuk gelanggang Umno semula, Ezam telah menampakkan ciri-ciri kebodohan yang agak kritikal. Kalau begitu kes-kes rasuah semua yang dilaporkan oleh beliau selama ini pun jangan lah dipolitikkan. Apakah beliau lupa dengan pengalamannya dan Anwar yang di fitnah sebelum ini. Apakah ini petanda virus kebodohan telah begitu cepat merebak dalam diri Ezam. Ataupun adakah Ezam ada terlibat dengan drama ulang cetak kali ini ? kalau terlibat ternyatalah dia memang ahli politik hutan, yang rela buat apa sahaja asalkan lawannya sekarang musnah, semua yang dilakukan halal kerana politik. Sejarah menuliskan begitu, ini agaknya prinsip Islam yang dijadikan alasan untuk masuka Umno, agaknya lah.
Nampaknya Ezam beberapa bulan lagi elok juga kalau kita panggil ZAM.
Krisis Kenegaraan
Maka beberapa hari ini timbulah dakwaan baru ke atas Anwar Ibrahim. Pelbagai kecurigaan menimbul dan tertonjol. Pak Lah mengambil sikap lepas tangan, Najib menafikan, Khairi buat komen terbodoh dalam semua komen, Rais Yatim dan Syed Hamid mengambil jalur seolah-olah menjadi jurucakap kerajaan Turki.
Ini jelas petanda pemerintahan BN semakin terdesak seperti yang telah disembelih, mengelempar, menaji siapa sahaja didepan mata, hingga sanggup menjadikan aspek-aspek penting berpotensi digunakan sewenang-wenangnya.
Kita masih lagi luka dengan krisis kenegaraan 1998, dan jika episod ini berulang, masa depan negara berada dipinggir bahaya.
Hati tertanya-tanya juga mana sebahagian kawan yang mutar balik ke Umno dengan alasan prinsip Islam dan prinsip perjuangan reformasi. Reformasi apa, reformasi palsu…. ini jelas mereka yang berpolitik dengan hukum hutan. Politics of the jungle
Malam ini di stadium Malawati, buat pertama kalinya Anwar akan menjelas kepada umum apa yang tersembunyi,

