Archive for Februari 2008

Masa Telah Tiba Pilih Perdana Menteri Baru

Parlimen bubar, semua pihak mula bergerak loaju, tarikh pilihanraya telah diumumkan, kempen 13 hari. 

Masanya telah tiba kita menentukan siapakah pimpinan kita untuk 5 tahun kedepan, penipuan dalam pilihanraya? , rakyat harus bangkit menunjukkan undi mereka, penipuan tidak dapat mengnutup sokongan padu rakyat.

Masa telah tiba pilih Perdana Menteri yang baru, yang kompeten, bersih dan diterima setiap rakyat. Blog ini mungkin agak perlahan sepanjang pilihanraya kerana sibuk dengan kerja-kerja pilihanraya, jangan lupa undi untuk turun harga petrol, turun tol, pendidikan percuma.

Undi oposisi, undi untuk Anwar Ibrahim

2 comments Februari 14, 2008

Hadhari Haram

Haram untuk bertamadun, apabila ianya dibina dari penghancuran dan pengharaman,
akhirnya buku ini diharamkan bersama beberapa buah buku lain oleh kerajaan atas alasan ; kandunganya terpesong dari ajaran Islam, kata-kata mudah dilafaz.

Zaman Pak Lah yang menobatkan Hadhari sebagai tema besar kepimpinannya menunjukkan paling banyak buku diharamkan termasuk karangan pemikir terkenal dan disegani seperti Esposito dan Karen Armstrong.

Dalam buku susunan Al Mustaqeem ini pula membariskan pandangan – pandangan tokoh-tokoh pemikiran Islam yang meneliti persoalan pluralisme dalam Islam. Perbuatan ini sama seperti sejarah zaman gelap Eropah dan Barbar yang datang menyerang dan memusnahkan juga membakar khazanah ilmu.

Pemikir Hadhari, apakah ketamadunan boleh dibina dari penindasan dan pengharaman ilmu?

Masanya untuk pencerahan, sepere Aude

4 comments Februari 1, 2008


 

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Arkib

Kiriman Terbaru