Archive for Mac 2008
Kemenangan & Tanggungjawab
Alhamdulillah, akhirnya jam 4.35 pagi hari Ahad Suruhanjaya Pilihanraya, mengsahkan kemenangan saya dan semua calon parti Pas & Keadilan di Gombak. Suasana ceria diawal kehadiran berganti tegang kerana kelambatan pengumuman yang tidak tahu tujuannya. Seperti tidak menerima kenyataan bahawa Gombak dan Selangor sekarang telah dipegang oleh Keadilan, Pas dan DAP.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, wang, doa dan sokongan terhadap kemenangan majoriti 3639 yang tidak dijangkakan. Pastinya harapan masyarakat juga menggunung.
Sampai sekarang saya masih bersama Adun-Adun BA, Selangor berbincang beberapa keutamaan yang harus dijalankan selepas menganggkat sumpah (dijangkakan minggu depan). Kemenangan yang amat memberangsangkan pasti menuntut lebih perhatian dan tanggungjawab atas kemahuan rakyat.
Harapan baru untuk Batu Caves & Selangor, seterusnya tidak lama lagi Malaysia.
6 comments Mac 12, 2008
Kempen N16 Batu Caves
Baru dapat masa terluang kerana hari hujan, tapi jadual tetap penuh dengan mesyuarat perancangan kempen pilihanraya. Jadi calon memang bercampur-campur rasanya. Bagi yang mahu terus melihat kempen saya di Batu Caves boleh lawat ke : www.batucaves2008.blogspot.com
Reformasi
4 comments Mac 1, 2008

