Archive for November 2007
Start Enjin Boikot Media

Selepas perhimpunan 100,000 rakyat anjuran Bersih yang aman dan ceria, mula timbul saranan agar usaha memboikot media dijalankan. Hal tersebut berikut laporan media yang telah menjadi gelita akibat kawalan dan arahan pihak-pihak tidak mampu menerima kebenaran. Laporan yang mengelirukan serta pengelapan acara yang begitu penting tersebut telah menjadikan kita terus mengukuhkan kriteria sebagai negara dunia ketiga.
Paling ketara halusinasi Zainudin Maidin yang masih percaya sehingga sekarang perhimpunan tersebut dihadiri oleh 4000 orang sahaja, telah menjadi kepercayaan bersama oleh semua media arus perdana. Media halusinasi seperti ini tidak boleh dibiarkan merebak kepada rakyat kerana menghasilkan satu negara dan bangsa yang halusinasi.
Selepas itu perhimpunan Hindraf yang baru berlangsung telah dimerengkan oleh media sebagai isu perkauman.
Setelah sekian lama mereka diberi peluang kini tiba masa untuk kita boikot media, terutama 2 yang besar dan menjadi medan kerajaan memintal kepalsuan menjadi mimpi indah. Kumpulan Utusan dan Kumpulan NSTP.
Pagi ini satu pertemuan jawatankuasa sementara (protem) yang berbincang telah memulakan wisel kempen boikot media yang saya percaya akan merebak satu negara.
Ini baru permulaan, baru peringkat ribut akal, jawatankuasa akan terus menemui semua pihak untuk menjelas misi dan objektif kempen.
Boikot Media Pembohong
1 comment November 29, 2007
Kenyataan Media: Zam Perlu Pencerahan Minda
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius sikap dan perilaku Menteri Penerangan, Zainudin Maidin yang cuba untuk mengawal media agar mengikut telunjuk dan arahanya, telah mencemarkan nama Malaysia di mata dunia sekali lagi.
Tindak tanduk Zam yang telah beberapa kali memberikan amaran kepada media supaya menutup beberapa isu seperti isu ketegangan kaum, krisis kehakiman dan terbaru tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya yang telus dan adil, menyerupai diktator yang sering menutup kebenaran dengan alasan untuk kebaikan dan kemaslahatan umum.
Sedangkan apa yang cuba ditutup adalah lebih bahaya kerana memberikan persepsi salah kepada masyarakat tentang hal yang sebenar berlaku. Malahan sebenarnya Zam mungkin tidak menyedari seluruh dunia telah mendapat laporan yang lebih berimbang dan adil.
Sebagai seorang bekas wartawan jelas Zam tidak hormat dan mencoreng institusi media semata-mata mahu menutup masalah parah negara seperti krisis kehakiman dan krisis sistem demokrasi negara dengan inspirasi pengekalan kuasa politik.
Malahan Zam juga turut dilaporkan cuba mengawal media seperti BBC dan Aljazera kerana memberikan liputan kepada pembangkang.
Tindakan ini bukan sahaja kelihatan bodoh malahan menjadikan Malaysia bahan gelak ketawa dunia kerana mempunyai Menteri Penerangan yang gelap minda.
Zam perlukan pencerahan minda.
Amirudin Shari
Naib Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
2 comments November 16, 2007
Perhimpunan 100,000: Hakikat lwn Fantasi Umno-BN
Perhimpunan 100,000 berjaya sudah, walau kerajaan cuba berpintal-pintal menafikan kenyataan bahawa rakyat telah berhimpunan secara aman- habis, punah, ranap, hilang dan ranah harapan Zainudin Maidin dan segala impian Umno. Mari kita lihat impian Umno yang berkecai.
Pak Lah: Saya pantang dicabar
Rakyat: Kami juga pantang dicabar
—–
Zainudin Maidin: Polis Tidak Bertindak Ganas
Rakyat Kata: Pedihnya Air Asid/ tear gas
————-
Media Kawalan BN Kata: 4000 orang berhimpun / perhimpunan gagal
Rakyat : hahahahahah Macam tu punya ramai 4000? tengoklah gambar-gambar di bawah
1 comment November 12, 2007
Himpunan Rakyat Program Halal

Perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh gabungan badan-badan rakyat yang menuntut pilihanraya bebas dan adil (Bersih) telah mula di buruk-burukkan oleh media sebagai punca penyemaian budaya keganasan. Sambil klip-klip perhimpunan diluar negara yang memaparkan orang berdarah, bom asap dan keceraaan fizikal lain, yang dimaksudkan mungkin sebagai “pengajaran” kepada penonton dan pembaca agar menolak budaya tersebut.
Sambil itu diselitkan juga kejadian ceramah di Batu Burok yang mengakibatkan tembakan peluru hidup oleh polis. Juga dituliskan “ini bukan budaya kita” dengan tulisan merah yang hodoh, sebagai amaran kepada audien. Perhimpunan Agung Umno, juga turut menyerang aktiviti demonstrasi dengan pelbagai istilah, paling popular adalah beruk sebagaimana yang diistilah oleh Khairi Jamaludin.
Perhimpunan memang tidak asing di Malaysia. Malahan setiap tahun kita merayakan dan meraikan pelbagai perhimpunan yang melambangkan pelbagai maksud dan niat.
Sambutan merdeka, perhimpunan anti-Amerika / Israel yang turut pernah dibuat oleh pemuda Umno, khususnya selepas Khairy masuk pergerakan tersebut, perhimpunan parti dan pelbagai lagi yang jika dijumlahkan kita akan kebosanan mengiranya. Dengan itu mengatakan ia bukan budaya kita adalah kata-kata orang yang bodoh dan sering membodohkan orang lain.
Baiklah mari kita lihat pula maksud perhimpunan 10 November ini. Pilihanraya yang bebas dan adil, ini maksud perhimpunan ini, apakah pimpinan Umno menolak adanya pilihanraya yang bebas dan adil?
Add comment November 7, 2007







